Salam

Video Pilihan Jiwa islam

Anti Zionist

Gambar-Gambar

al-Quran

Listen to Quran

    Saturday, January 30, 2010

    Isu Kalimah Allah

    Islam Agama Bertoleransi (Ulasan Isu Kalimah Allah)
    www.iLuvislam.com
    abidfana *
    Editor : kasihsayang


    Islam adalah agama yang dipenuhi dengan semangat toleransi dengan agama yang lain. Hubungan Islam khususnya dengan agama samawi (ahlul kitab) yang lain, iaitu Kristian dan Yahudi juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan sebab itulah kita dibenarkan memakan haiwan sembelihan mereka dan juga Muslim lelaki dibenarkan mengahwini perempuan ahlul kitab.

    Akan tetapi, hubungan Islam dengan penganut agama Kristian adalah lebih rapat berbanding dengan penganut agama Yahudi. Fakta ini jelas termaktub di dalam surah al-Maidah ayat 82:

    لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوۤاْ إِنَّا نَصَارَىٰ ذٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ

    Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.


    Ketika menjelaskan ayat ini, al-Marhum Syeikh Mutawalli Sha’rawi menjelaskan yang kebenaran betapa rapatnya hubungan Kristian dengan Islam dibuktikan sejak zaman awal dakwah nabi Muhammad sendiri. Ketika baginda dan para sahabat dizalimi oleh Quraish Makkah, nabi Muhammad mencadangkan para sahabat untuk menyelamatkan diri buat sementara di bawah pemerintah Habshah bernama Raja al-Najashi yang tebal anutan Kristiannya. Sabda nabi Muhammad:

    إن بها ملكاً لا يُظلم عنده أحد فأقيموا ببلاده حتى يجعل الله لكم مخرجاً مما أنتم به

    Di sana ada seorang raja yang tidak pernah seorang pun dizalimi olehnya, maka menetapkan kamu di negaranya sehinggalah Alah menjadikan kamu sebab untk keluar darinya.

    Beberapa orang sahabat senior di bawah pimpinan Ja’far bin Abu Talib menuruti arahan Nabi Muhammad untuk berhijrah ke sana. Adalah benar, Raja al-Najashi adalah seorang pemerintah Kristian yang adil, dan memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain termasuklah kepada Muslim yang ketika itu baru sahaja muncul kembali di muka bumi. Para sahabat yang tinggal di Habshah disifatkan sebagai tinggal di Dar al-Amn, iaitu bumi yang aman dan selamat, sehingga dicemburui oleh pembesar kafir Quraisy yang lain.

    Kedengkian Quraisy menyebabkan mereka sanggup untuk menghasut Raja al-Najashi untuk mengusir Ja’far bin Abu Talib bersama sahabat yang lain. Lalu diutuskanlah Amru bin Al-’As, Abdullah bin Abi Rabi’ah dan ‘Imarah bin al-Walid bin al-Mughirah, dan menaburkan fitnah terhadap imigran Muslim dengan menyatakan mereka adalah pemberontak yang menyeleweng daripada agama nenek moyang mereka. Mereka juga menghasut pemerintah Kristian itu dengan menyatakan yang Islam mengajar fakta yang berbeza dengan Kristian mengenai isu Jesus.

    Adakah Raja al-Najashi percaya bulat-bulat dengan hasutan Pertubuhan Musyrikin Mekkah Bersatu itu? Jawapannya tidak sama sekali. Sebaliknya, sebagai manifestasi terhadap keadilan beliau, al-Najashi telah memanggil Ja’far bin Abi Talib untuk memberikan penjelasan. Lalu Ja’far bin Abu Talib menjelaskan,

    "Wahai Raja, kami dahulu hidup di dalam Jahiliyyah. Menyembah berhala, makan bangkai, melakukan perbuatan keji, memutus tali persaudaraan, menyakiti hati jiran, yang kuat memakan harta yang lemah. Kami hidup dalam keadaan demikian sehinggalah diutuskan seorang Rasul yang kami ketahui keturunannya, kebenarannya, amanahnya dan kasih sayangnya. Baginda menyeru kami mengesakan dan menyembah Allah dan meninggalkan cara sembahan kami sebelum ini terhadap batu dan berhala. Baginda menyeru kami berkata benar, menunaikan amanah, menyambung tali persaudaraan, berhubung baik dengan jiran …. Akhirnya kami dimusuhi kaum kami sendiri, lantas mereka menyeksa dan memfitnah kami supaya kami kembali menyembah berhala dan berhenti menyembah Allah serta kembali kepada perbuatan keji. Lantas apabila kami dipulau, diseksa dan diboikot oleh mereka, maka keluar berpindah ke negara kamu wahai al-Najashi. Kami memilih kamu berbanding negara atau pemerintah yang lain, kerana kami telah mengharapkan yang diri kami tidak akan dizalimi oleh kamu."

