Skip to main content

Serangan Israel Terhadap Palestin Di GAZA

1,000 pelajar demontrasi kutuk kekejaman Yahudi

KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kekejaman rejim haram Yahudi sehingga menyebabkan ramai penduduk Palestin menjadi korban turut mendapat kutukan hampir 1,000 pelajar yang berhimpun membantah tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut. Iklan

Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya di kampus Nilam Puri mengadakan demontrasi aman di perkarangan Masjid Kampung Laut dekat sini petang tadi.

Pelbagai sepanduk bantahan dipamerkan termasuk 'Boikot Barang Yahudi', 'Ya Allah Selamatkan Bumi Palestin' dan 'Yahudi Kaum Dikutuk'.

Mereka juga membakar replika patung Perdana Menteri Israel. Laungan takbir menyemarakkan lagi perhimpunan tersebut.

Demontrasi yang diadakan hampir dua jam bermula selepas solat Zohor kemudian berakhir dengan bacaan doa semoga bumi Palestin diselamatkan dari kekejaman rejim Yahudi.

Presiden Persatuan Mahasiswa KIAS, Syed Mohd Ridhuan Syed Kamaruddin berkata, tujuan demontrasi itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada penduduk Islam di Palestin yang kini sedang ditindas rejim Yahudi.

"Kekejaman Yahudi terhadap rakyat Palestin bukan lagi isu tempatan sahaja, malah ia melibatkan ketuanan Islam di bumi Allah.

"Saya menyeru rakyat Malaysia sedar akan nasib saudara kita yang kini ditindas dan dibunuh. Marilah kita berpakat memboikot segala barangan dari negara yang menyokong rejim Yahudi," katanya kepada media selepas itu.

Menurutnya mahasiswa perlu bersuara kerana ia melibatkan persaudaraan Islam dan kebisuan negara Islam akan menambahkan kekejaman Yahudi.

Kata beliau rakyat Kelantan sebelum ini tidak didedahkan dengan demontrasi terhadap satu-satu isu yang menyentuh mengenai nasib umat Islam di tempat lain.

Demontrasi terbabit juga turut mendapat sokongan pihak pengurusan KIAS sehingga beberapa pensyarah turut memberi sokongan. - mj _

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...