Salam

Video Pilihan Jiwa islam

Anti Zionist

Gambar-Gambar

al-Quran

Listen to Quran

    Saturday, June 26, 2010

    Kenapa manusia perlu kepada agama ?

    Jasad – makan minum pakaian tempat tinggal salah isi akan merosakkan organ dalaman

    Roh perlu tenang bahgia jika salah beri isi akan rosak

    Keperluan roh adalah agama jika tiada akan tercari-cari

    Keperluan manuasia kepada agama untuk memenuhi tuntutan fitrahnya contohnya roh dating dari Allah maka perlu kepada Allah dengan cara pengisian agama ( di arahkan dan ditegah)

    Hasad dengki itu adalah seperti api yang memakan kayu api.

    Apabila roh dan jiwa akan tenang maka jasad akan sihat

    Agama umpama candu kepada manusia … ( Calmac : Pengasas Kepada Yahudi:Zaman Komunis)

    Sejarah Islam Pada Zaman Dahulu adalah ¾ Islam kajian dialam semula jadi adalah untuk menyakinkan adanya Allah maka bertambah iman

    Jelaskan Mengapa Manusia Perlu Kepada Agama ?

    Siapa Manusia , Kesan Sejarah,Bukti Perlu Kepada Kuasa,Kaitkan Kepada Roh dan Jasad

    Syariat Islam

    Nabi Muhammad(saw) pembawa syariat Islam

    Sudan menjalankan undang2 Syariah

    Bahagian :

    1. Aqidah
    2. Syariah
    3. Akhlaq

    تصر اسلام

    Syariat terbahagi :

    1. Ibadah / Ibadah
    2. Muamalah / Muamalat

    Ibadat :

    1. Khusus ( Rukun Islam)
    2. Umum (Selain Rukun Islam) (urusan yang dalam kebaikkan antara manusia)

    Nabi mengajar seluruh tanpa pembahagian kerana ianya semua berkaitan dengan satu sama lain

    Kedudukan Ibadat adalah satu cabang dengan Syariah . Ibadah adalah khusus kepada Allah sahaja dan Muamalah adalah khusus kepada Manusia

    Ibadah Ekonomi :

    1. Jual Beli (jaga halal/haram,aqad,) sorok barangan
    2. Munakahat (belian atas belian orang lain)

    Jihad adalah menjaga semua pembahagian syariah . Punca orang kafir benci orang Islam sekarang adalah kerana tidak memaparkan kecantikkan Islam kepada orang kafir. Ini juga sebagai da'wah.

    Ijtihad adalah alam bidang Syariah ianya adalah dalam segi Ibadah dan Muamalah . Ijtihad adalah sebagian dari Fatwa .

    Huraikan dengan ringkas kedudukan Ibadah dalam konteks Islam yang syumul .

    Buku Rujukkan :

    Mustafa Haji Daud (1995) Konsep Ibadat Menurut Islam , KL,DBP

    Udah Mohsin(1987) Kesan Ibadah Dalam Pembentukkan Akhlak Seorang Muslim,Selangor,Hizbi

    Ismail Awang (1996) Adat Orang-Orang Melayu yang Bertentangan Dengan Aqidah Islam,Kota Bharu : Pustaka Aman Press.

    Ibadah adalah tujuan hidup manusia

    1. Semua para rasul menyeru untuk manusia beribadat kepada Allah sebagai contoh Surah Al Araf : Ayat 65

    Dan sesungguhnya kami telah bangkitkan pada setiap umat rasul (untuk menyeru) hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah طاغوتmaka sebahagian umat itu ada yang beroleh pimpinan dari Allah dan antara mereka ad yang pasti dalam kesesatan

    Thagut ( Syaitan,Penguasa yang penyembah selain Allah)

    Tugas utama manusia untuk beribadah dapat dijelaskan apabila kita meneliti tiga persoalan utama dalam kehidupan manusia

    1. Dari mana kita datang ?

      Jawapan : Sejarah tercipta Nabi Adam

    2. Kemana kita akan pergi ?

      Jawapan : Ia dinyatakan dalam surah al mu'minun ayat 115.

    أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ عَبَثً۬ا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ (١١٥)


     

    Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115)

    1. Mengapa manusia dijadikan ?

      Jawapan : Az-Zariyyat ayat 58

    2. Mengapa manusia mesti beribadat kepada Allah?

      Jawapan :      1. Sebagai tanda kesyukuran dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah

               2.Mer ealisasikan diri sebagai khalifah


       

      Ibadah adalah tunduk,taat dan patuh serta doa dalam surah Yassin

      rendah diri,taat dan hina diri

      Yusuf Qardhawi perkataan ibadah itu adalah abada menjadi ubudiyah(u in) ibadatan


       

      Istilah Tafsir : sebagai mengesakan Allah , mengagungkannya dengan sepenuh-penuh ta'azim serta merendahkan dan menundukkan diri kepadanya


       

      Istilah Ilmu Qalam(Tauhid) : ibadah itu adalah tauhid atau kata lain mengesakan Allah tuhan yang disembah serta mengi'tiqadkan pula keesaannya dan zatnya pada sifatnya serta perbuatannya . Mengesakan Allah melalui Zatnya,Sifatnya,


       

      Ulama' feqah : segala apa yang dikerjakan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan mengharapkan pahala hari akhirat .