    Setelah menyelidik kata-kata Ja’far, serta membuat analisa pandangan Islam terhadap Jesus/Isa, maka Raja al-Najashi tidak langsung mempedulikan hasutan musyrikin Quraish tadi.

    Ada beberapa perkara yang wajar kita perhalusi di sebalik penjelasan Ja’far di atas. Yang pertamanya, ialah beliau berdakwah secara halus dan bijaksana kepada orang Kristian tanpa langsung mencari titik perbezaan, akan tetapi mengusahakan noktah persamaan. Sebelum ke UK, saya langsung tidak nampak hikmah di sebalik kata-kata Ja’far ini. Akan tetapi setelah terlibat di dalam program dakwah dengan rakyat tempatan (termasuklah yang atheist dan terutamanya penganut Kristian) dan juga dialog antara agama dengan mereka, barulah saya nampak kehebatan Ja’far. Iaitulah beliau menyebut ‘menghormati jiran’ di dalam penjelasannya, yang mana amalan menghormati jiran ini adalah satu amalan yang paling penting di dalam agama Kristian. Bahkan rakan Kristian saya pernah menyatakan di dalam kepercayaan mereka, dengan hanya menghormati jiran, maka akan mencukupi untuk mendapat kesejahteraan di dalam agama mereka. Dalam banyak-banyak elemen mahmudah yang kecil di dalam Islam, elemen menghormati jiran yang dipilih oleh Ja’far, sebagai membuktikan betapa dalam berdakwah, mencari titik persamaan adalah penting.

    Selain itu, kata-kata Ja’far juga membuktikan kebenaran firman Allah mengenai baiknya hubungan Islam dengan Kristian. Nabi Muhammad boleh sahaja mengarahkan para sahabat awal ketika itu untuk mendapatkan perlindungan daripada kabilah bangsa Arab lain yang mungkin bermusuh dengan kabilah Quraisy lantas memungkinkan kedua-dua pihak bersatu atas dasar bermusuh dengan musyrikin Quraisy, akan tetapi bukan itu yang dipilih oleh Nabi. Akan tetapi diarahkan para sahabat untuk bernaung di bawah kerajaan Kristian.

    Akrabnya hubungan Islam dan Kristian seperti yang dianjur dan ditunjukkan sendiri oleh Nabi Muhammad menjadi inspirasi kepada pelapis baginda. Di zaman Saidina Umar, empayar Islam telah semakin meluas menjangkaui Semenanjung Tanah Arab. Antara yang berjaya dibuka oleh Saidina Umar ialah Jerusalem, yang ketika itu lebih dikenali sebagai Aeliya’. The Old City of Jerusalem adalah merupakan pusat pemerintahan kerajaan Rom Timur ketika itu. Di situlah letaknya tapak al-Masjid al-Aqsa, dan situ jugalah terletaknya gereja suci Holy Sepulchre. Holy Sepulchere adalah merupakan gereja paling suci di dalam agama Kristian. Di situlah mereka percaya terletaknya ‘kubur’ Jesus, dan di situ jugalah mereka percaya yang Jesus akan dibangkitkan kelak. Semasa Umar membebaskan The Old City of Jerusalem, Holy Sepulchre turut menjadi istana pemerintahan kerajaan Kristian ketika itu. Yang menjadi pemerintah ketika pembebasan Jerusalem ialah Patriarch Sophronious.

    Kita mengetahui dalam beberapa akaun sejarah yang Patriarch Sophronious, sama seperti Muslim, cuba untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah di dalam Jerusalem. Menghidu awal kekalahan Rom Timur, Patriach Sophronious mengibarkan bendera putih menyerah kalah, akan tetapi dengan syarat bahawa beliau hanya menyerahkan kunci kota lama itu kepada Saidina Umar. Ada laporan sejarah menyatakan bahawa pembebasan Jerusalem di tangan Saidina Umar memang telah diramalkan dan termasuk di dalam prophecy Kristian ketika itu.

    Penyerahan Jerusalem kepada Muslim dilakukan dalam suasana penuh persaudaraan. Umar dipelawa untuk bersembahyang Asar di dalam Holy Sepulchre. Akan tetapi beliau menolak, kerana khuatir akan ada kelompok Muslim akan datang yang zalim akan merampas gereja suci tersebut, kerana kononnya Umar pernah solat Asar di situ. Lalu Umar bersembahyang di luar Holy Sepulchre, dan di tapak beliau solat itu sekarang didirikan Masjid Umari yang masih berdiri teguh sekarang. Masjid Umari itu didirikan bersebelahan dengan Holy Sepulchre.

