Skip to main content

Riba Part 2

Riba Yang Biasa Berlaku Hari Ini


1- Bila kita menyimpan di Bank yang mengamalkan sistem riba. Contoh muamalah mereka ialah, setiap pencarum akan diberikan dividen tahunan sebanyak 5% daripada modal. Tetapi jika ditentukan 5% daripada keuntungan, dan pembahagian pula berdasarkan modal, maka ia adalah halal, dan bukannya riba. Dan perlu diingatkan bahawa mencarum dalam bank yang mengamalkan sistem riba adalah haram hukumnya (kecuali terpaksa), sekalipun kita tidaklah mengambil dividen wang caruman kita,. Ini adalah sebagaimana yang difatwakan oleh kebanyakan ulamak, termasuk Lajnah Fatwa Arab Saudi (No. 2755, 9/01/1400H).

2- Jika satu syarikat menyatakan, jika melabur RM5000 sebagai contoh, dan selepas enam bulan akan diberikan keuntungan bulanan sebanyak RM500 sebulan, maka ia adalah riba. Begitu juga, contohnya selepas setahun, duit RM5000 tadi akan dibayar balik sebanyak RM10,000.

3- Pinjaman yang disyaratkan pembayaran yang lebih. Sebagai contoh, meminjam RM5000, perlu dibayar RM7000. Namun, sebahagian ulamak mengharuskan bagi pemberi hutang mengambil caj pembayaran. Tetapi jika diambil melebihi caj pembayaran, maka ia juga adalah riba.

4- Bila syarikat yang besar atau pihak kerajaan memerlukan modal, mereka akan memohon pinjaman modal daripada individu. Individu yang memberikan modal akan diberikan surat perjanjian yang mana ia boleh ditukar sebagai wang tunai dengan pihak syarikat atau kerajaan tadi, sebagai contoh selepas 15 tahun. Mereka akan dijanjikan dengan lebihan modal mereka. Sebagai contoh, sesiapa yang memberikan modal RM100,000 akan dibayar selepas 15 tahun dengan RM150,000. Maka cara ini (bon) juga adalah riba.

5- Bai’ul Inah yang diamalkan oleh kebayanyakan sistem perbankan Islam di Malaysia hari ini melalui sistem pinjaman peribadi adalah perkara khilaf di kalangan para ulamak, samada ia haram dan termasuk riba atau tidak. Di sisi jumhur ulamak, ia adalah haram, dan di sisi mazhab Syafie pula ia adalah halal.

Perkara Yang Bukan Riba, Tetapi Dianggap Riba

Terdapat satu perkara yang biasanya dianggap riba dan haram oleh masyarakat, sedangkan pada hakikatnya ia adalah halal dan bukannya riba. Ia adalah apa yang dipanggil dalam bahasa arabnya sebagai “Baiul Taqsit”.

Ia adalah jual beli secara ansuran. Sebagai contoh, sehelai kain harganya secara tunai ialah RM50. Dan harganya secara bayaran ansuran dalam 3 kali pembayaran ialah RM90. Maka jual beli ini halal kerana pembeli sudah menentukan harga yang ingin dibayarnya, iaitu RM90. Dan harga yang tunai iaitu RM50 tidak lagi disebut semasa akad. Dan Islam membenarkan muamalah ini kerana Islam mengambil kira faktor untung rugi kepada penjual dengan dua cara pembayaran yang berbeza tadi.

Bahaya Riba

Riba adalah dosa yang sangat besar kerana ia merupakan salah satu cara penindasan kepada golongan yang miskin dan memerlukan. Ia boleh merosakkan sistem kehidupan berekonomi Islam yang mempunyai nilai kemanusiaan. Kerana inilah ia dianggap oleh Rasulullah s.a.w. sebagai salah satu daripada tujuh perkara yang membinasakan. Allah tidak akan memberikan ketenangan dan kepada orang yang memakan dan memberi riba. Harta mereka pula tidak akan mendapat keberkatan.

يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ {276}

Ertinya: “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa (menghalalkan riba dan tidak meninggalkannya)”. Surah al-Baqarah: 276.

Orang yang masih mengamalkan riba dan menyokong sistem ribawi adalah orang yang tidak beriman dan mencabar Syariat Allah SWT. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ {278} فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ {279}

Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak berbuat demikian (meninggalkan sisa riba), ketahuilah (yakinlah), bahawa Allah dan rasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu modal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. Surah al-Baqarah: 278-279.

Disediakan oleh: Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Tasekpauh.blogspot.com. Email: tasekpauh@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...