Skip to main content

Masa itu kehidupan



Masa itu kehidupan, gunalah masa yang dianugerahkan Allah kepada insan untuk bertungkus lumus berbuat kebaikan dan amal soleh di dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti..

Jika tidak mencukupi air, musafir boleh berhenti dan memenuhkan botol air tersebut agar tidak haus ketika perjalanan menuju destinasi.

Kelak di akhirat, bekalan yg terkutip di dunia sahajalah yang menjadi bekal untuk menempuh akhirat yang tiada penghujung,

Jika bekalan tidak mencukupi maka rugilah.. kerana tidak seseorang itu akan dikembalikan ke dunia bagi membuat amal soleh..maka menyesallah dia seperti yg ternukil dalam surah al-fajr: 23-24 dan pd hari dinampakkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya Dia mengatakan," Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan ( amal saleh) untuk hidup ini" Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada gunanya. Dunia, ini menjadi persinggahan bukan alamat tetap kita. Ia hanyalah satu ujian keatas manusia, untuk menilai siapa antaranya adalah yang terbaik amalnya sebelum ke alamt tetap yakni kampong akhirat. Tarikh lahir berma`na perlumbaan bermula, dan hari kematian berma`na tamat perlumbaan.

Kematian? Siapa yang dapat jamin kematian itu masih jauh dari kita? Adakah dngn berfikir bahawasanya kematian itu masih jauh memberi tiket untuk kita terus bersenang-senang mengikut arus dunia? Tepuk dada tanyalah iman..

Mungkin akan timbul persepsi seperti, tak mengapa Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang, tapi bagaimana dengan sifat-sifat Allah yang lain? Bukankah Allah juga Yang Sangat Keras, Yang Menyampaikan Mudharat?

Oleh itu, marilah kita semua ( termasuk diriku yang hina) menginsafi diri kita... Sesungguhnya azab Allah itu amatlah keras..mampukah kita menghadapinya? Syurga Allah penuh ni`mat layakkah kita memasukinya?

Oleh itu, para pembaca sekalian, marilah kita semua membuat kempen memanafaatkan masa untuk beramal kebaikan, dan hindari diri dari membuat perkara-perkara lagha yang tidak mengingati Allah seperti menonton movie-movie , mendengar lagu-lagu, atau apa-apa sahaja yang berunsur jahili yg kita tidak dapat baca bismillah sebelum membuat perkara tersebut.

Sebaliknya, sebagai gantian tadabbur Al-quran, bacalah ( iqra`) artikel-artikel informatif yang menjana buah fikiran, melihat klip-klip dokumentari yang dapat memberi pengajaran ruhani /jasmani ataupun mendengar lagu-lagu peringatan.

Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanya pemberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa ke atas mereka, tetapi orang yang berpaling dan kafir, maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar.Sesungguhnya kepada Kami-lah kembali mereka, kemudian sesungguhnya kewajiban Kami-lah menghisab mereka. (88: 21-26)

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...