    Ini adalah keadilan dan toleransi Islam untuk agama lain. Dalam suasana berperang, kita dilarang merampas rumah ibadat orang lain. Apatah lagi di dalam konteks hubungan baik dengan agama Kristian, Umar sejak dari awal menutup pintu yang memungkinkan kelompok Muslim akan datang yang jahil dengan agama sendiri, daripada bertindak zalim terhadap hak agama lain di dalam negara Islam.

    Tidak cukup dengan itu, walaupun lama berperang dengan tentera Muslim, akan tetapi tentera dan penduduk asal Kristian di Jerusalem semasa zaman Rom Timur diberikan jaminan oleh Umar untuk tidak dihalau. Bahkan hak kerakyatan mereka dikekalkan, dan mereka diberikan kebebasan menikmati apa yang mereka lakukan semasa pemerintahan Rom Timur dengan syarat yang adil.

    Kunci Holy Sepulchre masih dipegang oleh keluarga Muslim


    Sepanjang pemerintahan Islam, hubungan Kristian dan Muslim amat rapat di dalam Jerusalem. Mereka turut dilantik menjadi menteri di dalam kabinet ketika itu. Bahkan, percayanya penganut Kristian kepada keadilan Islam terbukti apabila mereka menyerahkan kunci utama Holy Sepulchre untuk dipegang oleh Muslim. Dan tradisi itu diteruskan sehinggalah ke zaman sekarang. Kunci gereja suci itu masih dipegang oleh keluarga Muslim sekarang, diketuai oleh Wajeeh Nusaibah.


    Tradisi hubungan baik Kristian-Islam diteruskan sehinggalah ke zaman Khalifah al-Hakim bi Amrillah, salah seorang pemerintah keenam Kerajaan Fatimiyyah. Walaupun dilaporkan yang ibunya adalah seorang penganut Kristian, akan tetapi beliau bersikap zalim terhadap penganut Kristian khususnya di dalam Jerusalem. Antaranya ialah memperkenalkan kod warna pakaian tertentu kepada penganut Kristian, dan kemuncaknya ialah beliau telah memusnahkan Holy Sepulchre sekitar tahun 1009-10 CE (Rujuk kitab Khitat karangan al-Maqrizi).

    Kezaliman al-Hakim dijadikan alasan oleh penganut Kristian dari Eropah untuk melancarkan peperangan Salib. Akhirnya Pope Urban II, setelah didesak oleh Alexious I salah seorang pemerintah Rom Timur telah memberikan ucapan/khutbah di Council of Clermont, Perancis kepada penganut Kristian menghalalkan mereka untuk berperang bagi menawan Jerusalem. Tujuannya ialah untuk menyatupadukan penganut Kristian setelah rumah suci mereka dicemari oleh pemerintah Muslim. Perlu dinotakan di sini, baik daripada sumber Kristian atau pun sumber Islam, semua menyatakan yang kebanyakan tentera salib yang menyertai kempen pertama peperangan tersebut terdiri daripada orang susah, terbiar dan tidak berpelajaran.

    Sebahagian penganalisa sejarah berpandangan, kempen pertama perang Salib itu diibaratkan seperti orang bodoh yang memerangi orang bodoh. Orang bodoh pertama yang dimaksudkan, ialah tentera salib pada kempen pertama peperangan tersebut. Sementara orang bodoh kedua yang dimaksudkan ialah pemerintahan zalim al-Hakim bi Amrillah. Saya hampir bersetuju dengan pandangan ini. Memang menjadi norma alam, baik dari zaman dahulu sehingga ke zaman sekarang, bahawa ketika bertembungnya dua jenis kebodohan, maka ianya akan diiringi dengan peperangan yang menyeksakan. Saya tidak menyatakan yang peperangan itu semestinya berpunca daripada kebodohan, tidak sama sekali.

    Apa yang saya nyatakan di atas ialah sebahagian daripada premis asas kepada pandangan saya terhadap kekalutan yang berlaku di Malaysia sekarang, kerana isu penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah, dan membawa kepada kemuncaknya iaitu pembakaran tiga gereja di sekitar Lembah Klang.

    PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

    Isu penggunaan kalimah Allah pada pandangan saya, pada dasar dan asasnya, tidak mempunyai kaitan dengan hukum. Ini kerana di dalam al-Quran dan a-Sunnah, banyak nas yang melaporkan betapa golongan non-Muslim telah menggunakan kalimah Allah sebagai Tuhan mereka. Sebagai contoh, firman Allah di dalam surah al-Ankabut ayat 63:

    وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْقِلُونَ

    Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah“. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

    Ayat ini diulangi sekali lagi oleh Allah SWT di dalam surah Luqman ayat 25:

    وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْلَمُونَ

    Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

    Dua ayat di atas, hanyalah sebahagian contoh beberapa nas syara’ yang memberikan petunjuk tiada larangan kepada non-Muslim menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan yang bersifat pencipta. Di dalam ilmu aqidah, ini dipanggil sebagai tauhid rububiyyah. Dasarnya, semua manusia di muka bumi ini yakin ada Tuhan yang mencipta dan mengatur alam cakerawala. Cuma yang membezakan Muslim dengan non-Muslim, ialah tauhid uluhiyyah kepercayaan kita terhadap Allah sebagai Tuhan Pencipta Yang Maha Esa. Saya meraikan bahawa terdapat aliran di dalam umat Islam yang bersungguh-sungguh menafikan fakta pembahagian tauhid itu kepada tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wa sifat, akan tetapi kita ketepikan dahulu perbahasan itu.

    Apa yang pasti, kalimah Allah telah digunakan oleh Musyrikin Makkah sebelum nabi Muhammad dilahirkan lagi sebagai merujuk kepada Tuhan yang mencipta alam ini. Perlu dinotakan bahawa mereka tidak pula memanggil berhala-berhala yang mereka persekutukan itu dengan nama Allah, sebaliknya mengekalkan nama-nama berhala itu seperti Lata dan ‘Uzza. Lebih ironi lagi, dalam kedua-dua ayat di atas, Allah memerintahkan nabi Muhammad bersyukur kerana musyrikin ketika itu mengiktiraf Allah sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta.

    Di negara Arab, kitab injil memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan bagi agama Kristian. Bagi anda yang berada di UK, di beberapa tempat seperti di lapangan terbang, universiti dan hospital, ada kalanya premis beribadat dikongsi bersama dengan agama lain. Cuba belek almari buku bilik sembahyang tersebut, kadang-kadang terselit kitab Injil yang menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan mereka. Ada juga yang menggunakan kalimah Allah al-Ab (Allah si Bapa) untuk menunjukkan falsafah triniti di dalam agama Kristian.

    Di Borneo, penduduk peribumi di situ dikatakan terlebih dahulu menerima ajakan mubaligh Kristian secara meluas sejak beratus-ratus tahun dahulu. Ada yang menyatakan mubaligh itu kebanyakannya datang dari negara Eropah dan bertutur dalam Bahasa Inggeris, justeru penduduk peribumi Borneo berhadapan dengan masalah belajar agama Kristian kerana masalah bahasa. Lalu diterjemahkanlah Bible ke dalam bahasa Melayu/Indonesia, dipanggil sebagai al-Kitab dan menggunakan kalimah Allah sebagai Tuhan mereka. Bagi Muslim di Semenanjung, kita perlu meraikan yang amalan ini telah mereka lakukan sejak ratusan tahun lamanya, seperti yang dinyatakan oleh seorang penulis di sini.


    AGAMA SAMAWI BANYAK PERSAMAAN, WALAUPUN PERBEZAANNYA JUGA BESAR

    Ada juga yang melenting ketika isu ini diuar-uarkan, kerana beberapa orang cendiakawan Muslim menggunakan istilah agama samawi merujuk kepada Kristian dan Yahudi. Lentingan ini tiada asas, kerana memang Kristian dan dan Yahudi adalah agama samawi, yang mana sumber asalnya adalah daripada langit. Status agama samawi tidak menjamin seseorang itu masuk syurga, tetapi yang penting ialah kemurniaan agama samawi tersebut. Di dalam Islam, kita percaya yang agama Kristian dan Yahudi telah diubah oleh pendita-pendita mereka. Sumber asal daripada kitab Taurat, Zabur dan Injil telah diubah dan ditulis kembali. Ini adalah kepercayaan Muslim, dan kita dapat lihat besarnya perbezaan kita dengan mereka di dalam hal ini. Penggunaan istilah agama samawi adalah implikasi amalan akademik semata-mata. Istilah lain yang turut digunakan bagi merujuk ketiga-tiga agama ini ialah agama nabi Ibrahim (Abrahamic religion) dan juga agama keEsaan (monotheistic faiths).

