Salam

Video Pilihan Jiwa islam

Anti Zionist

Gambar-Gambar

al-Quran

Listen to Quran

    Saturday, May 29, 2010

    Riba Part 2

    Riba Yang Biasa Berlaku Hari Ini


    1- Bila kita menyimpan di Bank yang mengamalkan sistem riba. Contoh muamalah mereka ialah, setiap pencarum akan diberikan dividen tahunan sebanyak 5% daripada modal. Tetapi jika ditentukan 5% daripada keuntungan, dan pembahagian pula berdasarkan modal, maka ia adalah halal, dan bukannya riba. Dan perlu diingatkan bahawa mencarum dalam bank yang mengamalkan sistem riba adalah haram hukumnya (kecuali terpaksa), sekalipun kita tidaklah mengambil dividen wang caruman kita,. Ini adalah sebagaimana yang difatwakan oleh kebanyakan ulamak, termasuk Lajnah Fatwa Arab Saudi (No. 2755, 9/01/1400H).

    2- Jika satu syarikat menyatakan, jika melabur RM5000 sebagai contoh, dan selepas enam bulan akan diberikan keuntungan bulanan sebanyak RM500 sebulan, maka ia adalah riba. Begitu juga, contohnya selepas setahun, duit RM5000 tadi akan dibayar balik sebanyak RM10,000.

    3- Pinjaman yang disyaratkan pembayaran yang lebih. Sebagai contoh, meminjam RM5000, perlu dibayar RM7000. Namun, sebahagian ulamak mengharuskan bagi pemberi hutang mengambil caj pembayaran. Tetapi jika diambil melebihi caj pembayaran, maka ia juga adalah riba.

    4- Bila syarikat yang besar atau pihak kerajaan memerlukan modal, mereka akan memohon pinjaman modal daripada individu. Individu yang memberikan modal akan diberikan surat perjanjian yang mana ia boleh ditukar sebagai wang tunai dengan pihak syarikat atau kerajaan tadi, sebagai contoh selepas 15 tahun. Mereka akan dijanjikan dengan lebihan modal mereka. Sebagai contoh, sesiapa yang memberikan modal RM100,000 akan dibayar selepas 15 tahun dengan RM150,000. Maka cara ini (bon) juga adalah riba.

    5- Bai’ul Inah yang diamalkan oleh kebayanyakan sistem perbankan Islam di Malaysia hari ini melalui sistem pinjaman peribadi adalah perkara khilaf di kalangan para ulamak, samada ia haram dan termasuk riba atau tidak. Di sisi jumhur ulamak, ia adalah haram, dan di sisi mazhab Syafie pula ia adalah halal.

    Perkara Yang Bukan Riba, Tetapi Dianggap Riba

    Terdapat satu perkara yang biasanya dianggap riba dan haram oleh masyarakat, sedangkan pada hakikatnya ia adalah halal dan bukannya riba. Ia adalah apa yang dipanggil dalam bahasa arabnya sebagai “Baiul Taqsit”.

    Ia adalah jual beli secara ansuran. Sebagai contoh, sehelai kain harganya secara tunai ialah RM50. Dan harganya secara bayaran ansuran dalam 3 kali pembayaran ialah RM90. Maka jual beli ini halal kerana pembeli sudah menentukan harga yang ingin dibayarnya, iaitu RM90. Dan harga yang tunai iaitu RM50 tidak lagi disebut semasa akad. Dan Islam membenarkan muamalah ini kerana Islam mengambil kira faktor untung rugi kepada penjual dengan dua cara pembayaran yang berbeza tadi.

    Bahaya Riba

    Riba adalah dosa yang sangat besar kerana ia merupakan salah satu cara penindasan kepada golongan yang miskin dan memerlukan. Ia boleh merosakkan sistem kehidupan berekonomi Islam yang mempunyai nilai kemanusiaan. Kerana inilah ia dianggap oleh Rasulullah s.a.w. sebagai salah satu daripada tujuh perkara yang membinasakan. Allah tidak akan memberikan ketenangan dan kepada orang yang memakan dan memberi riba. Harta mereka pula tidak akan mendapat keberkatan.

    يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ {276}

    Ertinya: “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa (menghalalkan riba dan tidak meninggalkannya)”. Surah al-Baqarah: 276.

    Orang yang masih mengamalkan riba dan menyokong sistem ribawi adalah orang yang tidak beriman dan mencabar Syariat Allah SWT. Firman Allah SWT:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ {278} فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ {279}

    Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak berbuat demikian (meninggalkan sisa riba), ketahuilah (yakinlah), bahawa Allah dan rasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu modal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. Surah al-Baqarah: 278-279.

    Disediakan oleh: Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Tasekpauh.blogspot.com. Email: tasekpauh@yahoo.com

    Riba Part 1

    Mengenali Riba


    Riba dari sudut bahasa bererti bertambah dan subur. Orang arab pada zaman Jahiliyyah menganggap riba sebagai salah satu cara untuk menambahkan pendapatan dan menyuburkan harta. Kerana inilah mereka menganggap sama sahaja antara urusan jual beli (perniagaan) dengan riba, kerana tujuan kedua-duanya adalah untuk menyuburkan dan menambahkan pendapatan. Namun, anggapan mereka ini dianggap salah oleh Islam, kerana dalam riba terdapat unsur penindasan. Firman Allah SWT:

    الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {275}

    Ertinya: “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila (Maksudnya: orang yang mengambil riba tidak tenteram jiwanya seperti orang dirasuk syaitan). Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat): Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu dia terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Dan sesiapa yang kembali (mengambil riba), maka dia adalah termasuk di kalangan penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”. Surah al-Baqarah: 275.

    Riba dari pandangan syarak pula ialah: Aqad kepada barangan tertentu (yang mempunyai “illah” riba) tanpa diketahui persamaan antara kedua barangan tukaran atau dengan wujud perbezaan pada pandangan syarak semasa aqad, atau melewatkan pembayaran salah satu daripada barangan tukaran.

    Sebab-sebab Berlakunya Riba

    Riba boleh terjadi dengan dua sebab, iaitu:-

    1- Hutang
    2- Jual beli.

    Riba Hutang ( ربا القروض )

    Riba hutang terjadi bila disyaratkan pembayaran yang lebih dalam pinjaman atau hutang. Sebagai contoh, hutang RM1000.00, wajib dibayar RM1200.00. Syarat pembayaran yang lebih ini menjadikan aqad tadi sebagai satu aqad riba, sekalipun dengan persetujuan dan kerelaan kedua-dua belah pihak. Namun, jika tiada sebarang syarat pembayaran tambahan, dan orang yang berhutang dengan sukarela membayar lebih, maka ia tidak dikira sebagai riba, kerana Nabi s.a.w. pernah melakukan demikian.

    عن جابر بن عبدالله رضي الله عنه قال: كان لي على النبي صلى الله عليه وسلم دين فقضاني وزادني.

    Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan: “Nabi s.a.w. pernah berhutang denganku, dan baginda membayarnya dan melebihkannya (melebihkan pembayaran hutang tersebut). Riwayat Bukhari dan Musllim.

    Dan asas yang paling mudah untuk mengenal riba ini, ialah satu qaedah yang sangat masyhur, iaitu:

    كُلًّ قَرْضٍ جَرَّ مَنْفَعَةً فَهُوَ رِباَ.

