Skip to main content

Adab Masuk Rumah

Adab masuk rumah baru


Assalaamu'alaikum;

Adab-adab yang perlu diambil kira untuk rumah baru ialah seperti berikut:
a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru.
b) Adab ketika masuk baru.
c) Adab setelah tinggal di rumah baru.

a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru ialah:
1- Pilih yang jiranya adalah orang yang soleh.
2- Kalau tidak ada ayang soleh maka yang tidak menyakiti jiranya.
3- Kalau tiada pilihan lain kecuali berjiran dengan yang suka menyakiti jiran maka berdoa hidayat untuknya serta berbuat baik sebelum pindah. Tiga perkara ini di ambil dari hadith yang menyebutkan Rasulullah s.a.w berdoa supaya dapat jiran yang baik.
4- Pilih tempat yang baik dari sudut ibadahnya, seperti tidak berjauhan sangat dengan masjid hingga akan rasa berat untuk ke masjid. Kerana itu setengah sahabat ada yang ingin pindah dari jauh ke dekat dengan masjid.
5- Datang tiga kali sebelum berpindah untuk dibacakan atau dipasangkan kaset mengaji sebagai berjaga-jaga daripada makhluk halus kerana kemungkinan tapak tersebut adalah tempat tinggal mereka. Perkara ini ada berlaku di zaman tabiin yang telah diganggu dengan jin yang penduduk asal tapak rumah tersebut. Untuk perkara ini rasanya tak perlulah hingga dipanggil bomoh atau pawang kerana ianya akan membawa kepada kesyirikan, cukuplah hanya dengan dibacakan ayatul kursi, "amanarasuul..." dan empat Qul.

b) Adab ketika masuk baru :
1- Seelok-eloknya waktu masuk ke kawasan perkampungan atau taman perumahan rumah baru bacalah doa ini "Allahumma rabiissamaawatissab'i wamaa azlalna warabbil ardinassab'i wamaa aqlalna warabisyayaatiina wamaa adlalna wa rabbarriyaahi wamaa zaroina nas aluka khaira hazihil qaryati wa khaira ahlihaa wakhaira maa fiihaa wa a'uuzubika min syarrihaa wa syarri ahlihaa wa syarri maa fiihaa".
2- Seelok-eloknya sebelum sampai ke rumah baru tersebut singgah dulu di masjid atau surau terdekat untuk solat sunnat dua rakaat untuk memohon hajat kebaikan kampung tersebut.
3- Sewaktu jejak kaki ke laman rumah membaca doa "A'uzu bikalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq", kerana menigut hadith bahawa sesiapa yang baca doa ini ketika pindah atau menginap disesuatu tempat maka tidak akan dimudaratkan oleh apa-apa pun hinggalah ia berpindah dari situ. termasuk selamat dari gangguan rompakan, kebakaran dan lain-lain lagi.
4- Membaca "bismillahi walajnaa wa bismillahi khorajnaa wa 'alallhi tawakkalnaa" sewaktu membuka pintu untuk masuk ke rumah.
5- Memberi salam "assalaamu'alaikum...." jika dalamnya ada orang, jika tiada orang maka ucapkanlah "assalaamu'alainaa wa 'alaa 'ibaadillahis solihiin". Maka jika ada makhluk ghaib seperti malaikat dan sebagainya maka mereka akan jawab cuma kita mungkin tidak akan dengar.

c) Adab setelah tinggal di rumah baru:
1- Menjaga hubungan dengan jiran tetangga.
2- Mencari sahabat-sahabat yang soleh.
3- Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4- Ikut program masayarakat yang tidak bercanggah dengan agama.
5- Hidupkan masjid dengan solah fardhu lima waktu beserta dengan majlis ilmu. Sepertimana Rasullullah s.a.w tidak akan singgah dimana sahaja kecuali Beliau akan mendirikan masjid dan hidupkan solah lima waktu serta letakan sesiapa yang layak untuk mengajar disitu dan membentuk jemaah untuk amar makruf nahi mungkar serta ambil tahu tentang penduduk setempat.

Inilah sedikit sebanyak yang mampu saya jawab.

Wallhu a'lam bissowaab

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...