    Oleh kerana sumbernya sama, maka banyak istilah yang sama dapat dilihat antara ketiga-tiga agama samawi ini. Contoh yang paling ketara ialah isu kalimah Allah ini. Contoh lain pula, ialah nama para nabi dan kisah-kisah mereka. Semuanya mempunyai persamaan. Dalam konteks nama-nama nabi, semuanya berkongsi nama yang sama, kecualilah mereka tidak beriman dengan nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir.

    Anak-anak saya setakat ini semua dilahirkan di Scotland. Baru seorang sahaja yang telah masuk nurseri pra-sekolah, berumur 4 tahun. Menjelang hujung tahun, ketika inilah saya perlu berhati-hati dalam bab menjaga aqidah anak saya, kerana di sekolah hampir setiap hari akan didendangkan dengan pembacaan buku dan lagu yang berkonsepkan triniti. Cikgu-cikgu akan mengajar mengenai Jesus, Christmas Father dan seumpamanya. Kadang-kadang buku cerita mengenai sejarah Adam dan Hawa, kisah perjalanan nabi Ibrahim, peristiwa penyembelihan nabi Ismail dan bahtera nabi Nuh turut diceritakan. Sudah tentu penceritaan itu daripada sumber biblikal mereka.

    Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang bapa yang Muslim, untuk memberikan penjelasan semula kepada anak saya mengenai siapakah Isa, Adam, Hawa, Ibrahim, Ismail dan Nuh di dalam agama Islam.

    Dan adalah amat tidak cerdik sekiranya saya memberikan surat kepada pihak sekolah, menghalang mereka untuk menggunakan nama-nama nabi tersebut daripada perspektif agama mereka.


    ISLAM, ALLAH DAN RASUL MILIK SEMUA MANUSIA

    Sama seperti kalimah Allah, nama-nama nabi itu juga adalah milik semua. Bahkan di dalam al-Quran, digalakkan kepada kita untuk menyeru kepada penganut agama lain betapa nabi Muhammad itu juga adalah nabi mereka. Firman Allah di dalam surah al-A’raf ayat 158:

    قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

    Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”.

    Perlu diperhalusi di sini, bahawa sebolehnya Islam menganjurkan penganutnya untuk menyeru kepada semua manusia tanpa mengira agama, bahawa Islam, Allah dan Rasulullah Muhammad SAW adalah milik semua. Ini adalah seruan wajib, bahkan bersifat universal. Cuma, terserahlah kepada yang mendengar seruan tersebut sama ada ingin beriman atau tidak dengannya.


    WALAUPUN SUKAR, TAPI NILAILAH NIAT YANG TERZAHIR

    Justeru, pada pandangan saya, kehangatan isu penggunaan kalimah Allah ini hanyalah bersifat kosmetik dan domestik. Memang benar, secara dasarnya ianya tiada kaitan dengan agama, tetapi tidak pula saya nafikan sekiranya niat menggunakan kalimah Allah itu untuk menyongsangkan fikrah umat Islam, maka hukumnya haram. Justeru, nilailah tindakan rakan-rakan Kristian itu melalui niat mereka yang terzahir.

    Sekiranya niat mereka menggunakan kalimah Allah itu di dalam penerbitan untuk bacaan kepada penganut Kristian Arab dan Borneo, maka bagi saya tiada masalah. Sekiranya mana-mana agama menyebut Allah mencipta alam, Allah yang menurutkan bencana dan nikmat, maka itu juga tidak salah. Akan tetapi sekiranya mereka menyebut berhala ini namanya Allah, maka itu kesalahan besar.

    Sebagai yang melihat dari jauh, saya juga berpandangan isu ini sebolehnya perlu dielakkan untuk diheret di dalam kuasa eksekutif dan kamar mahkamah. Tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenakan larangan kepada akhbar The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dikhuatiri adalah manifestasi daripada polarisasi agama bahkan bangsa di tanah air. Sudah tentu larangan itu disusuli dengan tindakan mahkamah oleh The Herald yang menatijahkan isu ini menjadi isu yang besar. Sebagai pemerhati dari kejauhan, alangkah indahnya kalau isu ini boleh diselesaikan dengan dialog terlebih dahulu.

    Bagi rakan-rakan penganut agama Kristian, percayalah yang asas agama kami adalah bertoleransi dengan semua agama. Agak malang sebahagian daripada Muslim melakukan beberapa tindakan yang bercanggah dengan agama mereka sendiri. Saya tidak merujuk kepada kejadian membakar 3 gereja kerana ianya masih di dalam siasatan, akan tetapi sekiranya benar ianya dilakukan oleh Muslim, itu adalah tindakan keji dan tiada kaitan langsung dengan agama Islam.

