Skip to main content

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun?

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun?


Assalamualikum..
Hari ini merupakan 10 zulhijjah 1430, selepas selesai solat & mendengar khutbah raya. Saya dan rakan terus pulang ke rumah. Seterusnya semua mereka bersiap untuk menghadiri jemputan ke rumah En. Sulaiman. Lain pula bagi saya & rakan sebilik (usama) bersiap untuk berjumpa tetamu warga Malaysia yang berkunjung di bumi syam Jordan ini.

Ditugaskan untuk membawa mereka melancong. Excited sangat, maklumlah kali pertama membawa orang melawat kawasan Jordan. Memang sebelum ini saya bercita-cita mahu mencari pengalaman selain ingin mengenali Jordan ini dengan lebih lagi. Antara tempat yang kami lawati pada hari pertama raya haji ini adalah makam Nabi Syuaib a.s., laut mati, gua ashabul kahfi & Jabal Qala`ah. Ke mana-mana sahaja tempat kami lawati ada sahaja cerita yang kami (saya & sahabat tadi)ketengahkan. Terutama sekali sewaktu di Makam Nabi Allah Syuaib a.s. saya berlagak sebagai seorang penterjemah, bila seorang penjaga menceritakan peristiwa2 yang berkait rapat dengan makam tersebut. Memang susah nak dilupakan. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Jadikanlah hambamu ini fasih dalam berbahasa Ya Allah.

Cuma sedikit yang menduka citakan, harapan untuk ke makam seorang lagi Nabi tidak kesampaian. Mungkin juga pemandu kami sendiri tidak tahu tempat tersebut. Jadi perjalanan tidak terlaksana seperti apa yang dirancang. Makam yang saya maksudkan itu ialah makam Nabi Allah Yusha` a.s.. Walaubagaimanapon Allah lah penentu segala apa perancangan. Dengan izin-Nya lah segala sesuatu itu terjadi.

Nabi Yusha’ bin Nun

Baginda merupakan pengikut Nabi Musa a.s. dan pernah menjadi teman musafir Nabi Musa a.s. sewaktu diperintahkan untuk berjumpa dengan Nabi Khidir a.s. oleh Allah Ta’ala . Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk memegang bekas ikan dan memberitahu Nabi Musa a.s. sekiranya ikan tersebut hilang ( Qasasul Anbiya’ )

Kedudukan makam ini ialah di sebelah timur Salt(sebuah wilayah di Jordan) yang terletak di atas bukit yang sangat cantik. Selain sebagai seorang pengikut kepada Nabi Musa a.s. Baginda juga dikatakan merupakan anak saudara Nabi Musa a.s. Di dalam al-Quran ada menyebut kisah baginda sebagai pemuda(alfata), tetapi tidak menyebut nama baginda.


Itu sahaja yang mahu saya kongsikan. Walaupun tidak dapat beraya bersama keluarga di kampung tetapi rasa bertuah meraikan 2 keluarga ini yang datang berkunjung. Sebelum itu, saya juga mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidladha kepada kepada keluarga dan sahabat serta semua yang mengenali secara langsung atau tidak.

*makam bukan bermaksud kubur.:D

Comments

Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Boleh sayaa tahuu..surah ayat alquran yg mana...saya terlupa

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...