Skip to main content

Anak Kita



Dizaman yang mencabar kini semakin banyak pula pola ketamakkan manusia atas muka bumi Allahswt. Jika pola ini terus wujud dan berlaku tanpa henti , apa pula nasib anak,cucu,cicit serta generasi yang bawah dari kita 50-60 tahun akan datang? Kita dizaman kini terlalu tamakkan sosio ekonomi , tampuk pemerintahan serta juga pelbgai lagi perihal ketamakkan. Paling sedih amat kita pula tidak tamakkan ASA ( Amanah Saham Akhirat ) . ASD ( Amanah Saham Dunia ) yang kita kejarkan sahaja sampai melupakan hal ASA tanpa kita sedari yang selama ini rezeki yang Allah berikan ini hanyalah sementara sahaja bila-bila sahaja ia akan ditarik olehNya. Diri ini bukan membuat spekulasi semata-mata ia benar dan banyak terjadi kepada semua manusia saya tahu kita ini ada hasutan dari Syaitan Yang Direjam, tetapi apa kata kita lawan akan hasutan itu .Baiklah saya ingin kembali kepada perkara asal saya .

Sampai bilakah kita yang berada dizaman mewah ini ingin teruskan?
Adakah kita hendakkan anak , cucu , cicit serta generasi yang akan datang kelak akan berada dizaman fakir miskin?

Jika ini berlaku kepada anak kita kelak adakah kita tidak merasa sedih dan hiba didalam jiwa kita , sesungguh kita ini adalah Abdullah (Hamba Allah) sahaja . Mustahil anda kalian tidak akan rasa sedih dan hiba jika tiada perasaan ini anda dan saya adalah manusia yang tiada perasaan langsung hati batu , buta hati dan pelbagai simpulan lagi .
Pada yang ada perasaan pasti ingin memperjuangkan ia nak menolong mereka kerana mereka juga adalah darah daging kita . Persolan saya kini ketika apakah situasi kita ? Pasti ketika itu kita telah dimamah usia ( sudah tua ) entah-entah kita telah menemui Allahswt . Bagaimanakah kita hendak membantu mereka ? Apakah daya yang kita ada untuk memperjuangkan nasib mereka ?

Renungkanlah kerana kita masih ada sedikit waktu dan belum terlewat untuk memperjuangkan nasib mereka . Lihatlah sedangkan Nabi Muhammad sebelum saat wafatnya sempat membuat permintaan kepada Malaikat yang mencabut nyawanya agar menarik nyawa umat dia dengan keadaan tidak menyakitkan seperti dia rasakan ketika saat wafatnya . Nabi Muhammad amat menyayangi umat dia .

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...