    Di saat yang agak tegang ini, mungkin sebahagian kecil rakan-rakan penganut agama Kristian akan nakal berfikir untuk bersetuju dengan label barat terhadap Islam sebagai agama pengganas. Maka akan dicarilah di dalam 6,236 ayat di dalam al-Quran, firman suci yang mengharuskan memerangi non-Muslim secara keseluruhannya. Saya cadangkan, jangan terpengaruh dengan agenda barat. Kita bangsa timur yang hidup dalam harmoni. Sekiranya terjumpa ayat mengenai perang dengan non-Muslim, maka kajilah konteksnya. Saya boleh nyatakan ayat-ayat perang itu, majoriti Muslim tidak menghafalnya langsung, bahkan kalau disuruh untuk mencari surah dan ayat berapa, tidak akan dijumpai mereka. Akan tetapi di sana terdapat satu surah yang hampir semua Muslim menghafalnya, iaitulah surah al-Kafirun, surah yang ke 109 di dalam al-Quran. Di dalam surah ini, Allah memberikan penegasan terhadap kebebasan beragama kepada semua. Kalau terjumpa ayat perang, kaji konteksnya dan jangan abaikan surah al-Kafirun. Islam itu datang dalam satu pakej lengkap, bukannya berdasarkan pilihan ayat tertentu sahaja.

    Anda juga perlu berhati-hati sekiranya ingin meneruskan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan anda terutamanya di Semenanjung Malaysia. Di Borneo, realitinya ialah tiada masalah kalimah Allah digunakan. Akan tetapi di Semenanjung, sekiranya ia didapati bercanggah dengan perlembagaan negara, yang melarang penyebaran agama lain di kalangan Muslim, maka ia adalah tindakan yang salah. Berhati-hati juga, kerana ada gereja Kristian seperti The Southern Baptist Theological Seminary yang melarang menggunakan kalimah Allah untuk merujuk Tuhan anda kerana bercanggah dengan konsep triniti, seperti yang boleh dibaca di sini.

    Bagi Muslim yang berdemonstrasi menyatakan bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah, saya tiada halangan kerana ini adalah amalan negara demokrasi. Akan tetapi jelas sekali isu ini seolah-oleh telah dipolitikkan. Kenapa ada sebahagian demonstrasi dibenarkan, dan ada pula demonstrasi yang diharamkan?

    Kepada mereka yang keluar berdemonstrasi, saya cadangkan minggu hadapan anda berdemonstrasi juga menyatakan bantahan dan kemarahan terhadap beberapa isu yang mengguris umat Islam yang lain. Contohnya, isu lama seperti mufti yang dipecat kerana menangkap perempuan Muslim yang mempamerkan aurat memberahikan di dalam pertandingan ratu cantik, larangan kepada sebahagian jabatan agama untuk melakukan kerja nahi munkar. Selain itu, ada juga parti majoriti non-Muslim yang mengeluarkan poster dan propaganda mengina hukum jenayah Islam seperti sup tangan di negeri yang ingin melaksanakan hukum syariat. Ini adalah jelas menghina Islam. Yang lebih hina lagi, terdapat banyak kenyataan sinikal dan berdosa pemimpin beragama Islam sendiri yang menghina hukum-hakam Islam. Ini adalah lebih utama ditentang.

    KESIMPULAN

    Justeru, saya berpandangan sekali lagi bahawa isu ini boleh dihamornikan penyelesaiannya dengan dialog antara pihak terbabit. Seboleh-bolehnya elakkanlah tindakan melanjutkan isu ini di mahkamah, walaupun agak sukar kerana ianya telah mula diheret terlebih dahulu ke kamar tersebut. Dalam masa yang sama, saya mencadangkan agar kalimah Allah itu digunapakai dalam konteks realiti di Semenanjung, dalam keadaan ’status-quo’nya. Saya juga menyokong mereka yang tiba-tiba muncul menjadi hero Islam, akan tetapi ingatlah menyokong Islam bukannya dengan sokongan nama Allah sahaja. Ianya lebih daripada itu, meliputi apa yang Allah itu suruh dan perintah. Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan baik, saya bimbang kekhuatiran saidina Umar di dalam kisah keengganan beliau solat di Holy Sepluchre, dan perangai al-Hakim bi Amrillah, akan berlaku di tanah air yang tercinta.



    *abidfana merupakan 'nickname' bagi Ustaz Irfan yang merupakan mentor iLuvislam.com di United Kingdom dan bekas moderator agama iLuvislam.com. Beliau merupakan pakar dalam kajian Palestin dan kini menetap di Abeerdeen, United Kingdom. Ustaz Irfan aktif menulis di www.abidfana.com. Artikel asal boleh didapati di sini.