       

      Ulama Akhlak : Beramal kepada Allah dengan taat dari segi jasmani dan melaksanakan s yariah Islamiah


       

      Tasawuf : sesuatu yang dilakukan seorang mukalaff yang bertentangan dengan keinginan nafsunya untuk membesarkan Allah


       

      Sufi : melawan nafsu untuk dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat


       

      Ibadah sebelum Islam :


       

      Masyarakat jahiliyyah percaya kepada kewujudan Allah tetapi dalam melakukan ibadah mereka juga percaya adanya kuasa2 lain yang mesti diagungkan bersama dengan Allah


       

      Berhala yang disembah oleh masyarakat jahiliyyah sebenarnya bukan berasal dari tanah Hijjaz (mekah & madinah) tetapi dibawa oleh masyarakat mekah dari luar mekah


       

      Masyarakat jahiliyah melakukan ibadah di kaabah tanpa pakaian berkeyakinan Allah hanya menerima penyembahan dari orang2 yang suci , mereka beranggapan mengenakan pakaian akan menjadikan mereka tidak bersih


       

      Perbezaan antara Aqidah dan Ibadah :


       

    Adat 

    Ibadah  

    Adat2 orang melayu antara beberapa adat oleh orang melayu :

    1. Adat membayar nazar
    2. Adat mandi buang sial
    3. Adat Mandi Safar
    4. Adat melegang perut
    5. Adat merenjis tepung tawar
    6. Adat memuja kampong
    7. Adat memuj semagat padi

    Sesuatu pekerjaan yang baik akan menjadi ibadah sekiranya diniatkan kerana Allahswt

    Sebarang perbuatan yang harus dilakukan tanpa disertai dengan niat ia adalah perbuatan yang tidak dikira sebagai ibadah

    Adakala adat menjadi ibadat

    1. Tidak melayahi hukum syara'
    2. Dilakukan dengan niat yang ikhlas


     

    Nazar Dengan penyembelihan atau korban setelah mendapat sesuatu nikmat .

    Nazar Mutlaq bagi atas aku wajib solat sunat ke atas Allah


     

    Pembahagian Ibadt Khusus dan Umum


     

    Khusus 

    Umum  

    Ibadat yang segala perkataan,perbuatan dan niat yang sememangnya khusus dilakukan atau dinyatakan kerana Allah

    Contoh : Rukun Islam , Doa , Zikir ,

    Perkara2 ini terkandung didalam fiqh Ibadah

    Syarat2 sah , rukun

    Mempunyai Wasilah (cara perjalanan untuk ibadah kita

    Rukun Islam

    Doa

    Zikir

    Jihad  

    Segala perkerjaan yang dilakukan oleh seseorang selain daripada ibadat khusus yang diniatkan kerana Allah serta tidak bertentangan dengan kehendak-kehendak syara'

    Ianya pada umumnya terkandung dalam aspek mu'amalah contohnya :

    Perniagaan , perkahwinan,bantu membantu dan sebagainya .


     

    Ibadah khusus dan ibadah umum adakalanya disebut sebagai fardhu ain @ fardhu kifayah

    Jasmani

    Social , pentadbiran , pendidikan

    Politik


     

    Asas2 ibadah islamiah ialah :

    1. Aqidah yang jelas aqidah islam terkandung dalam rukun iman iaitu
      1. Beriman kepada allah
      2. Beriman kepada malaikat
      3. Beriman kepada kitab-kitab
      4. Beriman kepada rasul
      5. Beriman kepada qiamat
      6. Beriman qadha' dan qadar
    2. Keimana kepada Allah sebagai asas uatama Ibadah
      1. Tauhid Uluhiyya h (asal dari kalimah Illah dari bahasa bermaksud kecenderungan , mengharapkan pertolongan,kerinduan,tidak mahu berpisah,pengabdian,perlindungan – kalimah dari pengertian2 diatas membawa maksud penyerahan diri dengan berhrapan dapat perlindungan serta keselamatan)
      2. Tauhid Rububiyyah ( ialah keyakinan kita bahawa tuhan itu pemelihara ,menjaga,pengatur alam ini,)

    Ciri-ciri ibadah antara yang penting ialah :

    1. Niat ( daya kekuatan yang mengerakkan sesuatu perbuatan semata-mata baik @ sebaliknya – lintasan hati )
    2. Ikhlas dari segi bahasa : bersih,jernih,suci, maka itu perbuatan yang dilaksanakan dengan niat yang ikhlas merupakan ibadah yang bersih,suci dan murni yang terhindar dari segala kecatatan dan kekotoran sama ada dalam bentuk kebendaan atau kerohaniaan – dari istilah al-Quran pula ikhlas ialah pembersihan dan penyucian niat dari sebarang kekotoran dan penyakit yang menodai keikhlasan untuk menghamprkan diri kepada Allah dalam segala perbuatan )
    3. Khusyu'

    Wednesday, June 23, 2010

    Nakhoda

    Ibu Bapa Nahkhoda Kehidupan Anak-Anak
    Dihantar oleh : Hidayani*
    Editor : Isyrak

    "Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil".
    Al Baqarah : 67



    Al-Quran sering kali di anak tirikan oleh umat islam. Mereka hanya memandang enteng akan kepentingan al-Quran. Al-Quran hanya sekadar hiasan di setiap penjuru rumah.


