Skip to main content

اوبن

اوبن


Selagi usia belum sampai ke penamat, turun naik kehidupan akan tetap berlaku. Beberapa tahun dulu sudah berada di puncak, sekarang jatuh balik; sekejap dulu rasa macam sudah berjaya, sekarang rasa macam terjelepuk pula.

Usah hairan, hidup memang macam tu.


Selagi nafas masih ditarik dan dikeluarkan, turun naik kehidupan tetap mengambil tempat. Tidak ada orang yang sudah berada di puncak akan terus di situ selama-lamanya, ada ketikanya dia akan berada di bawah. Sama ada dia mahu mengakuinya ataupun tidak, pada ketika-ketika tertentu memang kehidupan akan memutarkan rodanya. Kalau ada orang berkata, “Tidak, saya tak pernah jatuh. Saya sudah memiliki segalanya sekarang. Harta saya banyak, pangkat saya besar. Saya tak mungkin ke bawah.”




Tanyalah orang itu, apakah dia tidak pernah berasa seperti tidak dipedulikan? Ketika pergi ke pusat-pusat pentadbiran masih terpaksa beratur panjang meskipun dulunya boleh pintas sesiapa saja. Tatkala sedang memandu tiba-tiba sebuah kereta buruk memotong secara berbahaya lalu terpaksa membrek. Apakah ketika itu tidak terasa seperti diperkecil-kecilkan? Ketika berada di satu majlis, lantaran orang sudah tidak begitu kenal, lalu dibiarkan bersendirian. Ketika anak-anak telah dewasa lalu berpindah, orang gaji pula tiba-tiba sakit, terpaksalah menyediakan minuman pagi sendiri padahal selama ini benar-benar tuan besar. Kalau pun dia seorang yang sangat agung, sedari kecil hinggalah dewasa memiliki segala-galanya hingga tidak mungkin nyamuk pun hinggap, tatkala di Makkah apakah masih boleh berasa seperti itu?


Katalah dengan kuasa dan hartanya dia boleh meletakkan dirinya ke tempat paling istimewa, tatkala melakukan tawaf dan melihat Kaabah apakah merasakan dirinya masih di atas? Nah, itu bukti menunjukkan putaran hidup sentiasa berlaku. Usah degil untuk tidak mahu mengakui usia yang semakin pendek.

Usah tidak hirau dengan uban yang semakin banyak. Usah terlalu ego asyik hendak bercerita tentang kejayaan masa muda sedangkan hari tua amalan semakin sedikit. Maklum, kekuatan sudah pudar, kesihatan juga hambar. Memang uban tidak boleh disinonimkan dengan ketuaan sebab bukankah pada usia 30-an sehelai dua uban mula mencelah-celah di sana sini? Kehidupan masakini menyebabkan stres lebih kerap berlaku, maka ini salah satu punca uban terjadi pada usia muda. Warna rambut juga berhubung dengan melanin, iaitu pigmen pewarna yang terhasil oleh sel melanosit di bawah akar rambut. Melanosit inilah yang menentukan apakah rambut seseorang itu berwarna coklat, emas ataupun hitam.

Bagaimanapun, secara alamiah, uban akan tumbuh apabila usia mencecah 50 tahun ke atas kerana pada usia begini aktiviti dan kapasiti sel-sel tubuh menurun. Ketika itu terjadi, aktiviti sel melanosis ikut menurun dan pada satu tahap akan pencen terus. Ketika ia pencen, rambut yang asalnya hitam berkilat menjadi ‘salji’ seluruhnya. Tumbuhnya uban ibarat turunnya putaran roda. Ia dikatakan isyarat ghaib terhadap usia yang mungkin semakin pendek. Nisbahkan pada kehidupan dunia, ia ibarat juruingat dan jurunasihat bahawa setiap detik adalah usia dan apa yang dilakukan dalam usia – turun dan naik, turun dan naik. Sekurang-kurangnya ada dua perkara penting untuk diberi perhatian pada keadaan seperti ini:


1. Semak diri dan tanya hati; siapa aku, hendak ke mana aku, di mana aku, apa yang boleh aku lakukan untuk ‘besok’.


2. Kenang-kenang masa yang telah dilalui dan berbahagia serta berbanggalah dengan semua pencapaian serta kongsikan dengan orang lain mana-mana yang boleh.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda:


“ALLAH berfirman, Demi kemuliaan-KU dan kebesaran-KU tidak akan AKU himpun pada hamba-KU dua kali takut dan dua kali aman. Jika dia takut kepada-KU di dunia AKU beri aman di Hari Kiamat dan jika dia berasa aman dari-KU di dunia AKU takutkan dia di akhirat (hari Kiamat). ~Riwayat Ibn Hibban~

Jika uban telah datang tetapi sejarah silam hanyalah hitam atau putih yang rasanya tidak pernah kedam walau sekali, uban hari ini adalah detik mula untuk muhasabah diri. Meniti usia berbaki bukan mesti miskin bakti dan kecil wawasan. Selagi usia masih ada ia perlu digembeleng untuk kecemerlangan.

-DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj-








Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...