    Ertinya: “Setiap hutang yang membawa manfaat (keuntungan kepada pemberi hutang), maka ia adalah riba”. Kerana inilah dianggap riba menggadaikan barangan di pajak gadai, kerana mereka mensyaratkan lebihan bayaran dalam hutang. Ia merupakan dosa yang sangat dimurkai dan dibenci Allah SWT.

    Riba Dalam Jual Beli ( ربا البيوع )

    Riba dalam jual beli. Ia boleh terjadi bila berlakunya jual beli barangan yang mempunyai “illah” riba.

    Barangan yang mempunyai “illah” riba ialah:-

    1- Barangan pemegang nilai, iaitu emas dan perak (termasuk juga wang)
    2- Barangan makanan seperti beras, gandum, garam, tamar dan sebagainya.
    Barangan yang mempunyai “illah” riba, dipanggil barangan (harta) “ribawi”.

    Jenis-Jenis Riba Dalam Urusan Jual Beli

    1- Riba al-Fadhli. Ia berlaku bila barangan yang mempunyai illah riba dijual dengan barangan yang seumpamanya, tetapi dalam kadar yang tidak sama. Sebagai contoh, 1 kg emas (yang baik) ditukar dengan 1.02 kg (emas yang kurang baik). Maka akad ini dianggap sebagai akad ribawi yang haram.

    2- Riba an-Nasi’ah. Ia berlaku bila terdapatnya pertangguhan dalam pembayaran barangan yang mempunyai “illah” riba yang sama. Sebagai contoh, 1 kg perak dijual dengan juga 1 kg perak, tetapi akan dibayar selepas seminggu selepas aqad. Maka akad ini juga haram kerana wujudnya pertangguhan dalam pembayaran.

    Perhatian: Terdapat juga akad yang mempunyai kedua-dua jenis riba sekaligus. Ia berlaku bila barangan yang mempunyai “illah” riba dijual dengan timbangan yang berbeza dan berlakunya penangguhan dalam pembayaran (tidak dibayar semasa majlis akad).

    Hadis-Hadis Yang Berkaitan

    عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا بمثل يدا بيد، فمن زاد أو استزاد فقد أربى، الآخذ والمعطي فيه سواء. رواه مسلم.

    Abu Said al-Khudri r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, tamar dengan tamar, garam dengan garam, (jualannya mestilah) sama pada tukarannya, juga hendaklah bertukar barangan dalam majlis aqad. Sesiapa yang melebihkan (barangan tukaran tadi) atau minta dilebihkan, maka dia telah melakukan riba. Pemberi dan penerima sama sahaja”. Riwayat Muslim.

    عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تبيعوا الذهب بالذهب إلا مثلا بمثل، ولا تشفوا بعضها على بعض، ولا تبيعوا الورق بالورق إلا مثلا بمثل، ولا تشفوا بعضها على بعض ولا تبيعوا منها غائبا بناجز. رواه البخاري ومسلم.

    Abu Said al-Khudri r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan kamu menjual (tukar) emas dengan emas, melainkan dengan kadar yang sama. Dan janganlah kamu melebihkan (tidak menyamakan) sebahagian tukaran itu. Dan jangan kamu menjual perak dengan perak melainkan dengan kadar yang sama. Dan janganlah kamu melebihkan (tidak menyamakan) sebahagian tukaran itu. Dan janganlah kamu menjual yang ada daripadanya (wujud semasa aqad) dengan yang tiada. (ertinya pertukaran kedua barangan itu mestilah berlaku secara terus, dan tidak berlaku penangguhan pembayaran)”. Riwayat Bukhari & Muslim.

    عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا بمثل، سواء بسواء، يدا بيد، فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم إذا كان يدا بيد. رواه مسلم.

    Ubadah bin as-Somit r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, tamar dengan tamar, garam dengan garam, (jualannya mestilah) seumpamanya pada tukaran, sama (pada timbangan), tangan dengan tangan (juga barangan hendaklah bertukar dalam majlis aqad dan tiada penangguhan pembayaran). Bila barangan ini adalah berbeza (tukarannya), maka juallah mengikut kehendak kamu (tidak disyaratkan sama timbangan) jika tangan dengan tangan (berlaku pertukaran kedua barangan tadi dalam majlis aqad, dan tiada penangguhan pembayaran)”. Riwayat Muslim.

    عن أبي سعيد الخدري رضي الله قال: جاء بلال إلى النبي صلى الله عليه وسلم بتمر برني، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: من أين هذا؟ قال بلال رضي الله عنه: كان عندنا تَمْر رديء، فبعت منه صاعين بصاع لنطعم النبي صلى الله عليه وسلم، فقال النبي صلى الله عليه وسلم عند ذلك: أوَّه أوه، عين الربا عين الربا، لا تفعل. رواه البخاري ومسلم.

    Abu Said al-Khudri r.a. menyatakan bahawa Bilal r.a. datang membawa tamar Burni (jenis yang cantik) kepada Nabi s.a.w. Lalu nabi s.a.w. bersabda (bertanya): Dari manakah tamar (yang cantik) ini? Bilal menjawab: Kami mempunyai tamar yang buruk, kami menjualkannya (menukarkannya) dua gantang dengan satu gantang (tamar Burni). Lalu Nabi s.a.w. bersabda: Awwah, Awwah, (kalimah yang dikatakan ketika mengeluh), itulah riba, itulah riba ( itulah hakikat riba yang haram). Jangan kamu buat (lagi). Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Masalah-Masalah Yang Berkaitan Dengan Hadis

    1- Bila kita ingin menukar barangan yang sama jenis dan “illah”, contohnya emas dengan emas, atau beras dengan beras, maka disyaratkan dua perkara, iaitu persamaan timbangan pertukaran dan tiada penangguhan pembayaran.

    2- Tetapi jika jenis berbeza, dan “illah”nya sama, contohnya emas dengan perak, maka yang disyaratkan hanyalah tiada penangguhan pertukaran, dan tidak disyaratkan sama timbangan. Kerana inilah harus membeli emas dengan perak, walaupun timbangan berbeza, kerana sekalipun kedua-duanya sama “illah”nya, tetapi berbeza jenisnya.

     زيد بن أرقم والبراء بن عازب قالا: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الورق بالذهب دينا.

    Ertinya: Zaid bin Arqam r.a. dan Al-Bara’ bin Azib berkata: “Rasulullah s.a.w. melarang menjual perak dengan emas (dibayar dengan emas) secara bertangguh (pembayarannya)”. Riwayat Muslim.

    3- Diharuskan membeli perhiasan emas atau perak dengan wang melalui bayaran secara ansuran mengikut sebahagian ulamak. (Mereka berpandukan pendapat Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibnul Qayyim). Namun, ramai ulamak yang mengharamkan membelinya secara ansuran, kerana wajudnya penangguhan pembayaran, dan wang pula mengambil hukum emas. (Mereka berpandukan pendapat empat mazhab). Dan untuk mengelakkan syubhah, pendapat ini adalah lebih baik untuk diambil. Sabda nabi s.a.w.: “Sesiapa yang menjauhkan perkara yang syubhah, maka sebenarnya dia telah melepaskan dirinya daripada celaan agama dan tohmahan masyarakat terhadap maruahnya”. Riwayat Muslim. Saidina Umar menyatakan: “Kami meninggalkan 90% perkara yang halal kerana bimbangkan (berlakunya) riba”. Riwayat Abdul Razzaq dalam al-Musonnaf (14683).