    Kamus bergambar bertukar tangan, tanda penghargaan daripada si bapa sempena lulusnya anak di medan peperiksaan. Kalaulah kamus comel itu digantikan dengan al-Quran yang terjamin akan kesuciannya, sudah tentu mendapat keberkatan daripada Ilahi.


    Tapi masa sekarang sudah berubah!. Tika dahulu anak kecil diasuh mengenal huruf-huruf hijaiyah, Muqaddam dihafal setiap kali menjelang maghrib, bagaikan menutup tirai senja.

    Teringat cerita semalam, di tangan Tok Guru tersedia rotan yang panjang, gerun kami melihatnya. Kiranya tersalah, maka dirotannya kami. Begitulah peritnya menuntut ilmu yang tiada tandingannya.

    Namun kini, cerita semalam hanya tinggal kenangan. Parut dan luka lama menjadi sejarah dalam kamus hidupku.


    “Tahun ni Amirul UPSR lah Kak Nah, jadi berhenti sekejap mengaji dan kelas fardhu ain. Senang sikit. Boleh beri tumpuan pada UPSR. Maklumlah, tahun depan katanya nak ke MRSM.”


    Sedih bukan! Apabila dunia menjadi keutamaan, akhirat dilengah-lengahkan. Semakin kita mengejar kemewahan, terasa bagaikan nilai keimanan luntur dalam sanubari. Manusia rakus mengejar arus kemodenan yang tidak pasti akan hentinya. Bagi saya itulah kesan kejahilan. Jahil bukan masalah kecil. Tapi sentiasa dikecil-kecilkan. Bagaikan tidak nampak di mata kita.

    Apabila si anak tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, maka si ayah dan si ibu akan berasa malu mempunyai anak seperti ini. Sedangkan berapa ramai graduan universiti yang tidak layak bergelar sebagai manusia, jahilkah mereka? Mereka yang hebat dari sudut akademik namun tidak pada agama. Bak kata Saiful Islam yang dipetik dari blognya“...(mafhumnya) kita bukan mahu anak kita menjadi orang agama, tapi cukuplah sekadar orang yang beragama.”

    Segala-galanya bermula daripada rumah, teringat akan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya:


    “Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."


    Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

    “Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”


    Setiap anak yang dilahirkan suci akan sifatnya. Tiada noda-noda dosa, apatah lagi tompok hitam. Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa dalam menzahirkan syariat Islam ke atas seseorang anak. Supaya anak-anak itu menjadi seorang insan yang sempurna akan akhlaknya dan tidak menyekutukan Allah.


    * Hidayani = Wartawan online


    Sumber: Dipetik daripada http://imtiazsofea.blogspot.com

    p/s: Pihak editor mengubah tajuk mengikut kesesuai artikel

    Monday, June 14, 2010

    Facebook dan Dosa

    Dosa-Dosa & Facebook
    Oleh
    Zaharuddin Abd Rahman
      Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
    Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
    1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
    Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

    Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

    Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

    Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
    Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
    Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
    2)  Terlebih gambar
    Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekatsangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

    Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

    Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

    Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

    Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

    3)  Penyamaran
    Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

    Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

    4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
    Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

    Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 

    Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

    5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
    Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

    Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan taggingkepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya

    Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

    a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
    b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
    c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

    6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

        Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
        
    Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

    Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


    KESIMPULAN
    Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
    Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
    Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
    Sekian

    Zaharuddin Abd Rahman
    3 Mei 2010

    Friday, June 11, 2010

    Mujadah

    MENINGKAT DIRI MELALUI MUJAHADAH

    www.Halaqahnet
    Editor : PenaHalaqah



    PADA adatnya tidak mungkin kita sampai pada lapangan makrifat terhadap Allah SWT apabila kita tidak mahu bermujahadah, tidak mahu melihat kelemahan-kelemahan yang terkandung dalam diri kita, lebih-lebih lagi kelemahan itu berupa penyakit hati. 

    Oleh itu Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang berjuang di jalan Kami, sesungguhnya Kami akan memberi petunjuk mereka itu pada jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang membuat kebaikan.” 

    “Mujahadah” yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah memerangi hawa nafsu yang mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai dengan sempurna keredaan Allah SWT.  Tegasnya, orang-orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak baik bererti ia mendatangkan kekurangan pada peribadinya sendiri. Umumnya tabiat manusia tidak menghiraukan keaiban-keaiban tetapi mengutamakan pada hal-hal yang dianggap baik.

