Skip to main content

MEMAHAMI TUNTUTAN GENERASI RABBANI

MEMAHAMI TUNTUTAN GENERASI RABBANI


Perkataan ribbiyy dan rabbaniyy sebenarnya merujuk kepada segolongan manusia yang mempunyai ilmuyang luas lagi mendalam khususnya tentang agama, beramal dengan tulus ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT dan menyebarkan kebenaran dengan penuh kesabaran. Di dalam Al Quran Allah SWT menyebut tentang golongan ini di empat tempat :
Surah Al Imran ayat 146, Allah SWT berfirman, bermaksud :

"Berapa banyak dari nabi-nabi ( dahulu ) telah berperang dengan disertai oleh orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk ( kepada musuh ). Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang yang sabar".

Surah Al Maidah, ayat 44. Allah SWT berfirman, bermaksud :

“ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mempunyai petunjuk dan cahaya yang menerangi ; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri ( kepada Allah ) menetapkan hukum-hakam bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga), ulama-ulama mereka dan pendita-pendita mereka (menjalankan hukum Allah) sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula ialah menjadi penjaga dan pengawasnya ( dari sebarang perubahan ). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu ( dengan memelihara diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintahku ) ; dan janganlah kamu menjual ( membelakangkan ) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit ( kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia ) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang kafir.”

Surah Al Maidah, ayat 43 Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“ Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram! Sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka kerjakan.”

Surah al Imran, ayat 7 Allah SWT berfirman bermaksud :

“ Tidak patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya agama dan hikmah serta pangkat nabi kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai hendaklah kamu menjadi orang yang menyembahku dengan meninggalkan penyembahan Allah tetapi hendaklah kamu menjadi orang yang rabbaniyyin ( yang menyembah Allah semata-mata dengan ilmu dan amal yang sempurna ) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya .” ( Pimpinan al- Rahman kepada Pengertian al-Quran ).

Pada hari kematian Abdullah ibn Abbas r.a, telah berkata Muhamad ibn Ali ibn Hanafiyah ; hari ini telah meninggallah seorang rabbaniyy dari umat ini. Ibn Abbas r.a memang terkenal di kalangan sahabat mengenai kedalaman dan keluasan ilmunya, adalah wajar digelar insan rabbaniyy. Telah diriwayat dari Saidina Ali r.a : Manusia itu tiga golongan, alim yang rabbainyy, penuntut ilmu atas jalan kejayaan dan orang yang hina pengikut segala panggilan ( keburukan ). Sibawaih adalah seorang ahli bahasa berpendapat ditambah huruf alif dan nun pada perkataan ribbiyy lalu menjadi rabbaniyy menunjukkan mereka adalah golongan yang sangat mendalam ilmunya tentang ketuhanan. ( Lisan al Arab ).

Di dalam al Taalim Imam Al Banna telah menegaskan bahawa usaha mestilah dilakukan untuk membentuk diri agar menjadi insan kamil yang mempunyai aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, fikiran yang berasaskan ilmu, tubuh yang kuat, hidup yang berdikari, diri yang berjihad, masa yang dihargai, tugas yang tersusun dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. ( Risalat al-Taalim, rukun al-Amal )

As Sayhid Syed Qurb di dalam rumusannya mengenai generasi al Quran yang unik ( iaitu generasi para sahabat Rasulullah SAW ) menjelaskan tiga ciri penting yang telah menjadikan mereka generasi unggul yang lahir dari madrasah Rasulullah SAW. Pertama, mereka sentiasa membersihkan diri dari segala unsur jahiliyyah, kedua sumber rujukan mereka yang agung ialah Al Quran al Karim, ketiga apa yang dipelajari adalah untuk diamalkan. ( Petunjuk Sepanjang Zaman )

Kelahiran generasi ini adalah disebabkan adanya manhaj yang sahih, murabbi bertakwa yang mempunyai keluasan dan kedalaman ilmu pengetahuan di samping suasana subur di dalam keluarga, institusi pendidikan, masyarakat dan negara. Usaha melahirkan kembali generasi ini di akhir zaman adalah usaha suci dan memerlukan pengorbanan diri, masa dan harta.

Sedutan daripada kertas kerja yang telah dibentangkan oleh beliau di Seminar Keibubapaan anjuran PIBG SRI Hira' pada 24 Jun 2001 di Auditorium SIRIM Shah Alam


Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001 Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001. Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India. Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran. Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan. Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong. PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu. Insiden itu tel...