Skip to main content

Posts

Keberkatan Bersahur

Keberkatan Bersahur Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923). Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar. Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120). Antara hikmah disyariatkan bersahur ada...

Bagaimana Yahudi Mempunyai Ekonomi Yang Kuat?

Bagaimana Yahudi Mempunyai Ekonomi Yang Kuat? A : Akak nak beli ubat gigi lah. Ni ada Colgate. berapa ntah harganya. B : RM 5.20. Akak nak beli tu ke? Tak yah la. Cuba beli yang lain. ‘Mouthfresh' ada. ‘MaClean' ada. A : Tapi akak dah selalu pakai Colgate. B : Tak boleh! Akak kena boikot jugak. A : Ye lah, akak ambik yang lain. Kalau tak best, siap awak. Hehe. B : Baik, kak deney! (dalam hati.. InsyaAllah, best!) Bagaimana dengan usaha kita? Sehingga saat ini, berapa banyak duit yang telah kita layangkan untuk meningkatkan ekonomi Amerika dan sekutunya? Pilihan di tangan kita; sama ada kita memilih untuk terus menerus menumbuhkan ekonomi mereka yang telah mengancam saudara-saudara seIslam kita, atau pun tidak. Fatwa yang menyatakan bahawa menjadi wajib hukumnya untuk kita memboikot produk buatan Amerika dan Israel, pernah dikeluarkan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi [1] . Beliau ialah seorang pemikir Islam dan ulama kontemporari. Tambah beliau lagi, tindakan ini termasuk ...

Darihal Puasa, Iman dan Taqwa

Dar iha l Pua sa, I ma n d an T aq wa www.iluvislam.com karangan asal oleh: Arifin Mahmud Editor: deynarashid Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat. Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam. Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43 . "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk." Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut...

Kunci Kejayaan

Kunci Kejayaan Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki. Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi. Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus ...

Hilal, Rukyah, dan Hisab

Hilal, Rukyah, dan Hisab Ramadhan - Brothers Pendahuluan Antara perkara-perkara yang sinonim dengan Ramadhan, Hari Raya dan Qurban adalah Hilal (anak bulan) dan Rukyah 1 . Menjadi kebiasaan kita di Malaysia untuk beramai-ramai menghadap kaca television menantikan pengumuman oleh pemegang mohor besar Raja-Raja akan tarikh mula puasa dan Raya. Namun setelah berada di luar negara terlintas satu masalah di mana bukan sahaja tiada autoriti induk bagi aktiviti sebegini malah terdapat juga perbezaan tarikh puasa dan raya antara rakan-rakan Muslim. Ada yang berpuasa sehari awal, ada pula yang berpuasa sehari lewat. Punca pada perbezaan ini dasar dari perbezaan taklid/ ijtihad yang digunakan. Artikel ini ditulis hanya sebagai pendahuluan kepada pencarian ilmu dan konsep ijtihad yang lebih serius yang patut diberatkan oleh pelajar Muslim Malaysia terutamanya di negara-negara asing. Penulis tidak mencadangkan apa-apa dan cuba untuk tidak meletakkan hukum atas mana-mana ijtihad, apa ya...

Penghina Islam kian berani

Penghina Islam kian berani Dapatkan Mesej Bergambar di Sini SELEPAS Ronnie Liu menerima kemenangan isu arak di Selangor, Jeff Ooi hanya diminta memohon maaf kerana menyamakan individu yang bercita-cita melaksanakan undang-undang-undang syariah sebagai ekstremis, tampil pula Pemuda DAP mengeluarkan kata-kata nista menghina pendakwah Islam, umat Islam dan Islam. Biar pun laman web yang mengandungi penghinaan melampau terhadap seorang mualaf Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, umat Islam dan agama Islam telah dipadam, namun paparan awal yang sempat dilayari sememangnya keterlaluan dan biadab. Setiap patah perkataan dan ayat yang disusun oleh penulisnya secara nyata dan amat jelas mencemarkan kesucian Islam. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Islam Malaysia dihina sehingga dua keturunan manakala Islam dipijak-pijak. Jika Salman Rushdie dikutuk dunia Islam kerana Satanic Verses yang menghina Islam sedemikian rupa, apa pula kurangnya tohmahan terbaru yang dilemparkan oleh seorang rak...

Bisikan buat kekasihku

Bisikan buat kekasihku Wahai Tuhan yang Maha Indah, Sungguh indah ciptaanMu, Amat terpegun bagi orang yang diberi hidayah, Kerana tenggelam dalam lautan cintaMu. Wahai Tuhan pemilik cinta agung, Telah Kau ciptakan seorang insan yang mulia, Yang memimpin manusia menjauhi kegelapan, Sesungguhnya inilah seindah-indah ciptaan di akhirat dan dunia. Muhammad ibn 'Abdullah, Inilah namanya makhluk teragung, Yang mulia lagi terindah, Yang memimpin kearah segala keelokan. Sesungguhnya dirimu membawa cahaya, Membawa penyuluh bagi hati-hati yang gelap, Menerangi segenap penjuru alam, Menjadi panduan dan ikutan seluruh umat. Alangkah indahnya bila melihatmu, Bertutur kata dihadapanmu, Lebih lebih lagi dapat bersentuhan denganmu, Menerima belaian dan cintamu. Wahai sang pencinta agung, Mereka yang bersih hatinya merinduimu, Walaupun mereka bukan dari zamanmu, Tetapi hati mereka terikat dan merayu cintamu. Akan tetapi, Ramai umatmu tidak menyedari, Mengabaikan dan mensia-siakan, Cinta yang telah ...