    Meskipun sifatnya masih fatamorgana bahkan masih belum apa-apa, sama seperti orang sakit tidak mahu melihat penyakitnya untuk diubati tetapi perhatiannya lebih dahulu mengarah kepada hal-hal yang harus dikerjakan apabila ia sihat. 
    Manusia yang sempurna dalam berfikir serta sempurna dalam perasaan akan melihat keaibannya lebih dahulu demi untuk mencapai keutamaan yang dicita-citakan.  Ulama tasawuf pernah berkata:  “Hendaklah kamu mencari istiqamah dan jangan anda mencari karamah, kerana sesungguhnya nafsumu menggugatmu mencari kemuliaan, sedangkan Tuhan-mu menuntut kamu dengan istiqamah. Dan sesungguhnya berada di sisi hak Tuhanmu adalah lebih patut dari beradanya kamu dengan keuntungan diri anda.” 

    Allah menghendaki agar kita istiqamah pada jalan-Nya dan apabila kita selalu mematuhi kehendak-Nya maka dengan sendirinya Allah akan memberikan kurniaan pula buat kita iaitu keutamaan-keutamaan yang datang apabila amal yang ikhlas telah kita kerjakan. Oleh itu, kita harus mengutamakan hak Allah daripada mendahulukan keuntungan diri dan nafsu kita. 

    Tahukah anda, jalan apakah bagi kita untuk mengenal segala keaiban-keaiban diri kita dan dapat pula mengatasi semua itu?  Imam Al-Ghazali r.a telah menunjukkan jalannya sebagai berikut:

    • Hendaklah seseorang itu berada di bawah pimpinan seorang guru, dia dapat melihat kekurangan-kekurangan dan keaiban-keaiban serta penyakit-penyakit murid yang dipimpinnya. Dengan demikian si guru dapat mengeluarkan hukum-hukum atau jalan-jalan apakah yang harus dijalani oleh murid agar penyakit-penyakitnya sembuh. 

    • Bergaul dengan teman yang mencintai kita dan berhati benar terhadap kita. Bergaul dengan teman itu ertinya, kita dapat diawasi olehnya mengenai hal keadaan kita dan pekerjaan kita. Andainya kita menyimpang dari landasan yang sebenarnya, maka si teman tidak segan-segan menegur dan menasihati. 

    • Penyakit-penyakit atau keaiban-keaiban orang lain menjadi pengajaran bagi kita, agar kita tidak mengerjakan penyakit-penyakit yang serupa. 

    • Hendaklah banyak mengambil faedah dari pergaulan sesama kita.  Mana yang baik untuk diikuti, maka kerjakanlah. Dan mana yang buruk hindarkanlah, sebab tabiat kemanusiaan anatara satu dengan lain kadang-kadang saling berdekatan.

    Demikian Imam Al-Ghazali dalam memberikan tuntutan dan nasihat kepada orang-orang sakit di mana segala penyakitnya itu dapat menjauhkannya dari Allah SWT. Bahkan dapat menjatuhkannya ke dalam kemarahan Allah SWT apabila si sakit tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan selaku hamba terhadap Tuhannya.

    Justeru, dalam kita menggali telaga kekurangan dan kelemahan yang terhimpun di dasar diri kita, maka lihatlah akan hikmat yang tersembunyi padanya. Jangan kita mengatakan bahawa Allah Ta'ala itu zalim kerana mengurniakan kelemahan pada hamba-Nya, tetapi renunglah bahawa dengan adanya kelemahan itu menjadikan “taqarrub” kita kepada Khaliq lebih bermakna. Maka sewajarnya kekurangan dan kelebihan yang terkumpul pada diri anak adam iti sisyukuri untuk menzahirkan rasa kehambaan dan kecintaan kepada Pencipta.
      

    Wednesday, June 9, 2010

    Hamba

    Hamba Ukhuwwah Atau Hamba Allah?
    www.iluvislam.com
    Oleh: imtiazsofea
    Editor: deynarashid



    "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." - Surah Ali Imran: 104

    Meniti hari dengan penuh kesan dakwah dihati memang sungguh menceriakan. Lebih-lebih lagi apabila yang berjuang seiring itu adalah sahabat sejati. Kadang-kala saya terfikir,apakah kerana persahabatan itu dakwah berjalan dengan lancar tanpa secalit noda. Bahkan berkali-kali saya terfikir… Andai itu benar, berkali-kali saya merasakan kemalasan untuk menghadiri sesetengah meeting dek kerana segolongan manusia yang saya tidak gemar pembawakannya.

    Berkali-kali juga saya meneropong diri. Kadang-kala saya menemui titik awal masalah, tetapi kebanyakannya saya buntu. Bila saya buntu, saya akan terus berfikir dan berfikir. Sehinggakan jika terjaga pada waktu tengah malam juga, fikiran saya terimbas akan sesetengah perkara itu.

    Pada pandangan saya, ukhuwwah itu merupakan titik tolak runtuhnya sesebuah organisasi. Mengapa saya berkenyataan begitu? Anda pernah terfikir mengapa sesebuah parti politik boleh kehilangan ahlinya dek kerana lompat parti? Ahh.. anda fikir sendiri.

