Skip to main content

Rokok dan Coklat

Rokok dan Coklat



Pada suatu hari, seorang bapa, ibu dan anak kembar mereka(lelaki dan perempuan) membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal. Pasangan kembar itu merupakan anak yang petah bercakap. Masing-masing berumur 7 tahun. Sewaktu melintasi bahagian 'Manisan', si anak perempuan yang sememangnya menggemari coklat terus berlari-lari anak dan memilih coklat koko yang digemarinya...

"Abah, adik nak coklat ni boleh tak?? Dah lama adik minta kat abah, tapi abah tak belikan pun...boleh yea abah??", pinta si anak perempuan itu bersungguh-sungguh.

Si bapa hanya menggeleng-gelengkan kepala menandakan tidak mahu membelikan coklat itu buat anak perempuannya.

"Tapi...dah lama adik nak coklat ni.." rayu si anak perempuan.


"Kalau abah kata tak boleh tu, tak bolehlah. Adik suka sangat makan coklat, tak berhenti-henti! Membazir! Gigi boleh rosak tau! Nanti kalau gigi adik rosak, tak ada sesiapa pun yang nak berkawan dengan adik. Adik nak macam tu?" Ujar si bapa.

Si anak perempuan tidak mahu mengalah. "Bolehlah abah. Adik janji, ni last time adik makan coklat! Abah belikan ya??"

Si anak lelaki juga turut menyokong kata-kata adik perempuannya itu. Maklumlah, walaupun mereka berlainan jantina, tetapi sebagai pasangan kembar, mereka kadang-kala mempunyai keinginan yang sama.

Si bapa tetap menyatakan tidak setuju. Si anak perempuan itu merayu pula kepada ibunya. Si ibu mengusap-usap kepala si anak perempuan sambil tersenyum, kemudian berkata, "Tak boleh, anakku."

Si anak perempuan akhirnya berputus asa. Walau bagaimanapun, si anak perempuan tetap merasa kecewa kerana keinginannya tidak ditunaikan.

Mereka sekeluarga telah membeli-belah selama beberapa jam lagi. Si kembar mula merasa bosan. "Jom balik abah, mama..", kata pasangan kembar tersebut serentak.

Setibanya mereka ke rumah, si bapa terus baring di atas kusyen sambil menyalakan sepuntung rokok. Belum sempat si bapa menyalakan puntung rokok itu, si anak perempuan merabut rokok itu dari bapanya, lantas di buangnya rokok itu ke luar jendela. Si bapa sangat terkejut akan perangai anak perempuannya itu. Si bapa terus memarahi si anak perempuan.

"Mengapa adik buang rokok abah?! Adik tahu tak ia mahal?! Mana adik belajar buat perangai macam nih?? Sejak dari kita pergi shopping tadi adik dah buat perangai! Nak coklat, nak itu, nak ini! Sekarang adik buang rokok abah pula!" Tengking si bapa tanpa usul periksa.

"A..adik cu..cu..ma nak ta..nya pa...pada a..bah, kena...pa abah tak nak be..beli....kan adik cok..lat..?" Tanya si anak perempuan menggigil-gigil ketakutan.

"Yaa Tuhan! Bukankah abah dah cakap, makan coklat banyak-banyak tu nanti sakit gigi! Jadi, apa kena-mengenanya dengan rokok abah?! Cakap!"

"Kalau adik makan coklat boleh dapat sakit gigi, abah hisap rokok boleh dapat kanser paru-paru... Lagi teruk kesannya kan? Abah tak bagi adik beli coklat sebab abah kata membazir, tapi abah beli rokok mahal-mahal..." Kata si anak perempuan tanpa berselindung. Si bapa dan si ibu terkejut mendengar kata-kata si anak.

"Tapi anakku sayang, sayang tak patut buang rokok abah macam tu. Kalau sayang nak cakap dengan abah, sayang perlu cakap baik-baik. Lepas tu..." Belum sempat si ibu menoktahkan kata-katanya...

"Sekarang adik dah membazir pun! Adik dah buang rokok mahal abah tuu!" Jerkah si bapa yang tidak berpuas hati.



Si anak perempuan tertunduk. Jelas kelihatan manik-manik jernih tumpah dari matanya. "Biarlah abah kata adik membazir kerana rokok tuu. Rokok membahayakan kesihatan bukan? Itu bermakna ALLAH tak suka orang yang merokok. Merokok ibarat meracuni diri sendiri. Abah nak ke dapat kanser paru-paru?" tutur kata si anak perempuan itu ibarat seorang dewasa, padahal dia baru berusia 7 tahun. "Abah tak suka adik makan coklat, adik lagi tak suka abah hisap rokok. Makan coklat saja 2 kali seminggu tak mati, tapi abah hisap rokok 2 kotak sehari..." Sambung si anak.


Si bapa terpana mendengar hujah anak sendiri. Si bapa mendakap satu-satunya anak perempuannya itu. Si anak lelaki yang sejak tadi mengintai di balik pintu terus mendakap bapa dan adik perempuannya, diikuti si ibu.

"Abah janji pada adik, abah tak nak hisap rokok lagi..."

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...