    Qada' dan Qadar

    Rukun Iman Ke Enam
    www.iluvislam.com
    Lailatulema
    Editor:lailatulema

    Pastinya sahabat semua maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh Mahfuzh sepertimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi:

    ‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.’

    Tidak saya berniat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai qada’ dan qadar, tetapi sahabat boleh klik di sini untuk penjelasan lanjut mengenai rukun iman ke enam ini. Perkara yang ingin saya bincangkan di sini adalah bagaimana kita beramal dengan rukun iman ini.

    Iman dan Amal

    Acapkali apabila kita di uji kita disuruh untuk bersabar, selain bersabar Allah swt juga menganjurkan untuk kita bersolat (Al-Baqarah:45). Apabila kita bersabar, ia dikatakan sebagai sebahagian daripada iman,pernahkah sahabat persoalkan apakah kaitannya dengan iman?

    Sabar dan Iman

    Melalui jalan sabar ia membuka pintu untuk kita menerima dan redha pada ketentuan Allah swt yakni rukun iman yang ke enam.Tanpa sabar pastinya setiap diri yang di uji akan melatah dan tunduk pada pujukan dan hasutan syaitan yang durjana. Ketika diri di ujilah,segala bisikan syaitan akan cuba meracuni minda, pelbagai andaian yang timbul, kalaulah begini, kalaulah bagitu sedangkan Rasulullah saw telah bersabda:

    Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

    Hati juga mula merasa gelisah, solat tidak dirasakan khusyuk lagi dan kehidupan seluruhnya menjadi tidak menentu hanya kerana ujian yang menimpa. Maka Allah swt tekankan bahawa ‘sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;’ (Al-Baqarah:45) di dalam ayat yang sama.

    Ini kerana apabila merasa beban ujian dari Allah swt semakin sukar dirasakan untuk menghadirkan hati dan memperoleh khusyuk ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang semakin rakus cuba untuk melemahkan lagi iman di hati.

    Oleh itu, seharusnya kita sentiasa perlu menyedari keperluan untuk beramal dengan rukun iman ke enam ini dan bukan sekadar cukup untuk menghafalnya sahaja dari kecil sehingga dewasa tanpa ada sebarang tambahan nilai kepadanya. Moga dengan itu, apabila kita diduga oleh Allah swt kita sedar dan tidak terjerumus ke lembah yang hina.

    Tiada siapa yang dapat lari dari ujian,bezanya adalah bagaimana seseorang hamba itu berdepan dan menghadapi ujian tersebut sepertimana Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

    ‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)




    Berpegang teguh kepada tali Allah swt

    Hanya Allah swt yang mampu memberikan kekuatan kepada hati yang sememangnya dimilikiNya. Maka,apabila kita diuji oleh Allah swt seharusnya kita kembali merintih kepada Maha Pengasih dan bermuhasabah keadaan diri. Jangan pernah berputus asa kerana qada’ dan qadar yang ditetapkan pasti ada hikmahnya kerana Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sepertimana janjiNya dalam al-quran(Al-Imran:108).

    Walaupun hakikat cubaan amat pahit untuk ditelan namun demi kebahagiaan yang lebih hakiki kita perlu untuk terus berpegang teguh kepada tali Allah swt, telusurilah perjalanan Rasulullah saw dan para sahabat yang hanya bertemankan jalan berduri dan bandingkanlah keadaan diri sendiri. Jangan pernah menipu dan mengaku bahawa ‘akulah orang yang paling malang di dunia’ kerana tiada yang lebih malang dari mereka yang jauh dari rahmat Allah swt yang dijanjikan azab yang kekal dan tidak terperi hebatnya.(Al-Imran:177)

    Yakinlah ada pelangi di hujung jalan itu

    Oleh itu marilah wahai sahabat semua, kita sematkan dan tambahkan keyakinan kita kepada rukun iman ke enam ini. Ketahuilah bahawa syurga yang penuh nikmat kebahagiaan dan kekal selama-lamanya itu hanya dijanjikan kepada meraka yang benar-benar layak sahaja.Dan jalan untuk melayakkan diri ke sana adalah melalui dugaan-dugaan yang diberikan di sepanjang kehidupan ini.

    Walau apa jua dugaan yang kalian hadapi, ketahuilah Allah kan pasti sentiasa di sisimu, tersenyum melihat hambaNya yang sering bersyukur dan redha pada qada dan qadar Nya. Maka, tenanglah wahai jiwa-jiwa yang diuji.