    Saya merasakan bahawa ukhuwwah itu hanyalah salah satu nikmat dan ujian dalam berdakwah. Sungguh nikmat jika ada sahabat yang boleh sama-sama tegur-menegur akan kesalahan kita. Alangkah nikmatnya jika ada sahabat yang mampu seikhlas hati menolong di dalam kesusahan persis Khulafa’ al Rasyidin... Nikmatnyaa...

    Tetapi, alangkah malangnya jika sahabat yang dianggap sahabat menconteng arang kemuka kita. Menikam terus kedasar hati lalu kita rebah lalu tidak bangun-bangun kembali. Dan saat itu, apakah kerana sahabat yang tidak berperikemanusiaan itu kita jatuh lalu terbuang ke satu daerah yang jauh dan sangat jauh dari trek dakwah itu sendiri? Apakah? Apakah?

    Ya jika anda telah menjadi hamba UKHUWWAH tetapi buka hamba ALLAH.

    Saya selalu terfikir. Saya berdakwah dan terlibat dengan dakwah bukan kerana ukhuwwah tetapi kerana Allah. Saya dipanggil Allah untuk terlibat di dalam dakwah, bukanya dipanggil oleh ukhuwwah.

    Saya juga pernah beberapa kali jatuh dalam medan ini. Berkat pertolongan Allah, saya bangun kembali dan apabila saya menoleh kembali kebelakang, saya tersenyum dan berkata apapun takkan mampu mengatasi kuasa Allah dalam menjatuh bangunkan manusia...

    WALLAHU ’ALAM..


    *dipetik dari: http://imtiazsofea.blogspot.com/2009/11/hamba-ukhwah-atau-hamba-allah_2230.html

    Saturday, June 5, 2010

    .: Peduli Pelestin :.

    Artikel 1

    Dunia perlu kenakan sekatan terhadap Israel

    KUALA LUMPUR, 5 Jun: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), NAM, G8 , NATO, GCC dan negara-negara dunia mengenakan sekatan ekonomi dan politik terhadap Israel dalam kadar segera.


    “Kita mahu dunia khususnya bukan sekadar mengeluarkan kecaman dan kutukan tetapi yang lebih penting ialah tindakan keras terhadap negara haram Israel,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut.

    Pihaknya juga menggesa agar pintu sempadan Rafah yang memisahkan Gaza dan Mesir dibuka terus menerus bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia dapat dihantar.

    Tambahnya, negara-negara Arab perlu menggerakkan usaha lebih giat dan proaktif bagi memastikan rakyat Palestin yang pada ketika ini berhadapan situasi getir mendapat bantuan dalam kadar segera.

    AMK Selangor juga, ujarnya menggesa Perdana Menteri agar dapat memainkan peranan utamanya dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam, NAM dan Asean untuk memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi secara rasmi dan tidak rasmi terhadap Israel dengan segera.

    Malahan, katanya segala hubungan antara entiti dan proksi zionis Israel di rantau ini diputuskan segera.

    Katanya lagi, AMK Selangor mendesak dunia memberikan perlindungan terhadap aktivis-aktivis misi kemanusiaan ke Gaza dalam apa jua bentuk.

    “Ini amat penting kerana warga pelbagai negara dunia bersama-sama terlibat dalam misi talian hayat kepada rakyat Palestin. Kita juga berharap Malaysia dapat mencontohi keberanian negara Turki dalam isu Palestin ini yang jelas dan berani pendiriannya,” katanya.

    Dalam perkembangan terkini, AMK Selangor mengulangi desakan terhadap dunia agar nasib aktivis-aktivis kapal Rachel Corrie tidak menerima nasib yang buruk seperti kapal Mavi Marmara.

    “Kita berharap Wisma Putra memainkan peranan yang efektif dan berkesan untuk terus menyampaikan maklumat tepat dan pantas,” ujarnya lagi.

    Artikel 2


    MB, ribuan rakyat solat hajat bantah kekejaman Israel
     KOTA BHARU, 4 Jun: Ribuan rakyat Kelantan menunaikan solat hajat yang diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai membantah keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di Palestin.


    Solat hajat diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV pagi tadi turut disertai wakil Palestin, Abdul Hadi HJ Junaidi. Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Dr Mohamad Fadzli Hassan serta wakil-wakil rakyat.

    Biar pun cahaya matahari panas memancar di atas kepala, orang ramai tidak menghiraukan dan tetap berdiri menunaikan solat bagi memohon kepada Allah Taala melindungi umat Islam yang sedang ditindas di Gaza.

    Sebelum itu ribuan yang hadir sejak jam 8.30 pagi mendengar kuliah khas mengenai Palestin yang disampaikan Mohd Amar.

    Kehadiran penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang Dataran Stadium kerana simpati terhadap konvoi kemanusiaan pelbagai negara yang diserang tentera Israel ketika membawa bekalan makanan ke Gaza Isnin lalu.

    Ekoran serangan itu sembilan rakyat Turki yang menaiki kapal Mavi Marmara milik negara terbabit menjadi korban.

    Seramai 12 rakyat Malaysia turut bersama misi kemanusiaan tersebut yang datang daripada 40 negara.