    4- Jika dijual barangan ribawi yang berbeza “illah”, maka tidak disyaratkan sebarang syarat tadi. Contohnya ialah emas dengan beras. Begitu juga barangan ribawi dengan barangan yang bukan ribawi. Contohnya emas dengan besi. Maka tidak disyaratkan sama timbangan dan juga tidak disyaratkan tiada penangguhan pembayaran.

    5- Dalam masalah menjual barangan ribawi dengan barangan sejenisnya , tidak diambil kira barangan yang baik dan yang tidak. Begitu juga tidak diambil kira dengan upah pembuatan. Ini bererti yang diambil kira ialah berat timbangan yang sama, dan tidak dikira berdasarkan nilai barangan.

    عن أبي سعيد الخدري وعن أبي هريرة رضي الله عنهما، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم استعمل رجلا على خيبر، فجاءه بتمر جنيب، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أكل تمر خيبر هكذا؟" قال: لا والله يا رسول الله، إنا لنأخذ الصاع من هذا بالصاعين والصاعين بالثلاثة. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "لا تفعل بع الجمع بالدراهم ثم ابتع بالدراهم جنيبا". رواه البخاري ومسلم.

    Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melantik sseorang lelaki untuk menguruskan Khaibar. Lelaki tersebut membawa pulang kepada Rasulullah s.a.w. tamar yang baik (bermutu tinggi). Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda bertanya: “Adakah semua tamar Khaibar seperti ini”? Lelaki itu menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Kami membeli satu gantang tamar yang baik ini, dengan dua gantang tamar yang bercampur aduk (buruk dan baik), dua gantang dengan tiga gantang. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan kamu buat begitu. Bahkan belilah tamar yang bercampur aduk itu dengan dirham, dan belilah tamar yang baik itu dengan dirham itu”. Riwayat Bukhari dan Muslim. Perkara yang sama berlaku bila Bilal r.a. membawa tamar Burni kepada Nabi s.a.w.

    6- jika seorang ingin menukar gelang emas (corak lama) dengan gelang emas (yang baru), maka hendaklah dia menjual gelang lama terlebih dahulu dan diambil duit itu untuk membeli yang baru. Dan jika ditukar terus, dan ditambah sebahagian duit, maka haram hukumnya kerana tiada persamaan timbangan.

    7- Dan jika gelang itu ingin dijual dengan emas, atau rantai leher, sedangkan ia mempunyai permata atau sebagainya, maka ia perlu dibuang terlebih dahulu. Ini kerana jika tidak dibuang, maka tidak diketahui dengan jelas persamaan timbangan.

    عن فَضالة بن عُبَيدٍ قال: اشتريت يوم خيبر قلادة بإثني عشر دينارا، فيها ذهب وخرز، ففصلتها فوجدت فيها أكثر من اثني عشر دينارا، فذكرت ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: "لا تُباع حتى تُفَصَّلَ . رواه مسلم.

    Fadhalah bin Ubaid r.a. berkata: Aku telah membeli satu rantai emas yang mempunyai permata semasa peperangan Khaibar dengan harga 12 dinar. Lalu aku asingkan antara emas dengan permata, dan aku dapati emasnya melebihi 12 dinar. Lalu aku ceritakan kepada Nabi s.a.w. , dan baginda bersabda: “Janganlah ia dijual, melainkan setelah diasingkan”. Riwayat Muslim.

    8- Tidak harus menjual 1000kg padi dengan 970kg beras. (al-Muhaqalah) Bahkan tidak harus menjual padi dengan beras, kerana tidak diketahui dengan jelas sama timbangan atau tidak. Dan jika dianggarkan sama berat beras dengan padi yang akan dijadikan beras sekalipun, maka ia tetap haram.

    9- Haram menjual 1kg daging lembu dengan 1.2 kg daging lembu yang lain. Kerana daging termasuk makanan yang mempunyai illah riba. Tetapi harus menjual 1kg daging lembu dengan 1.2 kg daging kambing, kerana ia berlainan jenis.

    10- Haiwan hidup (yang belum disembelih) bukanlah barangan ribawi, kerana ia tidak dimakan melainkan setelah disembelih dan menjadi daging. Kerana ini, sebagai contoh harus menjual seekor lembu yang besar dengan dua ekor lembu yang kecil.

    عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمره أن يجهز جيشا فنفدت الإبل فأمره أن يأخذ في قلاص الصدقة فكان يأخذ البعير بالبعيرين إلى إبل الصدقة. رواه أبو داود، وقال البيهقي: له شاهد صحيح، فذكر بإسناده الصحيح.

    Abdullah bin Amr bin al-As r.a, Rasulullah s.a.w. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau untuk mempersiapkan (kelengkapan) tentera. (Beliau dapati bahawa) unta tidak mencukupi (untuk semua tentera), lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau mengambil unta yang muda daripada unta-unta zakat. Beliau mengambil seekor unta (yang akan digantikan) dengan dua ekor unta. Riwayat Abu Daud.

    11- Tidak harus menjual daging dengan haiwan yang hidup, samada haiwan itu dimakan atau tidak. Dan termasuk daging ialah hati, limpa dan sebagainya. Begitu juga kulit haiwan sebelum disamak. Ini adalah pendapat mazhab Syafie. Dan dalil mereka ialah:

    عن سمرة رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع الشاة باللحم. رواه الحاكم وقال: هذا حديث صحيح الإسناد، وله شاهد مرسل عند مالك عن سعيد المسيب رحمه الله تعالى أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع الحيوان باللحم.

    Samurah r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. melarang menjual biri-biri dengan daging. Riwayat al-Hakim. Seorang tabien, iaitu Said bin al-Musayyab juga menyatakan bahawa Nabi s.a.w. melarang menjual haiwan dengan daging. Riwayat Imam Malik.

    Disediakan oleh: Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Tasekpauh.blogspot.com. Email: tasekpauh@yahoo.com. 14/02/08.12:53 a.m

    Wednesday, May 26, 2010

    Azan

    Kalimah Azan ....




    Pada hari ini kita kebanyakkan mendengar laungan azan yang tiada henti di seluruh dunia.
    Ramai generasi kini tidak mengetahui akan jawapan kalimah azan dimanakah peranan ibu bapa serta pendidik (termasuk aku) dalam mengajar anak generasi sekarang akan jawapan setiap azan itu kita dapat dengar di halwa telinga kita...

    Aku pelik setiap kali azan berkemundang pasti kita akan lihat mana-mana generasi tidak hormatinya kerana dari mula sebelum azan kemundang semua didalam keadaan diam membisu tetiba bila azan berbunyi sahaja ada pelbagai perbincangan atau kata-kata terkeluar dari manusia .




    Maksudnya: 
     
    Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
    Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
    Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
    Marilah Sembahyang.
    Marilah kepada kejayaan.
    Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
    Tiada Tuhan melainkan Allah.

