Skip to main content

Posts

keajaiban statistik dalam Al Quran

keajaiban statistik dalam Al Quran Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan: DUNIA – 115 kali AKHIRAT – 115 kali MALAIKAT – 88 kali SYAITAN – 88 kali HIDUP – 145 kali MATI – 145 kali FAEDAH – 50 kali KERUGIAN – 50 kali UMMAH – 50 kali PENYAMPAI – 50 kali IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali BALA/MUSIBAH – 75 kali BERSYUKUR – 75 kali BERSEDEKAH – 73 kali BERPUAS HATI – 73 kali ORANG YANG SESAT – 17 kali ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali MUSLIMIN – 41 kali JIHAD – 41 kali EMAS – 8 kali KEMURAHAN HIDUP – 8 kali KEAJAIBAN – 60 kali FITNAH – 60 kali ZAKAT – 32 kali BERKAT – 32 kali MINDA – 49 kali NUR – 49 kali LIDAH – 25 kali SUMPAH – 25 kali NAFSU – 8 kali KETAKUTAN – 8 kali BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali BERDAKWAH – 18 kali KESUSAHAN – 114 kali KESABARAN – 114 kali MUHAMMAD – 4 k...

Senarai Harapan Menjadi Isi Tong Sampah?

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat tahun baru untuk kalendar masihi. Tahun berubah dan sentiasa menjadi baru. Manusia juga berubah menjadi menjadi baru cuma apa yang menjadi baru itu kita tidak tahu. Sebenarnya ramai orang Malaysia yang jarang duduk dan muhasabah diri di tahun baru. Mungkin terlalu sibuk dengan kesibukan yang kita sendiri cipta. Itu adalah salah satu punca kegagalan ramai orang yang tidak mempunyai pembaharuan sungguhpun tahun itu sentiasa berubah menjadi baru. Hari ini kalau disuruh kita menyenaraikan apa yang kita mahu ubah untuk tahun baru, maka kita akan mengambil pen dan kertas lantas menyenaraikan apa yang bermain di minda. Ia mungkin mengambil masa 5 minit dan siaplah satu senarai perkara yang mahu kita ubah sempena tahun baru. Tapi percayakah anda jika saya katakan bahawa sepantas senarai itu dibuat, sepantas itu juga senarai itu dilupakan? Maka lima minit selepas itu, senarai itu hanya menjadi sehel...

Jenayah

Pengertian Jenayah Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya. Falsafah Jenayah Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah. Hukum-Hukum Jenayah Islam Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada HukumHudud HukumQisas Hukum Ta’zir Hukum Hudud Pengertian Hudud Dan segi bahasa  hudud  bererti menahan atau mencegàh Dan segi segi istilah  hudud  ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya; “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”     Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya   Zina; Persetubuhan ha...

Ya Allah, Manisnya Hidayah-Mu

Ya Allah, Manisnya Hidayah-Mu Alhamdulillah, beberapa bulan lalu saya mempunyai impian untuk lancarkan slot 'Sinar Hidayah' dan hari ini ia menjadi realiti; dengan izin Allah SWT. Slot ini adalah slot perkongsian pengalaman yang mampu memberikan kita kesedaran dan inspirasi bahawa hidayah Allah itu dekat dengan kita. Apa yang cuba disampaikan melalui slot ini adalah walau sejahat atau senakal mana pun kita, Allah masih sayang kepada kita. Maka, kita perlu berusaha untuk terus mencari dan mendapatkan hidayah-Nya.  Perkongsian pertama  di bawah ditulis oleh rakan saya, Adam (bukan nama sebenar). Semoga bermanfaat, dan sebar-sebarkanlah untuk membantu rakan-rakan kita yang lain. Im Koyube, Presiden iluvislam.com   Luv Everybody, Hate Nobody Kisah Adam Coretan saya ini, sekadar ingin berkongsi kisah benar kehidupan seorang lelaki (yang ingin dikenali sebagai Adam) yang dipilih Allah untuk berhijrah daripada kehidupannya yang gelap kepada cahaya. Allah berfirman yang be...