Skip to main content

Damai


Dua hari lepas saya berkejar ke universiti. Kuliah saya bermula 1.00 tengahari dan berakhir 1.50 petang. Kemudian ia bersambung lagi pada jam 2.00 sehinggalah jam 2.50 petang. Bangunan kelihatan sunyi sepi.
“Dr, semua kelas dibatalkan untuk hari ini dan besok,” rakan sejawat memaklumkan. “Kenapa?” “Cuaca terlampau panas dan penyaman udara tidak berfungsi”. Saya senyum. Lalu semalam saya mencari tempat yang lebih dingin dan mendamaikan.
Di mana?
Tentu sekali di Haram. Sudah lama saya tidak solat sunat Dhuha di Raudhah. Saya memasuki pintu belakang.
Mata saya memerhati keadaan. Beginilah keadaan Masjid Nabawi pada jam 9.00 pagi. 90 peratus kawasan solat tidak berpenghuni.
Hampir keseluruhan bahagian depan dihadangi oleh kanvas putih-biru bagi memberi ruang jemaah wanita bersolat dan berdoa di Raudhah. Namun 4-5 saf depan masih lagi diuntukkan kepada kaum lelaki.

Ia ruang tengah berhampiran dengan Raudhah dan masjid asal Pada waktu inilah kelihatan begitu ramai krew Masjid Nabawi bertungkus-lumus bekerja. Ada yang membersihkan karpet, tiang-tiang dan tempat letak al-Quran serta menukar-ganti tong zam-zam. Malah urusan menjaga bahagian tinggi juga dilakukan pada waktu yang paling tidak sibuk ini.

Mereka sangat bersungguh bekerja Saya berjalan terus ke Raudhah. Tentu sekali saya tahu yang ia tidak akan sunyi sebagaimana perjalanan masuk.
Namun saya juga tahu yang pastinya ada ruang kosong untuk saya bersolat dua rakaat dan sujud berdoa kepadaNya. Inilah satu-satunya laluan yang dibenarkan untuk kaum lelaki memasuki Raudhah ketika di kawasan belakang ditutup untuk kaum wanita.
Ia kelihatan sibuk, namun pengalaman lalu mengajar saya tentang “ruang dan peluang” yang diuntukkan oleh Allah SWT melangkaui pandangan zahir manusia.
Masihkah ada ruang di dalam? Benar sekali, bila saya memasuki Raudhah, seorang jemaah diminta oleh polis bertugas untuk keluar daripada kawasan tersebut. Barangkali beliau sudah agak lama solat dan berdoa. Ruangnya diambil-alih oleh saya.
Cukuplah saya solat sunat dua rakaat dan sujud berdoa. Bila saya mengangkat muka, polis yang sama tersenyum dan saya menganggukkan kepala. Maksudnya, “saya akan beredar!”.
Benar, berada di dalam Haram akan terasa dingin dan damai. Ia perasaan yang sangat luar biasa. Ketika berpeluang, saya mohon kepadaNya agar tidak diberi rasa “tidak apa-apa” dengan Haram.
Biar ada getar di jiwa meskipun saya sangat hampir dengan Haram. Allahu Akbar, saya mohon keampunan dariNya.

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...