Skip to main content

Palestine

Palestine

SANGGUPKAH KITA...????!!!!

Wahai muslimin muslimat...

Di mana kita..? Di mana kita tika mereka dalam kepahitan..?

Di mana kita tika mereka tak mengenal erti keperitan..?

Di mana kita tika mereka meraung-raung meminta pertolongan..?

Di mana kita tika mereka berjuang tak kira siang mahupun malam..?

Adakah kita memberi bantuan dan sokongan..?

Atau masih bergelak tawa tak tentu haluan..?!! Menangis xtahu tujuan...?!!

Dan sekadar bertindak lepas tangan...???

Adakah kita sanggup membiarkan saudara seIslam kita diseksa sebegitu rupa..?

Bangunlah.. Sedarlah... Bangkitlah dari lalai &danleka... Dari alpa dan lupa...

Marilah sama-sama kita berdoa memohon agar penderitaan mereka berakhir...

Sanggupkah kita kiranya satu hari nanti terpaksa berada di tempat mereka..?

Sanggupkah kita melihat ibu & ayah terkorban..?

Sanggupkah kita mendengar adik-adik kita bertangisan...?

Sanggupkah kita menghidu bau mayat yang bergelimpangan..?

Sanggupkah kita membiarkan kakak dan abang kita diseksa tak berperikemanusiaan..?

Sanggupkah kita merasa pedihnya kesakitan & penderitaan..?

Sanggupkah kita menangis lapar akibat kebuluran..?

Pastinya tidak....!!!!

Sedangkan kita yang hanya diuji oleh tsunami, tanah runtuh & banjir pun sudah tak keruan dan tak dapat menahan perasaan..

Inikan pula mereka yg terpaksa merintih pada manusia bertopengkan syaitan yang tak punya belas kasihan...

Bayangkanlah... Ayah kehilangan anak, kakak kehilangan adik, isteri kehilangan suami, anak kehilangan ibu, bayi kecil tak berdosa turut menjadi mangsa... Tiada yg rela, semuanya terpaksa ditelan jua...

Bayangkanlah... Mata yang celik menjadi buta.. Rupa yg cantik terhiris luka... Tubuh yangg sempurna hilang anggota... Badan yang gagah hilang upaya..

Apa yang ada musnah segalanya..

Yang tinggal hanyalah linangan air mata... Tubuh yang tak bermaya... Lidah yang kelu tak mampu berkata-kata... Hati yang lara.... Nyawa yang bagaikan langsung tak berharga.... Dan sisa hidup yang entah sampai bila... mungkin esok atau lusa saja....?!!

Sanggupkah kita..?

Sanggupkah kita menghadapinya..? Sanggupkah kita berada di tempat mereka walau sekadar sesaat..???

Mampukah kita menghadapinya..????!!!!! Pasti juga tidak....

Oleh itu, sedarlah wahai umat Muhammad sekalian..

Walau cita-cita setinggi gunung ganang... Walau kuasa tak cukup tangan.. Walau pangkat jadi kemegahan... Walau cinta bagai laut yang tak bertepian.. Walau harta berlebih-lebihan... Walau hebat mana pun kekuatan...

Tapi mustahil akan mmpu menandingi kuasa Allah.. Kerana Dia yang menciptakan sekalian alam dan membinasakannya tanpa sesiapa pun dapat menghalang...

Jadi,ingatlah... Jangan sekali-kali mementingkan diri sendiri.. Prihatinlah terhadap mereka... Simpati ke atas nasib yang menimpa saudara seIslam kita... Kerana tidak mustahil kita juga akan diberi nasib yang sama..

Sesungguhnya ujian & dugaan itu datang tanpa mengenal sesiapa... Kita bukannya makhluk hebat yang boleh melawan ketentuan... Yang kita punya hanyalah Al-Quran & Hadith sebagai panduan agar tak sesat di tengah jalan....

Renung-renungkan... Fikir-fikirkan.... Maka, sebagai khalifah di muka bumi ini.. Renung-renungkanlah nasib mereka... Jangan mementingkan diri sendiri.... Walaupun mungkin kita tak mampu untuk berjuang menentang keganasan.. Namun, sekurang-kurangnya marilah sama-sama kita menanam kebencian terhadap pengganas-pengganas yang telah menghancurkan bumi Palestin... Dan berdoa agar mereka ditimpa musibah yang dahsyat oleh Allah s.w.t kerana Dialah Tuhan tempat kita meminta... Tuhan yg maha berkuasa lagi maha memakbulkan... Sesungguhnye doa adalah satu2nya senjata org mukmin yang paling berharga & bernilai...

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001 Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001. Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India. Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran. Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan. Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong. PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu. Insiden itu tel...