    Berikutan tindakan tersebut kerajaan Turki di bawah Tayyed Erdogan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

    Kerajaan Turki memberi beberapa syarat untuk memulih semula hubungan diplomatik iaitu membayar sejumlah pampasan kepada keluarga sukarelawan yang terbunuh, Israel perlu memohon maaf kepada dunia.

    Selain itu mereka yang terbabit dengan jenayah hendaklah dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa.

    Perkara itu didedahkan Abdul Hadi ketika berucap di ribuan rakyat Kelantan.

    Menteri Besar berkata, kaum Yahudi tidak ada belas kasihan kepada kaum lain kerana menganggap kononnya mereka sebagai anak Tuhan.

    ”Pegangan yang salah itu menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja terhadap orang lain.

    ”Namun hairannya kezaliman yang serupa juga pernah berlaku di negara ini apabila Ustaz Ibrahim Libya bersama beberapa pengikut ditembak mati di Memali.

    ”Begitu juga tindakan kerajaan menangkap ulama dengan mengurungkan mereka dalam bilik gelap di Kem Tahanan di Batu Gajah. Ini adalah sebahagian tindakan tidak berperikemanusiaan yang turut berlaku di negara ini,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

    Pada ucapan itu beliau juga menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang mendakwa tidak ada parti Islam pada zaman Rasulullah saw.

    Pelbagai sepanduk mengutuk serangan ganas Yahudi dijulang anak-anak muda yang membantah keganasan Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin. Tabung Cakna Palestin juga dibuka bagi sumbangan orang ramai. Program itu berakhir kira-kira jam 10.45 pagi.

    Warkah

    Surat Cinta Untuk Jiwaku

    www.iluvislam.com

    Dihantar oleh: Mufidah

    Editor: n13@m

    Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

    Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.

    Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

    Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

    Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

    Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

    Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

    Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

    Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

    "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

    Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".

    Kongsi 31.05.2010




    ..::PERKONGSIAN: 31 MEI 2010, APA YANG ALLAH NAK AJAR KITA?::..







    Semalam masih menghantui saya hari ini. Malam tidur kurang lena. Termimpi-mimpi mereka yang ditawan di Israel sana. Seakan keluarga saya sendiri yang ditawan. Berdebar-debar menanti keadaan nasib mereka.

    Hingga hari ini, update yang didapati adalah sangat kurang dan kebanyakannya masih tidak mampu dijelaskan kesahihannya.

    Sungguh saya melihat gelombang besar di dalam Facebook apabila kebanyakan news feed galak menceritakan peristiwa 31 Mei 2010. Forward memforward mesej, bertukar-tukar berita, laungan-laungan semangat, celaan dan selaan kepada Israel, kata-kata pembakar kepada kepimpinan dan 1001 macam lagi ekspressi.

    Saya memandang jauh. Berhadapan realiti, saya tahu kemenangan tak akan sampai esok.
    Justeru saya suka agar yang mengikuti Langit Ilahi belajar dari peristiwa.

    31 Mei 2010, apa yang Allah nak ajar kita?

    Di sini kita muhasabah diri dan melihat kunci kemenangan yang sebenarnya.
    Hakikat sebuah perjuangan

    Mungkin sebelum ini, kita sering sahaja melaung-laung akan perjuangan. Saya masih ingat betapa dari saya kecil, entah sudah berapa orang menyebut, dan entah sudah berapa kali saya dengar, suara-suara yang menyatakan harapan mereka:

    “Ana nanti, nak pergi Palestin, bantu orang di sana”

    Dan apabila konvoi Lifeline4Gaza bergerak, saya melihat realitinya. Manusia-manusia yang membumikan harapan mereka yang besar lagi tinggi. Mereka ini, kita lihat, akhirnya tersekat di tengah perjalanan ditahan oleh Israel. Lebih memburukkan, diserang dan ada yang terbunuh. Israel dengan berani menuduh pula bahawa orang di atas kapal yang menyerang terlebih dahulu.




    Konvoi yang sekadar membawa bantuan kemanusiaan, dilayan lebih teruk dari binatang.

    Maka, itulah dia hakikat perjuangan yang sebenar. Punya risiko. Perjuangan bukanlah satu jalan ‘pasti selamat’ yang kita lalui. Tetapi pejuangan adalah satu jalan yang menuntut pengorbanan.

    Maka saya suka kita memandang semula kehidupan kita.

    Apa yang telah kita korbankan?

    Kadangkala, masa lapang pun sukar untuk kita berikan. Harta pun lokek kita kongsikan. Apatah lagi mengorbankan nyawa dengan mengambil risiko berjuang di atas jalan Allah.

    Sungguh, kita hanya ada di pinggiran.

    Hari ini terjadi, kerana kebodohan semalam

    Walaupun saya amat sakit hati dengan tindakan Israel, sikap mereka, dan tindakan konco-konco mereka, saya tetap memandang bahawa apa yang terjadi hari ini adalah kerana kebodohan ummat Islam itu sendiri sebelum ini.

    Kita lihat kehidupan kita. Kita lihat bagaimana keadaan negara-negara yang mencanangkan dirinya negara Islam. Kemudian kita lihat keadaan rakyat-rakyat di dalam negara Islam itu pula. Bagaimana keadaannya?