    Tambahan Ketika Solat Subuh :

    maksudnya "Sembahyang itu lebih baik dari Tidur"

    Aku hairan juga apabila mendengar nyayian yang melalaikan kita kepada Allahswt kita membisu seribu bahasa. Mana kita ketika azan dilaungkan. Sepatutnya apabila azan telah berkemundang ini kita sepatutnya berdiam diri dan menjawab setiap apa azan yang telah kita dengari dengan sahutan jawapan . Setelah azan itu selesai kita membaca doa selepas azan dan apa lagi pergilah ke tandas atau bilik air mengambil wudhu' bagi mebolehkan kita melaksanakan solat kita ketika setelah azan tamat berkumandang.



    Tambahan Bagi yang selain dari sahutan gambar diatas ianya perlu disahut dengan kalimah yang sama .

    Renungkanlah

    Tuesday, May 25, 2010

    Sleep

    Tidurlah Dengan Nama Tuhanmu


    Imam Ibn Qayyim pernah berkata: "Sesiapa yang meneliti cara tidur dan jaga Rasulullah saw, akan mendapati bahawa tidur baginda adalah yang paling seimbang dan paling bermanafaat untuk badan, anggota dan kekuatan. Baginda tidak pernah tidur lebih dari kadar yang dihajati dan tidak pernah mencegah dirinya daripada kadar keperluannya."

    Rasulullah saw biasanya mengatur waktu tidurnya: "Sehampir-hampir Allah kepada hamba-Nya ialah di bahagian akhir malam. Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah." (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

    Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Hendaklah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan amalan orang-orang yang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam itu mendekatkan diri kepada Allah, menutup segala dosa, menghilangkan penyakit kepada tubuh badan dan menjauhi kekejian." (Hadith Riwayat Tarmizi)

    Dalam kitab Mishkatul Masabih ada disebutkan: Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

    Ibn Qayyim menambah: "Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

    Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

    Setengah ulama mengatakan: "Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri."

    Itulah sedikit cebisan ilmu yang telah diperturunkan kepada kita daripada Junjungan tercinta Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama ul-amilin. Ambillah iktibar, amalkanlah, dan kalau tak dapat buat semua jangan tinggalkan semua. Buatlah sedikit demi sedikit tapi biarlah istiqamah kerana amalan yang sedikit itu tetapi istiqamah disertai dengan roh dalam amal kita itu lebih disukai oleh Allah SWT.

    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk,hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”

    Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

    Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti

    Banyak kes-kes kemalangan dilaporkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya.

    Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’Psychiatric Times, March 1998)

    Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melaporkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren;Ibid)

    Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

    Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

    Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

    Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: “Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Hadis Riwayat Bukhari)

    Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.

    Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan: “Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.
    Tidur secara yang munasabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.


     Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

    Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

    Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailullah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

    Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”

    Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

    Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

    Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

    Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

    Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

    Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti."

    Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.'

    Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.

    Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. (Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 22 tahun) .

    Thursday, May 20, 2010

    Ibnu Hazm

    BIODATA RINGKAS IBN HAZM.
    Nama                           :           Ali bin Ahmad bin Sa’id bin Hazm bin Ghalib bin Shahlih bin Ma’adan bin Sufyan bin Yazid bin Abi Sufyan bin Harb  bin Umayyah bin Abd Syams al-Umawi.                                                                         
    Gelaran                        :           Ibn Hazm  / Abu Muhammad .
    Tahun Lahir                  :           Ramadhan 384 Hijrah bersamaan November 994 Masihi.
    Tempat Lahir                :           Kota Cordova , Andalusia.
    Bangsa                         :           Persia.
    Agama                         :           Islam .
    Nama Bapa                  :           Ahmad bin Sa’id  
    Nama Ibu                     :           Tidak Diketahui.  
    Zaman Pemerintahan     :           Hisyam II dibawah kuasa pemerintahan ketika itu                                                                                                                   Khalifah Hisyam al-Muayyad.( Era Umayyah )
    Bilangan Guru               :           Tidak Di Ketahui.
    Nama2 Gurunya            :           1.         Abu Umar Ahmad bin Muhammad bin al-Jaswar.
                                                    2.         Muhammad bin al-Hassan al-Madzhaji ( Ibu Kattani )
                                                    3.         Abu Muhammad Ibnu Dahum .
                                                    4.         Ali Abdullah al-Azdi ( Ibnu al-Fardhi )
                                                    5.         Abu Muhammad ar-Rahuni .
                                                    6.         Abdullah bin Yusuf bin Nami .
                                                    7.         Masud bin Sulaiman bin Maflat Abu al-Khayyar .
                                                    8.         Abu Said al-Fatta al-Jafari
                                                    9.         Abu al-Qasim Abdurrahman bin Abu Yazid al-Mishri.
                                                    10.       dan pelbagai lagi guru dari para ilmuwan dan ulama di                                                               Cordova
    Pekerjaan                     :           Pekerja Istana dalam bidang Pentadbiran.
    Jawatan Di Sandang     :           Menteri di Cordova (setelah kematian bapanya) .
    Bilangan Murid :           Tidak di Ketahui .        
    Nama Murid                 :           1.         Muhammad bin Abu Nashr Futuh al-Adzi al-Humaidi                                                                al-Andalusi al-Miwarqi.
                                                    2.         al-Qadhi Abu al-Qassim Sa’id bin Ahmad al-Andalusi.
                                                    3.         Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad bin al-‘Arabi.
                                                    4.         Muhammad bin Tharkhan
                                                    5.         Abu Rafi bin Ali bin Ahmad (anak Ibnu-Hazm)
                                                    6.         Abu Usamah Yaqub bin Ali bin Ahmad (anak Ibnu-Hazm)
                                                    7.         Abu Sulaiman al-Mushab bin Ali bin Ahmad (anak Ibnu-                                                                      Hazm)
    Tahun Wafat                 :           28 / Sya’aban / 456H (1064M)  
    Usia Wafat                   :           72 tahun .
    Tempat Wafat              :           Kota Cordova , Andalusia.
    RIWAYAT IBNU HAZM.
    Para sejarawan ada menyebutkan bahawa keluarga Ibnu Hazm memiliki akan nasab yang mulia .Melalui Al-Fath bin Khaqan ada menyatakan akan “ Keluarga Hazm adalah generasi berilmu dan beradab mulia dan terpandang,lebih dari satu orang yang menduduki jabatan menteri dan memiliki wibawa yang luas di Cordova” Keluarga Ibn Hazm berasal dari desa Muntaikher atau Muntaikhi iaitu sebuah desa yang terletak di daerah Walbah sebelah Barat Daya,Andalusia sebelum berpindah ke Bandar Cordova , Andalusia. Bapa Ibnu Hazm adalah seorang yang cerdas akan aqal fikirannya yang memperolehi akan kemuliaan didalam bidang ilmu dan kebudayaan. Bapa Ibn Hazm pernah melalui pelbagai ujian yang perit dan getir ketika setelah mendapat kemuliaan.Ibnu Hazm selalu menerima nasihat dari bapanya :
    “Jika engkau ingin hidup dalam kedaan kaya -
    maka engkau harus harus menerima keadaan di bawahnya.”
                Keluarganya menurut Ibnu Bisyakawal sebagai ilmuwan peradaban dan hadith.Ia dikenal sebagai ahli balaghah (sastera Arab) bapa Ibnu Hazm mempunyai sifat yang mulia. Kehidupan Ibnu Hazm amat mewah dengan kesenangan . Kehidupan seorang anak menteri memang mewah dengan rezeki yang melimpah ruah. Beliau mengembara ke senuah kebun bersama temannya yang dikalangan ahli budaya dan ilmu. Ketika pemerintahan dibawah pimpinan Hisyam al-Muayyad berlakunya pelbagai perit getir di seluruh pelusuk Cordova,Andalusia.Ianya berlaku pada tahun 401H selama enam tahun berturut-turut. Berlakunya kezaliman,wabak penyakit,tahanan,fitnah dan lain-lain lagi. Ibnu Hazm juga mempunyai sifat kecerdasan aqal seperti bapanya . Ibnu Hazm kuat hafalannya dan luas perbendaharaan ilmu dan juga kecerdasan peribadinya. Keilmuan yang Ibnu Hazm miliki pelbagai ilmu contohnya :

