Skip to main content

Posts

60 Pintu

60 Pintu Pahala Dan Pelebur Dosa Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta, shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Nabi dan utusan yang paling mulia. Risalah ini ditujukan kepada setiap muslim yang beribadah kepada Allah semata dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Tujuan utama yang sangat urgen bagi setiap muslim adalah ia keluar meninggalkan dunia fana ini dengan ampunan Allah dari segala dosa sehingga Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat, dan memasukkannya ke dalam surga kenikmatan, hidup kekal didalamnya, tidak keluar selama-lamanya. Di dalam risalah yang sederhana ini kami sampaikan beberapa amalan yang dapat melebur dosa dan membawa pahala yang besar, yang kesemuanya bersumber dari hadist-hadist yang shahih. Kita bermohon kepada Allah yang Maha Hidup, yang tiada Tuhan yang haq selain Dia, untuk menerima segala amalan kita. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 1. TAUBAT "Barangsiapa yang bertobat sebelum matahari terbit d...

Perutusan Hari Guru 2010

PERUTUSAN HARI GURU 2010 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-39 TEMA : “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. 16 haribulan Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Seluruh negara akan menyambut dan merayakan Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru, marilah kita semua merafakkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut dan merayakan ketibaan Hari Guru bagi tahun ini. Penghormatan ini amat layak diterima oleh para guru atas kegigihan guru-guru memberikan segala tunjuk ajar serta mendidik murid-murid untuk menjadi insan cemerlang yang berilmu dan berpekerti mulia. Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab seorang guru merupakan tugas yang amat mulia. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ”Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Guru...

Doa Malaikat

Orang-orang Yang Didoakan Oleh Malaikat www.iluvislam.com dihantar oleh: Cahaya Pertunjuk editor: deynarashid Inilah orang–orang yang didoakan oleh para malaikat: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”. (Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37) 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”  (Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469) 3. Orang–orang yang berada di saf barisan depan di dalam ...

Hari Guru 2010

Sampena Hari Guru pada 16.05.2010 ( Ahad )  Sa bar lah, C ik gu www.iLuvislam.com Mohd Zul Roslan a.k.a. Anak_Pejuang*   Editor: b_b Di Waktu Pagi Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman).   Sabarlah cikgu... Semasa Sesi Pengajaran Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid.   Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari.   Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa.   Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah.   Sabarlah cikgu... Cikgu menanda kedatangan pel...

Kerajaan Semut

Kisah Kerajaan Semut   Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…   Malaikat Pendakwa:   Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut? Gadis Semut:   Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu.   Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut .   Malaikat Pendakwa:   Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?   soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis .   Gadis Semut:   Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.   Malaikat Pendakwa :   Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain ).   Malaikat Pendakwa :   Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tah...

Fiqh

Sejarah Perkembangan Ilmu Usul al-Fiqh Zaman Rasulullah S.A.W. Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (al-Quran) dan penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendiri. Namun, terdapat sebahagian Sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada para Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran dan as-Sunnah kerana: 1. penguasaan bahasa Arab yang baik; 2. mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab wurud al-hadis; 3. mereka merupakan para Perawi Hadis. Hal ini menja...

Khilafah

Jernihkan Minda, Menuju Khilafah www.iluvislam.com Dihantar Oleh: MarBu Editor: RosNiza Abdullah “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah….” Kata-kata motivasi di atas merupakan sebahagian daripada pesanan Nabi S.A.W kepada umat Islam. Sebuah ucapan perangsang bernilai tinggi dalam menggerakkan umat yang lena dan sentiasa alpa. Himpunan kalimat yang meluncur jujur keluar dari bibir baginda S.A.W yang mulia. Siapakah mukmin yang kuat? Apakah ciri-cirinya? Mungkin ini antara persoalan yang timbul apabila hadis ini dikemukakan. Apa tidaknya, perkataan ‘al qawiyyu’ yang bermaksud lemah boleh diwakili dengan bermacam-macam makna. Antara pandangan ulama berhubung tafsiran ‘al quwwah’ tersebut ialah; 1) Mukmin yang mempunyai fizikal dan tubuh badan yang kuat dan mantap. 2) Mukmin yang mempunyai keimanan yang teguh. 3) Mukmin yang kuat mengerjakan amal yang soleh. 4) Mukmin yang mempunyai kekuatan akal dan kemahuan (cita-cita) yang tingg...