Skip to main content

Konspirasi Atau Dengki?


Dalam tempoh beberapa tahun ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) telah menerima banyak rungutan daripada ahli-ahlinya di mana perniagaan mereka dihujani dengan tohmahan yang mengatakan ianya merupakan perniagaan "Ali Baba" atau dimiliki pemilik bukan Islam serta sebagainya.
Perkara seumpama ini biasanya berlaku kepada perniagaan/jenama yang mula dikenali ramai contohnya Ubat Gigi Mu'min, Laksa Shack, Adabi, Aminah Hassan dan beberapa lagi jenama terkemuka milik peniaga Bumiputera Islam.
Sebahagian dari mereka telah mendapat kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab ini, ianya dilihat dari hasil jualan serta keuntungan mereka semakin merosot setiap hari, ini mungkin disebabkan rasa sangsi daripada pengguna Islam terhadap mereka.
Mari kita renungkan bersama... kekeliruan terhadap status pemilikan sesebuah perniagaan milik peniaga Muslim biasanya akan menimbulkan kesangsian dikalangan pengguna sekaligus tidak lagi memberikan sokongan, ini merupakan titik permulaan kepada kehancuran perniagaan itu sendiri.
Adakah ini yang diharapkan dari kenyataan kita yang kadangkala langsung tidak berasas?
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kepada para pengguna di luar sana supaya tidak menyebarkan khabar angin seumpama ini kerana dikhuatiri akan membawa kepada fitnah serta mampu memberikan impak negatif kepada ekonomi Islam .
Lihat di sekeliling, daripada ratusan ribu produk yang ada di pasaraya-pasaraya Malaysia hanya sebahagian kecil sahaja jenama milik peniaga Islam, bahkan mungkin boleh dikira dengan jari sahaja.
Di manakah Maruah Kita? Bagaimana Masa Depan Generasi Kita? Renungkanlah..
Persatuan Pengguna Islam Malaysia


Comments

raffi hasnul said…
Sedihnya, ramai juga antara kita yang dengki sesama sendiri, semoga kita berubah dan menjadi lebih baik lagi, mari tolong menolong untuk memajukan perniagaan Muslim.. kalau bukan kita sapa lagi yang nak tolong..
hazwan hashim said…
Bukan susah sangat tolong Negara sendiri.. kalau kita tolong orang kan, suatu masa kita akan di tolong jugak, kalau korang berniaga ada ke bukan islam nak bagi support? Aleh2 orang Islam je yang support...

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...