    1.      Pengusaan ilmiah Islam.
    2.      Ilmu logika
    3.      Balaghah
    4.      Syair
    5.      as-Sunnah
    6.      athar
    7.      al-Hadith
    8.      istinbat akan hukum-hukum al-Quran dan as-Sunnah
    9.      dan pelbagai lagi.
    Ada sumber menyatakan bahawa beliau pernah memegang jawatan di Bandar Cordova sebagai Menteri dan lalu beliau meninggalkan dunia lalu berzuhud .Dengan berzuhud banyak karya yang terhasil.
    Dididik Wanita
    Selama kecil, Ibnu Hazm tinggal di istana yang mewah. Ini kerana ayahnya  ialah salah seorang menteri pada zaman Khalifah al-Mansur. Di dalam istana ada bahagian khas untuk kaum lelaki dan bahagian khas untuk kaum wanita. Kedua-dua bahagian ini cukup berasingan dan tidak ada jalan keluar masuk.
    Di istana mewah inilah atau lebih tepatnya di bahagian sebelah wanitanya, Ibnu Hazm mendapat pendidikan awal beliau. Para wanita yang tinggal di sebelah bahagian itulah yang mengajar beliau membaca dan menghafal al-Quran. Kemudiannya bertatih menulis dan membentuk tulisan cantuk.
    Malah bukan itu sahaja, mereka itulah juga yang mengawal beliau daripada melakukan apa sahaja perbuatan buruk dan mengajar beliau etika hidup sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang anak atasan.
    Bagaimanapun kehidupan yang lunak ini tidak berpanjangan. Pada usianya yang ke-15 tahun keluarganya ditimpa malang. Bapanya yang menjadi menteri itu telah menjadi mangsa rebutan kuasa dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang memerintah Sepanyol pada waktu itu.
     Mungkin Allah telah mentakdirkan agar Ibnu Hazm menjadi seorang ulama dan tokoh ilmuwan yang besar dan berwibawa. Kerana kalau kehidupan yang lunak dan tidak mencabar itu berpanjangan, Ibnu Hazm tidak mungkin menjadi seorang ulama sekuat itu. Kerana biasanya kemewahan hidup yang melampau boleh menyebabkan seseorang itu lemah peribadi
     UJIAN DAN CABARAN YANG DITEMPUHI
    Beliau terlalu banyak mengeluarkan satu karya yang mana meninggalkan perihal dunia dan mengambil berat tentang akhirat sahaja.Atas kerana pemikiran yang terlalu zuhud serta tawadhu’ beliau kepada Allahswt banyak fitnah yang diterima beliau kerana ketika itu penduduk Andalusia terlalu taksub akan perihal duniawi.
    Selain itu ada setengah ulama’ juga membenci akan Ibnu Hazm kerana hanya mengambil sumber hukum yang berdasarkan kepada Al-Quran,As-Sunnah dan Ijma’ para sahabat sahaja dan meninggalkan seluruh cara perletakkan hukum yang lelain seperti  Qiyas,Istihsan,Ra’iy,Taqlid serta Ijma’ yang bukan dari Sahabat.
    Banyak karyanya dibakar atau dihapuskan kerana karya dan kitabnya terlalu zuhud. Kitabnya banyak disangkal oleh ulama’ di Andalusia. Ulama’ Andalusia banyak kearah keduniawi.
    Selanjutnya, ulama besar itu berkata: “Aku telah merasakan kelazatan dengan aneka ragamnya. Aku juga telah meraih keberuntungan dengan segala macamnya. Tidaklah kedekatan kepada penguasa, tidak juga wujud setelah ketiadaan, atau kembali ke pangkuan setelah bepergian jauh, dan tidak juga rasa aman setelah mengalami rasa takut, atau perolehan harta yang dimanfaatkan, tidaklah semua itu, seindah hubungan harmonis/asmara dengan kekasih/lawan jenis kita.
      IJTIHAD & MANHAJ IBNU HAZM.
                Ibnu Hazm mengambil dasar Mazhab azh-Zhairi yang banyak lupus sampai ini. Didalam azh-Zhairi.Didalam mazhab ini azh-Zhairi mengambil sistem dalam bidang aqidah,dan furu’ berdasarkan kepada dua prinsip iaitu :
    a.       Pendapat  berdasarkan zahir al-Qur’an,as-Sunnah dan Ijma’
    b.      Menolak fahaman qiyas, ra’iy,istihsan,taqlid dan lain-lain lagi.
    Penerimaan kepada Al-Quran dan Al-Hadith sahaja atas sebab :
    1. Al-Quran adalah kitab yang telah lengkap tiada sebarang yang tersembunyi segala hukum,perintah,khabar baik buruk serta lain-lain.Ianya telah termaktub serta ada sebarang perubahan data dan fakta.
    2. Al-Hadith pula pembawanya adalah orang yang adil serta thiqah akan perilakunya. Sanad dan matannya adalah termaktub tiada sebarang keraguan. 
    3. Ijma’ Para Sahabat kerana ianya diperolehi melalui Rasulullah secara terus tiada sebarang perwakilan akan muzakarah dalam sesuatu permasalahan hukum .
    4. Ibnu Hazm menolak  pendapat dari fahaman Ijma’, Qiyas, Ihtihsan, Ra’iy dan Taqlid berdasarkan pendapat-pendapat beliau :
    1. Ijma beliau menetapkan bahawa ijma’ yang mu’tabar adalah ijma’ sahabat Nabi Muhammad saw. Kerana ijma’ tidak lain kecuali berasal dari Nabi Muhammad atau bimbingannya. Melalui dua (2) perkara yang dibawah ini:
    a.       Tidak ada perbezaan di antara umat Islam bahawa ijma’ yang dilakukan para sahabat Nabi Muhammad adalah sahih adanya dan tidak dapat ditentang oleh sesiapa pun.
    b.      Sesungguhnya agama Islam telah sempurna, Islam adalah dari nas al-Quran Allah ianya perlu diketahui melalui Rasulullah sebagai utusan Allah dan harus berpegang kepada perkataan, perbuatan, mahupun ketetapan pada sesuatu masalah. Pada Ibnu Hazm tiada keharusan untuk berpegang kepada Ijma’ kepada sesuatu masalah yang tiada petunjuk.
    1. Qiyas ditolak kerana pada Ibnu Hazm berpendapat bahawa nas yang luar dari jangkauan al-Quran , as-Sunnah adalah berlawanan dari hukum-hukum Allah adalah salah dari Islam. Ini kerana beliau merujuk kepada firman Allahswt yang berbunyi :
    ... ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ ... ( 3 )
    سُوۡرَةُ المَائدة : 3

