Skip to main content

Luahan 10.08.2008 hari Ahad

لواهن هاتي

Negara

Sejak menjak pergolakkan politik berlaku pada negara kita pelbagai pihak telah merungut sana sini. Ini termasuk diri aku sampai bila semua dalam negara kita ini tiada masalah dalam politik sudahlah negara kita ada pelbagai masalah sosial , ekonomi,budaya dan hal lain-lain. Aja pening juga aku.


Diri sendiri

Kerja banyak sakan letih sangat adalah membuat hari aku mendung sangat. Kekadang aku terfikir sampai bila life kita akan berakhir tanpa kerja. Tetapi kita sabagai hamba Allahswt ini kerja memang tidak habis sampai kita diakhirat kelak tapi bila dah dapat masuk ke syurga kita akan rehat selama-lamanya.


Kerja.

Kekadang aku terfikir tugasan aku sebagai Ustazah ini membuat aku terfikir dan menghisab adakah aku punya tugasan ini di berkati oleh Allahswt. Biarlah apa juga manusia nak nilaikan tetapi nilaian Allahswt adalah tepat .


Keluarga

Adakah aku dapat bersama keluarga diakhirat kelak. Mudahan aku dapat berjumpa dan mengenali mereka disana.


Kawan

Dimanakah aku akan dapat sahabat untuk didunia untuk aku berlindung dan juga diakhirat untuk mendapatkan bimbingan .


Ekonomi

Sampai bila agaknya aku nak ubahkan sikap suka berhutang .


Akhlak

Aku impikan akhlak mulia seperti Siti Fatimahr.a anak RasulAllahsaw.





Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...