    Kita lihat pula pergerakan-pergerakan dakwah. Bagaimana keadaannya?

    Dan kita akan melihat betapa sebelum ini, kita asyik bergaduhan, berpecah belah, larut dalam kemaksiatan, lemas dalam kemungkaran, jauh daripada Allah SWT, tidak mengambil tatacara hidupNya, tidak membumikan ajaran Rasul-Nya, dan melakukan 1001 macam kerosakan baik kepada diri, keluarga, rakan, mahupun negara.



    Ummat Islam yang tidak faham Islam menghina-hina Islam. Ummat Islam yang faham Islam pula malas menyebarkannya. Yang menyebarkannya pula bergaduhan akan teritori dakwahnya. Yang bergaduhan, berakhir dengan benci membenci sesama mereka.

    Kalau kita semua semenjak dahulu lagi tidak memakai pakaian kemegahan dunia, dan telah menyarung pada diri mereka qamis akhirat, nescaya tiada kebaculan kita, pemimpin-pemimpin kita hari ini yang mampu membuatkan perkara ini terjadi. Kapal kemanusiaan terapung di atas laut tanpa diiringi tentera yang boleh menjaga keselamatan? Itu sahaja sudah menunjukkan betapa negara-negara Islam tidak sensitif dengan semangat rakyatnya sendiri.

    Dan lihatlah pula kita. Berapa ramai antara kita yang peka dan sensitif? Berapa ramai antara kita yang mengambil Islam sebagai cara hidup? Berapa ramai pula antara kita yang faham akan tuntutan diri sebagai hamba Allah? Berapa ramai pula yang menyebarkannya? Berapa ramai yang senang bersatu berbanding bergaduh?

    Berapa ramai dan berapa ramai?

    Sudah nyata, apa yang berlaku hari ini, itu kebodohan kita dahulu.

    Dan Allah menunjukkan pembayarannya kepada kita hari ini.

    Kita lemah dan tidak berdaya.

    Hanya mampu menjerit sahaja.

    Allah memperkenalkan wajah sebenar musuh kita

    Selamat berkenalan dengan Israel Zionis. Itulah yang mampu saya sebutkan apabila peristiwa kejam 31 Mei 2010 berlaku. Ya, itulah dia Israel Zionis. Saya tak faham jika masih ada lagi yang hendak memberikan justifikasi kepada musuh-musuh Allah itu.

    Sungguh, sikap mereka telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran semenjak dahulu lagi.

    Kita mungkin sebelum ini menyangka bahawa Israel hanya bermusuh dengan manusia di Palestina. Tetapi itulah kesilapan kita. Hakikatnya Israel bermusuh dengan sesiapa sahaja yang berusaha melakukan kebaikan. Sebab itu mereka tidak teragak-agak membunuh mereka yang ada di atas kapal semalam. Mereka juga tidak teragak-agak membuat tuduhan palsu.

    Allah ingin menyatakan kepada kita, itulah dia Israel. Bukannya Israel tidak tahu bahawa kapal itu sedang diperhatikan perjalanannya oleh seluruh dunia. Tetapi mereka tetap berani melakukan sedemikian teruknya. Maka, pastinya lebih teruk lagi telah mereka kerjakan Palestin yang terputus dari dunia dikelilingi tembok kematian.

    Itulah dia musuh kita.

    Dan itulah dia yang menguasai dunia. Itulah dia yang kita sokong selama ini secara tidak langsung menggunakan hiburan yang melampau, menggunakan dosa-dosa, menggunakan maksiat kepada Allah SWT. Secara tidak langsung, kita menjadi askar-askar senyap mereka yang membuatkan merkea kuat hingga ke hari ini.

    Sungguh hairan orang yang masih redha dengan kehidupannya yang bernaung bawah kekuasaan manusia yang ingkar dengan Allah SWT jika dia menyedari hal ini.



    Jalan kemenangan bukan dengan jeritan

    Saya dapat melihat betapa jeritan, laungan, seruan di dalam Facebook atau di mana-mana sahaja berkenaan peristiwa ini akan senyap tidak berapa masa lagi. Forward-memforward gambar akan berhenti. Post-post berkenaan Palestin akan surut kembali tidak lama lagi.

    Saya kira, nanti apabila tawanan perang dibebaskan, dunia akan senyap kembali. Alangkan pembunuhan besar-besaran seperti Shabra dan Shatilla yang menggemparkan dunia pun akhirnya senyap begitu sahaja. Apatah lagi 20 orang yang mati di atas kapal yang cuba merentas Gaza tanpa kebenaran Israel?

    Ya, itu realitinya. Jiwa ummat terbius. Semangat hanya hangat-hangat tahi ayam. Kita sampai satu tahap rasa telah menang. Menang sorak sahaja hakikatnya. Kita rasa puas dengan membakar bendera Israel. Mendelete lambang-lambangnya di dalam komputer. Menyelar-nyelarnya di dalam internet. Mendoa laknat dan kehancuran untuk mereka.

    Tetapi kita lupa, kemenangan memerlukan lebih daripada itu.