    Terjemahannya :
    “… Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (3)
    Dan juga berdasarkan firman Allahswt :
    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬ (١)
    سُوۡرَةُ الحُجرَات : 1
    Terjemahannya :
    “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (1)
    1. Istihsan ditolak kerana ianya banyak berdasarkan kepada adat atau kebiasaan dan kesukaan dalam sesuatu masyarakat sekeliling, menurut beliau ada kala istihsan ini dipengaruhi oleh hawa nafsu dan aqal yang bukan menjurus kepada hukum Allah tetapi hanya berdasarkan kepada satu pendapat yang logik sahaja.Ini kerana pendapat ini ada beliau merujuk kepada firman Allah yang berbunyi :
    كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦)
    سُوۡرَةُ البَقَرَة : 216

    Terjemahannya :
    “Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (216)
    1. Taqlid juga haram pada Ibnu Hazm kerana ianya diamalkan kerana mengambil pendapat atau sumber hujah dari sesuatu yang tidak sahih akan isi kandungan hukumnya. Ditakuti ianya dari sumber yang dibawanya tidak thiqah. Ibnu Hazm mengambil dari firman Allahswt sebagai hujah :
    ٱتَّبِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ وَلَا تَتَّبِعُواْ مِن دُونِهِۦۤ أَوۡلِيَآءَ‌ۗ قَلِيلاً۬ مَّا تَذَكَّرُونَ (٣)
    سُوۡرَةُ الاٴعرَاف : 3

    Terjemahannya :
    “(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.” (3)
    1. Ra’iy ditolak juga kerana didalam Islam tiada sebarang unsur logik kerana didalam syariah Islam tiada sebarang yang berdasarkan logik ianya semua berdasarkan akan hukum dan nas-nas yang telah termaktub didalam al-Quran dan juga melalui tampalan nas dari al-Hadith yang di terangkan oleh Rasulullah sahaja ianya boleh diguna pakai.Ra’iy juga bertentangan dengan nas dan hukum al-Quran.Ini dapat Ibnu Hazm kupas kenapa ianya ditolak melalui firman Allah yang berbunyi :
    وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا طَـٰٓٮِٕرٍ۬ يَطِيرُ بِجَنَاحَيۡهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمۡثَالُكُم‌ۚ مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِمۡ يُحۡشَرُونَ (٣٨)
    سُوۡرَةُ الاٴنعَام : 38

    Terjemahannya :
    “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)”. (38)
    dan firman Allah lagi dijadikan rujukkan ;
    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً (٥٩)
    سُوۡرَةُ النِّسَاء: 59

