Skip to main content

Sumpahan Saiful Bukhari










Apa juga negara kita kini ada pelbagai kerenah dari pelbagai pihak adakah ini akan berakhir dengan baik dan sempurna. Pengakuan sumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari adakah ini benar dan ikhlas aku pun pening lihat ini. Adakah pengakuan sumpah menggunakan Al-Quran kitab suci dan sebagai panduan hidup kita , ini ada digariskan oleh Islam . Setahu aku perkara ini tiada pada zaman 4sahabat RasulAllahsaw.Erm apa juga pada zaman kini. Pada pandangan aku Al-Quran ini adalah Mukjizat Nabi Muhammadsaw serta Panduan Hidup kita sahaja.

berdasarkan petikan akhbar online : http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080816093612/Article

Saiful cabar Anwar

Oleh Iskandar Shah Mohamed

KUALA LUMPUR: “Kini sudah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil,” kata Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dia yang mengakui bersembunyi selama ini untuk mencari kekuatan, memilih jam 6.15 petang semalam mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam berhubung dakwaan liwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini dengan ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim.Dalam upacara yang dijalankan selama 15 minit itu, Saiful yang memakai songkok dan berbaju Melayu coklat melafazkan sumpahnya dengan memegang senaskah al-Quran di tangan kiri dan teks sumpah di tangan kanan sambil duduk di hadapan mimbar masjid serta menghadap kiblat. Saiful yang kemudian mengadakan sidang medianya berkata, dia melakukan upacara sumpah itu dengan rela hati bertujuan menegakkan kebenaran Islam, sekali gus membuktikan kepada seluruh rakyat negara ini.

“Saya amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan ciptaan saya, maka saya akan dilaknat dan ditimpa malapetaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selamanya oleh Allah.
“Saya bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan, mengikut cara dituntut agama Islam seperti dinasihatkan dan tunjuk ajar para ulama serta mufti, saya diliwat Anwar Ibrahim,” katanya.Dia mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008. Hadir sama pada sidang media berkenaan peguambelanya, Zamri Idrus. Saiful berkata, upacara sumpah itu dianggap jalan terbaik bagi mendapatkan keadilan di dunia dan akhirat selain mengembalikan maruah serta harga dirinya.“Dengan ini, saya mencabar Anwar supaya bersumpah dengan cara sama untuk menafikan dakwaan saya tidak benar.“Saya menyembunyikan diri selama ini kerana ingin mengumpul kekuatan sebab difitnah serta ditohmah dan hari ini (Jumaat) adalah hari terbaik untuk melafazkan sumpah,” katanya. Ketika ditanya mengenai keputusannya bersumpah ada kaitan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang pencalonannya ditetapkan hari ini, Saiful berkata, ia bukan sebab politik dan hanya secara kebetulan semata-mata.Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful di Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.Anwar bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan itu.

Video:

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...