    Kemenangan perlukan jiwa yang memahami matlamat yang jelas. Kemenangan memerlukan kesatuan yang utuh. Kemenangan perlukan pengorbanan. Kemenangan perlukan perancangan yang bersistematik. Kemenangan bukannya datang sepantas esok apabila kita berusaha hari ini. Kemenangan bukannya datang dengan jeritan-jeritan kita.

    Jerit, laung, doa, yang kini hangat di alam maya, itu semua hanyalah pembakar semangat.

    Api, tetap akan padam jika tiada bahan bakarnya yang konsisten.

    Persoalan utama, apakah kita telah memenuhi ciri-ciri untuk diberikan kemenangan?

    Jangan fikir jerit kita, laungan kita, forward-forward gambar kita, semuanya itu bermakna untuk kemenangan seandainya kita sendiri dalam bentuk jasad dan kehidupan tidak bergerak menewaskan Israel di dalam jiwa kita, di dalam tatacara kehidupan kita.

    Israel hanya akan tewas, bila ummah dalam kondisinya yang baik.

    Maka siapa yang menggerakkan dirinya, memperbaiki dirinya, dan mengajak masyarakat sekeliling agar kembali kepada Allah SWT? Siapa yang menggerakkan dirinya, agar ikhlas bersatu dengan sahabat-sahabat muslimnya yang lain? Siapakah yang mendidik dirinya agar kehidupannya bergerak atas lembayung Allah SWT?

    Siapakah yang berusaha untuk menang ini?



    Penutup: Apa yang mereka ada, apa yang kita tiada?

    Akhirnya, saya suka kita mengambil pengajaran yang mendalam akan hal 31 Mei 2010. Memang Israel kejam. Tetapi jika difikirkan semula, itulah dia tugasan dan kerja musuh-musuh Allah. Bukankah kita yang lebih kejam daripada Israel sekiranya kita hidup bukan dengan kehidupan Islam yang akhirnya membawa kepada kelemahan ummah dan menyebabkan peristiwa seperti ini berlaku?

    Saya suka kita memandang zaman-zaman kemenangan Islam. Zaman Saidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi. Mari kita soal diri kita, apa yang dua zaman itu ada, dan apa yang kita tiada?

    Zaman itu ada masyarakat yang hidup betul-betul dengan kehidupan Islam, duduk betul-betul di bawah lembayung redha Allah SWT, bersatu, bersih akhlak dan ibadah, pemimpin yang adil, rakyat yang faham dan semuanya tetap menjungjung agama Allah SWT dalam apa jua keadaan.

    Zaman itu ada semua itu.

    Zaman kita apa yang ada?

    Maka saya melihat, jika hendakkan kemenangan, maka mahu atau tidak, itu semua perlu kita dapatkan kembali.

    Dahulu, negara-negara arab pernah menggerakkan Perang Enam Hari. Mesir, Jordan dan Syria bergabung untuk menewaskan Israel yang sekangkang kera. Tetapi akhirnya, ketiga-tiga negara itu tewas dan akhirnya Israel menjadi tuan mutlak ke atas Palestina.

    Kenapa mereka tidak menang?

    Jawapan saya, mereka tidak memenuhi ciri-ciri kemenangan.

    Tidakkah kita mengambil pengajaran?

    Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan kita. Tetapi kitalah yang meninggalkan Allah SWT.

    RUJUK

    Iklan

    Renungan

    Tanpa Kepedihan dan Kesengsaraan Kita Akan Membuang Perkara Yang Indah Dengan Sia-Sia Sahaja Tanpa Memberi Kesan Kepada Iman Kita Renungkanlah ... Ingatilah Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Muhammad s.a.w Berjaya Atas Kepedihan dan Kesengsaraan Yang Lebih Hebat Dari Kita ... Maka Itu Kesabaran Sahaja Yang Membentengkan Kita Untuk Kita Tidak Terkeluar Dari Landasan...

    I Hate Israel

    Zionists in Israel Doing With Severe and extreme violence
    Why do we Muslims and Muslimat just let them continue to suffer
    Which we love them though God has given this love as our weapon to subvert the Zionist Israel
    Not enough just to pray, shout anti Israel boycott their goods and making protest signs protest their atrocities.
    We need to unite regardless of status, race, mentality, national and political as well as Muslim and Muslimat Let us together to destroy and overthrow the Jews of Israel continued the beatings our brothers in Palestine
    Let not our guard again, it emerged as the Sultan Salahuddin Ayub in Jerusalem.
    Remember we have the golden age of Islam were we take the history of the Prophet in all previous wars are the strategy for eliminating the al-Kafirun the plight of Muslims before
    Do not just let it alone and wait for God to help us we need to pray, work, effort and puteri. Then we wait for God's blessings on our efforts.

    Ingatan Kalian dan JiwaIslam

    Nature Future

    Nature Future
    Menjana Pendapatan

    Job At Home

     

    Elken

    Elken
    Jana Pendapatan

    Bicara Secara Maya

    Halwa Jiwa Islam 1

    لامن جيوا دان نوراني إسلام Copyright © 2009 Community is Designed by Bie