    Terjemahannya:
    “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (59) 
    PERKEMBANGAN MAZHABNYA.
    Ibnu Hazm telah memilih mazhab Zahiri . Selepas mengikuti dua mazhab iaitu Maliki sera Syafie lantas ke Zhairi .
    Ẓāhirī (Bahasa Arab: ظاهري),mazhab ini popular dan juga mempunyai banyak pengikut  di Bandar Andalusia dan ianya merosot terusan pada abad kelima hijrah. Pada abad kelapan hijiriah dan ianya terus pupus dan tidak boleh diketahui lagi kecuali melalui peninggalan-peninggalan didalam bentuk penulisan sahaja.
    Walau bagaimana pun ianya bernasib baik kerana dari rakan-rakan yang sebaya kerana memperolehi Tokoh Fiqh yang besar yang berkaliber besar dibidang ini dan yang begitu berkemampuan dibidang hadith. Ibnu Hazm adalah Imam yang utama dalam Mazhab ini yang mempelopori akan perihal Fiqh ini .Beliau bersungguh mempertahankan akan aliran pemikiran Zahiri .
    Didalam dua kitab akan perihal Usul Fiqh ada menulis mempertahankan prinsip-prinsip dalam mazhab ini kitab itu amat masyhur ketika itu kitab itu adalah :
    1.      al-Muhalla
    2.       al-Ihkam fi Usulil Ahkam
    Mazhab ini mempunyai pengasas iaitu Abu Sulaiman Daud bin Ali al-Asfahani (200H-270H). Ibnu Hazm tiada sebarang mazhab hanya mengikuti mazhab azh-Zahiri sahaj
    IMAM DALAM MAZHABNYA.
    Imam-imam dalam Mazhab Ibnu Hazm banyak dipelopori oleh anak muridnya juga yang dimana mereka inilah sebagai tunggak utama dalam pengembangan aliran Mazhab Ibnu Hazm . Mereka adalah :
    1.                  Muhammad bin Abu Nashr Futuh al-Adzi al-Humaidi al- Andalusi al-Miwarqi.
    2.                  al-Qadhi Abu al-Qassim Sa’id bin Ahmad al-Andalusi.
                3.         Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad bin al-‘Arabi.
                4.         Muhammad bin Tharkhan
                5.         Abu Rafi bin Ali bin Ahmad (anak Ibnu-Hazm)
                6.         Abu Usamah Yaqub bin Ali bin Ahmad (anak Ibnu Hazm)
                7.         Abu Sulaiman al-Mushab bin Ali bin Ahmad (anak Ibnu Hazm)                                                
     KITAB2 & HASIL KARYA DIDALAM ISLAM
    Penghasilan kitab oleh Ibnu Hazm adalah seperti dibawah ini :
    1.      Al-Ishal ila Fahm Kitab al-Kishal al-Jami’ah li Mashal Syara’I al-Islam,fi al-Wajib wa al-Halal wa al-Haram wa al-Sunnah wa al-Ijma’
    2.      Al-Ushul wa al-Furu’
    3.      Igthal al-Qiyas wa al-Ra’iy wa al-Ihtisan wa al-Taqlid wa al-Ta’alil
    4.      Al-Taqrib Lihadd al-Mathiq wa al-Madkhal ilaih bi al-Alfadz al-‘Amiyyah wa al-Amatsilah Al-Fiqhiyyah.
    5.      Al-Tauqif ‘ala Syari al-Najah Bikhtishar al-Thariq
    6.      Al-Talkish liwujuh al-Talkish
    7.      Hajjah al-Wada’
    8.      Mudawah al-Nufus wa Tahzhib al-Akhlaq wa al-Zuhd fi al-Razhail.
    9.      Al-Muhalla
    10.  Nubzhah fi al-Buyu’
    11.  Al Nasikh wa al-Mansukh
    12.  Nakt al-Islam
    13.  Al-Imla’ fi Qwai’idh al-Fiqh
    14.  Al-Ijma’ wa Masailuh ‘ala Abwab al-Fiqh
    15.  Ajwibah
    16.  Al-Athar allati Dzahara al-Ta’arudh wa Nafi al-Tanaqudh
    17.  Akhlaq al-Nafs
    18.  Asma’ Allah al-Husna
    19.  Bayan Ghalath Utsman bin Sa’id al-A’urfi al-Musnad wa al-Mursal
    20.  Al-Talkhish wa al-Talkish fi al-Masa’il al-Nadazariyyah wa Furu’iha allati la Nashsha ‘alaiha fi al-Kitab wa al-Sunnah.
    21.  Al-Tashaffuh fi al-Fiqh
    22.  Al-Taybin,fi hal ‘Alima al-Mushtafa A’yan al-Munafiqin.
    23.  Al-Jami’ fi-Sahih al-Hadith bi-Ikhtisharih al-Asanid,wa al-Iqtishar ‘ala Ashahhiha wa Ijtilab Akmal Al-Fashladziha wa Ashahhih Ma’aniha
    24.  Juz ‘fi Auham al-Sahihain
    25.    Al-Hudud
    26.  Alkhisal al-Jami’ah li-Jumal Syara’I’ al-Islam,fi al-Wajib wa al-Halal wa al-Haram wa al-Sunah wa al-Ijma’
    27.  Syarh Alhadis al-Muwaththa’ wa’ al-Kalam ‘ala Mas’ilih.
    28.  Kitab fi Radd ‘ala Man I’taradha ‘ala Kitab al-Fashl
    29.  Kitab Al-Faraidh
    30.  Mu’allif  fi al-Dza’ wa al Dha
    31.  Kitab fima Khalafa fihi Abu Hanifah wa Malik wa al-Syafi’I Jumhur al-‘Ulama’ wa ma Infrada bih Kullu Wahid
    32.  Kitab fi al-Audiyyah al-Mufariddah
    33.  Kitab al-Qiraat
    34.  Al-Majalla fi al-Fiqh ‘ala Mazhabih wa ijtihadih (Majallad) wa Syarhuh al-Muhalla fi Tsaman Majalladat
    35.  Mukhtasar fi Ilal al-Hadith
    36.  Mukhtasar fi Ilal al-Mut’awwalin
    37.  Mukhtasar (al-Muwadhadih) li-Abi al-Hasan al-Mughallas azh-Zhairi
    38.  Mukhtasar al-Milal wa al-Nihal
    39.  Mas’alah al-Iman
    40.  Mas’alah al-Ruh
    41.  Muntaqa al-Ijma’ wa Bayanuh
    42.  Manasik al-Hajj
    Rumusan :
    Ada empat puluh dua buah kitab yang terhasil . Karya yang dikesan sebanyak dua belas buah dan juga tiga puluh buah kitab yang tidak dapat dikesan.
    Kitab yang bernombor satu hingga dua belas adalah kitab yang dapat dikesan. Kitab yang bernombor tiga belas hingga empat puluh dua adalah kitab yang tidak dapat dikesan .
    Kitab ini adalah sebahagian pemikiran dan pendirian beliau dalam menentukan sesuatu didalam Islam . Kebanyakkan kitab ini digunapakai di negara Indonesia dan Sweeden sebagai rujukkan dalam persoalan agama Islam sehingga ke hari ini. Ada sebahagian mengenai pengangan beliau dalam Mazhab Zhairi.
    Tambahan :
    Pernah menuliskan satu karya atau kitab yang lain seperti :
    1. Al Kitab al-Muhallā bi'l Athār.
    2. Ihkam Al Ahkam fi Usul al Ahkam
    3. Mukhtasar al-Muhalla li Ibn Hazm
    4. Ṭawq al-Ḥamāmah
      SUMBANGAN DIDALAM ISLAM
    Sebelum menrangakan perihal sumbangan beliau yang lain berkaitan dengan perihal karya,syarah serta risalah disini ada sumber yang menyatakan bahawa Ibnu Hazm pernah melakukan kerja pentafsiran akan kitab-kitab yang dibawah ini :
    1. Al-Akhlaq wa al-Siyar fi Mudawat al-Nufus
    2. Maratib al-`Ulum
    3. Al-Fisal fi al-Milal wa al-Ahwa' wa al-Nihal
    4. Al-Mujalla
    Beliau banyak menghasilkan karya-karya berbentuk Islam dan sirah-sirah Islam yang sarat beliau sentiasa mencari dan menulis dalam karyanya  dengan sumber yang sahih.Ada pelbagai karya yang terhasil iaitu karya biasa,karya Islam,syarah serta risalah.
    Disini ada senarai risalah yang terhasil:
    1.      Risalatan lah Ajaba fihima ‘an Risalatan Suila fihima Sual al-Ta’rif
    2.      Risalah fi Hukm Man Qala,Inna Ahl al-Syaqa’ Mu’zhibun ila Yaum Al-Din
    3.      Risalah fi Alam al-Maut wa Ibthaluh
    4.      Risalah fi al-Radd ‘ala al-Hatif
    5.      Risalah fi al-Ummahat wa Ummahat al-Khulafa’
    6.      Risalah fi al-Radd ‘ala al-Kindi al-Failusuf
    7.      Risalah fi al-Hadd wa al-Rasm
    8.      Risalah fi anna Al-Quran Laisa min Nau’ Balaghah al-Basyar
    9.      Risalah fi Ma’na al-Fiqh azh-Zhairi
    10.  Risalah fi Ma’na al-Fiqh wa al-Zuhd
    11.  Risalah fi al-Wa’d wa al-Wa’id wa Bayan al-Haqq fi zhalik min al-Sunan wa al-Quran Kataba li al-Amr Abi al-Ahwash ma’n bin  Muhammad al-Tajibi.
    12.  Al-Risalah al-Azmah li-Uli al-Amr
    13.  Risalah fi ath-Thib al-Nabawi
    14.  Al-Risalah al-Balqiy fi al-Radd ‘ala Muhammad Abdul Haqq bin Muhammad al-Shuqla
    15.  Risalah al-Ta’kid
    16.  Risalah fi al-I’tiqad
    17.  Risalah Mu’aradhah
    Setelah itu ada juga ada juga syarah yang dituliskan oleh Ibnu Hazm :
    1.      Syarh Fushul bi Qirath
    2.      Syarh Ahadith al-Muwaththa’ wa al-Kalam ‘ala Msa’ilih
    3.      Al-Majalla fi al-Fiqh ‘ala Mazhabih wa Ijtihadih (Majallad) wa Syarhuh al-Muhalla fi Tsaman Majalladat.
    Selain itu ada Ibnu Hazm ada juga mempunyai melakukan penulisan karya-karya sastera yang ada kaitan dengan Islam dan juga tiada kaitan dengan Islam . Karya yang tiada kaitan dengan Islam adalah seperti dibawah ini :
    1.      Idzhar Tabdil al-Yahud wa an-Nashara li al-Taurah wa al-Injil wa Bayan Tanaqudh ma bi Aidihim mimma la Yahtamil al-Ta’awil
    2.      Jamharah Ansab al-‘Arab
    3.      Al Bayan ‘an Haqiqah al-Insan
    4.      Diwan Ibnu Hazm
    5.      Ar-Radd ‘ala Ibnu al-Nughrilah al-Yahudi
    6.      Thauq al-Hamamah fi al-Ulfah wa al-Ullaf
    7.      Fadhl al-Andalus wa Dzikr Rijalih
    8.      Fashl fi Ma’rifah al-Nafs bighairiha wa Jahliha bi-Zhatiha
    9.      Al-Fashl fi al-Milal wa al-Ahwa’
    10.  Al-Qira’at al-Masyhurah fi al-Amshar
    11.  Al-Idzhar lima Syunia’a ala azh-Zhahiri
    12.  Al-Istijlab
    13.  Al-Istiqsha
    14.  Ikhtisar Kalam Jalinus fi  al-Amradh al-Haddah
    15.  Bayan al-Fashahah wa al-Balaghah
    16.  Bi-Lughah al-Hakim
    17.  Barnamijuh
    18.  Tartib Musnad Baqi bin Mukhallad
    19.  Tartib su’alat Utsman al-Darimi li-Ibni Mu’ayyan
    20.  Tasmiyyah al-Sy’ara’ al-Wafidin ‘ala Ibnu Abi ‘Amir
    21.  Tawarikh A’mamih wa Abih wa Akhih wa Bani ‘Ammih wa Akhwatih wa Banih wa Banatih,Mawaliduhum wa Tarikh Maut Man minhum fi Hayatih
    22.  Hadd ath-Thib
    23.  Zhikr Auqat al-Umara’ wa Ayyamuhum bi al-Andalus
    24.  Ar-Radd ‘ala Ibnu al-Iflili fi Syi’r al-Mutanabbi
    25.  Zajr al-Fawi
    26.  Sya’min al-‘Arudh
    27.  Al-Shadi’ wa al-Radi’ ‘ala man Kafara ahl al-Ta’wil min Firaq al-Muslimin wa al-Radd ‘ala Man Qala bi al-Taqlid
    28.  Sya’min al-‘Arudh
    29.  Al-Tu’ab ‘ala Abi Marwan al-Khulaniy
    30.  Ghzawat al-Manshur bin Abi ‘Amir
    31.  Ta’lif fi Radd ‘ala Anajil an-Nashara
    32.  Fihrisah Syuykhih
    33.  Mu’aliff fi al-Dza wa al-Dha
    34.  Kasy al-Iltibas lima bain azh-Zhairiah wa Ashhab al-Qiyas
    Selain daripada itu banyak pemikiran beliau tentang Islam ini kerana dapat kita lihat melalui data dibawah ini :
    1. Beliau bijak menyusun akan ilmu demi ilmu ini dapat lihat dalam sistemnya beliau dapat menyusun akan ilmu tafsir,hadith,kalam,sejarah,usul fiqh dan juga sastera. Ia menyusun ilmu ini cukup teliti dan kualiti ini termasuk dalam bidang ilmu logic dan falsalfah.
    2. Dia menyingkap ilham dan gaya baru dan mengkaji tema tersebut dalam kajiannya serta karyanya.
    3. Menyusun beberapa kitab dan risalah dalam kitab Al-Fashl .
    4. Kebanyakkan risalahnya berasal dari hasil muzakarah yang berkembang disekitarnya dasar-dasar agama (ushul) dan cabangnya (furu’)
    5. Penghasilan karyanya adalah mengenai persekitaran ilmu sosial ekonomi masayarakat Andalusia. Dokumentasinya tentang kehidupan sosial budaya dan pemikiran akidah keagamaan didunia Islam khususnya Andalusia sekitar abad ke empat dan lima hijriah .
    6. Karyanya banyak menceritakan hal keimanan kepada Allahswt & Rasulullahsaw dengan dalil-dalil yang sahih dan sihat . Ianya mampu mengugurkan akan pemikiran aqidah agama lain.
    7. Selain itu Ibnu Hazm ada berbahas akan adab-adab berdebat lalu menetapkan adab-adab berdebat dalam tatacara berdebat yang betul.
    8. Beliau juga ada membuat kajian akan tentang kenabian, Agama Yahudi , Agama Nasrani serta Agama al-Sha’biah. Selain itu Ibnu Hazm juga ada mengkaji akan perubahan didalam kitab Taurat serta Injil yang telah di ubah oleh penganut agama Yahudi dan juga Nasrani .
    9. Beliau pun ada juga menulis karya yang berkaitan dengan Islam.Disini ada sebahagian karya yang ditulis olehnya:
    1.      Asma’ al-Shahabah wa al-Ruwah
    2.      Ashhab al-Fataya min al-Shahabah wa min ba’dihin ‘ala Maratibihim fi katsrah al-Fataya.
    3.      Al-I’rab ‘an al-Hairah wa al-Iltibas al-Waqi’in fi Mazhabib Ahl Ra’iy wa al-Qiyas.
    4.      Jumal Futuh al-Islam ba’d Rasulullahsaw.
    5.      Al-Sirah al-Nabawiyyah
    6.      Maratib al-Ijma’
    7.      Mulakhash Ibthal al-Qiyas wa al-Ra’iy wa al al-Istihsan wa al Taqlid wa al-Ta’alil
    8.      Manzumah fi Qawa’id Ushul Fiqh al-Zahiri
    9.      Al-Mufadhalah bain al-Shahabah
    10.  Al-Nubzhah al-Kafiyah fi Ushul al-Fiqh azh-Zhairi
    11.  Al-Nashahih al-Munjiyah min Fadhaih al-Mukhziyyah wa al-Qabaih al-Maraddiyyah min Aqwal Ahl al-Bida’ min al-Firaq al-Arba’ al-Mu’azilah wa al-Murji’ah wa al-Khawarij wa al-Syi’ah
    12.  I’jaz Al-Quran
    13.  Tasmiyyah Syuyukh Malik
    Disini ada petikkan puisi yang dihasilkan oleh Ibnu Hazm :
    Cinta Di Mata Seorang Ulama
    Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
    Sungguh cintamu padanya wajar adanya
    Mereka kata, cinta buat kau gila
    Padahal kau orang paling faham agama

