Skip to main content

Mengapa Muslim Perlu Sihat Dan Cergas?


Mengapa Muslim Perlu Sihat Dan Cergas?

Assalamualaikum pembaca iluvislam.com. Sebenarnya sudah agak lama saya bercadang untuk menulis artikel tentang hubungan agama Islam dan kecergasan atau fitness. Insyallah dalam masa akan datang saya dan iluvIslam akan dapat mengeluarkan ebook khusus untuk topik ini.
Kenapa Seorang Muslim Seharusnya Fit?
Islam merupakan agama yang merangkumi seluruh kehidupan termasuk jasmani. Seorang muslim itu bertanggungjawab terhadap setiap aspek dalam kehidupannya. contohnya saya; saya adalah seorang anak, seorang abang dan seorang suami yang bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Dengan kesemua tanggungjawab ini, sudah semestinya ia menjadi kewajipan untuk diri saya memastikan kesihatan dan kecergasan sentiasa dijaga. Tanpanya, bagaimana untuk saya tunaikan tangggungjawab tersebut?!
Contoh: Bagi mereka yang ingin menunaikan umrah dan haji, sudah tentu mereka perlukan tenaga dan kecergasan yang baik. Alhamdulillah saya sudah beberapa kali dapat menunaikan umrah tetapi kadangkala sedih melihat ramai yang kurang upaya dari segi kecergasan fizikal sehingga menggunakan kereta (sebaiknya jalan kaki) atau pitam dan macam-macam masalah lain berkaitan isu kesihatan.
Dalam satu hadis, ia mengatakan bahawa 1 per 3 daripada  perut kita perlu diisi dengan makanan, 1 per 3 yang lain perlu diisi dengan air manakala 1 per 3 yang lain adalah udara untuk bantu kita bernafas. Daripada hadis tersebut, kita dapat belajar bahawa kita tidak sepatutnya makan terlalu banyak.
Mengikut catatan sirah, Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang manusia yang sihat atau 'fit.' Pastinya Nabi kita sihat bukan kerana pergi gimnasium hari-hari tetapi adalah melalui kehidupannya sebagai seorang muslim. Kesihatan dan kecergasan bukanlah berhubung kait dengan gimnasium tetapi ia adalah cara hidup kita. Menjadi seorang muslim adalah cara hidup. Bagi saya, ia cukup mudah; menjadi seorang muslim bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, tetapi ia juga melibatkan penampilan kita. Oleh sebab itu, saya perlu betul-betul menjaga kesihatan.
Lima Contoh Kesihatan dan Kecergasan Dalam Islam
1. Ibadah Haji dan Umrah.
Sekali lagi, ini contoh yang memang jelas kerana untuk menunaikan ibadah semasa umrah lagi-lagi ketika waktu haji sememangnya memerlukan kecergasan dan penjagaan fizikal diri. Tanpafitness, memang sukar!
2. Puasa.
Puasa mempunyai banyak kelebihan. Ia memerlukan fokus, disiplin, kesederhanaan, kawalan diri dan mementingkan penjagaan badan, minda and kerohanian. Tetapi tanpa penjagaan kesihatan yang baik, ibadat puasa pun menjadi suatu perkara yang sukar.
3. Sembahyang.
Kalau kita fikir, setiap kali anda sembahyang anda sebenarnya melakukan senaman ringan selama 4-5 minits ataupun 20-25min sehari. Walaupun ia tidaklah senaman yang berat tetapi tak kira umur, ia "memaksa" seseorang untuk berdiri, sujud (strecthing) dan melibatkan keseluruhan anggota badan.
4. Sunnah nabi.
Pelbagai sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan simbolik kepada senaman, kesihatan dan kepentingan penjagaan diri sepanjang hayat Baginda. Sebagai seorang muslim, kita selalu merujuk kepada pengajaran sunnah... jadi kenapa tidak pula mengikut gaya hidup Baginda yang aktif dan cergas?
5. Al-Quran
Seperti sunnah, Al-Quran adalah panduan kehidupan seorang muslim. Dan walaupun quran tidak menyuruh anda mengunjungi gimnasium atau berdiet, ia mementingkan keserderhanaan dalam pemakanan (balanced diet), jangan membazir dan menjaga kesihatan diri.
Untuk itu, kecergasan yang penjagaan kesihatan diri sudah tentu menjadi tanggungjawap setiap muslim.

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...