    Ku katakan pada mereka
    Mengapa kalian iri padanya?
    Jawabnya
    Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

    Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
    Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
    Janganlah kau berlagak mulia
    Dengan menyebut cinta sebagai dosa

    Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
    Entah yang berkata keras atau halus biasa
    Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
    Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa
    (Ibnu Hazm)

    Iklan

    Renungan

    Tanpa Kepedihan dan Kesengsaraan Kita Akan Membuang Perkara Yang Indah Dengan Sia-Sia Sahaja Tanpa Memberi Kesan Kepada Iman Kita Renungkanlah ... Ingatilah Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Muhammad s.a.w Berjaya Atas Kepedihan dan Kesengsaraan Yang Lebih Hebat Dari Kita ... Maka Itu Kesabaran Sahaja Yang Membentengkan Kita Untuk Kita Tidak Terkeluar Dari Landasan...

    I Hate Israel

    Zionists in Israel Doing With Severe and extreme violence
    Why do we Muslims and Muslimat just let them continue to suffer
    Which we love them though God has given this love as our weapon to subvert the Zionist Israel
    Not enough just to pray, shout anti Israel boycott their goods and making protest signs protest their atrocities.
    We need to unite regardless of status, race, mentality, national and political as well as Muslim and Muslimat Let us together to destroy and overthrow the Jews of Israel continued the beatings our brothers in Palestine
    Let not our guard again, it emerged as the Sultan Salahuddin Ayub in Jerusalem.
    Remember we have the golden age of Islam were we take the history of the Prophet in all previous wars are the strategy for eliminating the al-Kafirun the plight of Muslims before
    Do not just let it alone and wait for God to help us we need to pray, work, effort and puteri. Then we wait for God's blessings on our efforts.

    Ingatan Kalian dan JiwaIslam

    Nature Future

    Nature Future
    Menjana Pendapatan

    Job At Home

     

    Elken

    Elken
    Jana Pendapatan

    Bicara Secara Maya

    Halwa Jiwa Islam 1

    لامن جيوا دان نوراني إسلام Copyright © 2009 Community is Designed by Bie