    Kekuatan

    Aku Perlukan Kekuatan
    www.iluvislam.com
    Syed Al-Yahya
    Editor : arisHa27

    Ya Allahu Ya Aziz,

    Aku hambamu yang lemah,
    Hati ini memerlukan kekuatan,
    Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
    Yang sukar dibatasi,
    Kerna kemodenan arus duniawi,
    Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

    Ya Allahu Ya Malik,
    Pohon ku di dunia ini,
    Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
    Dalam mengatur langkah di dunia ini,
    Agar mereka menjadi contoh,
    Teladan kepada setiap insan,
    Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

    Ya Allahu Ya Qahhar,
    Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
    Teguhkanlah iman mereka,
    Agar mereka terus menerus memujiMu,
    Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
    Sebenar-benar hidayah.
    Penuhilah hati para muslim,
    Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
    Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

    Ya Allahu Ya Hafiz,
    Peliharalah hati kami ini,
    Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
    Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
    Limpahilah hati kami dengan iman,
    Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
    Yang dipenuhi segala mara bahaya.

    Ya Allahu Ya Mujib,
    Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
    Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
    Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

    Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
    Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
    Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
    Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
    Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
    Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
    Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
    Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

    Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,

    Untuk meneruskan perjuangan ini,
    Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.




    Nota:

    Makna Nama Allah SWT:


    1. Ya Aziz : Maha mulia/perkasa
    2. Ya Malik : Maha merajai/pemerintah
    3. Ya Qahhar : Maha menundukkan
    4. Ya Hafiz : Maha pelindung
    5. Ya Mujib : Maha mengabulkan

    Sumber:
    http://teratakalyahya.blogspot.com/

    Aurat kita

    Pakaian
    www.weluvislam.com
    post by : cahaya_wanita
    edit by : nurkasihislam




    Didalam Al-Quran ada pelbagai firman Allahswt yang mengarahkan kita sebagai muslimin dan muslimat menutup aurat dalam artikel ini saya ada melampirkan 2 firman Allahswt sebagai panduan kita ia dipetik dalam Surah An-Nur yang bermaksud :

    Firman Allah SWT :
    "Katakanlah bagi orang Mukmin agar menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka."
    (Surah an-Nur:30)

    dan juga

    " Katakanlah bagi wanita Mukminah agar menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. "
    ( Surah an-Nur:31 )


    Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa kedua-dua sama ada lelaki mahupun perempuan mempunyai hijab masing-masing sebagai penghalang ke arah kebaikan. Hijab bagi kaum Adam ialah menjaga penglihatan, begitu juga dengan kaum Hawa.

    Namun,hijab yang paling penting bagi kaum Hawa ialah pakaian mereka yang berfungsi untuk mengelakkan diri daripada maksiat dan gangguan. Pakaian mestilah menutup aurat.


    SYARAT- SYARAT UTAMA MENUTUP AURAT:

    1) Ia mestilah tidak nipis sehingga boleh nampak melalui kain tersebut

    2) Pakaian juga tidak boleh terlalu ketat

    3) Tidak boleh mamakai pakaian khas orang bukan Islam

    4) Bukan pakaian yang berbeza jantina.

    Apabila syarat pakaian Islam dipatuhi, maka wanita Islam bebas memakai apa-apa pakaian.

    Oleh kerana kepentingan hijab sebagai pelindung, maka wanita yang agak berusia lanjut diringankan sedikit proses hijab ini , ia dapat di rujuk melalui Firman Allahswt didalam surah an-Nur

    Maksudnya: Dan wanita-wanita yang berusia lanjut yang telah berhenti haidnya (menopause) yang tidak ada keinginan untuk berkahwin (lagi), maka tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak ( bermaksud) menampakkan perhiasan.
    (Surah al-Nur:60 )

    Dalam soal pakaian, Quran menyebut lagi:

    Maksudnya: "Wahai Nabi!Katakanlah bagi isteri-isteri kamu, bagi anak-anak perempuan kamu dan bagi seluruh wanita Islam agar mereka melabuhkan jilbab mereka ke atas diri mereka. Itu agar mereka mudah dikenali maka mereka tidak diganggu."
    (Surah al-Ahzab:59)

    Bagaimana tarikan wanita terhadap lelaki?

    Kalau wanita memakai pakaian terdedah, lelaki kurang iman akan terancam. Dia akan gelisah dan cuba untuk memenuhi keinginannya walaupun secara kekerasan.

    Ini membawa kepada kea rogol dan sebagainya. Pakaian berfungsi untuk menjaga diri.

    Bukan tidak ada wanita yang berpakaian menutup aurat diganggu dan dirogol, tetapi mungkin jauh berbeza dengan orang lain.

    sumber: nurannisa210.blogspot.com

    Hijab

    Hijab
    www.iluvislam.com
    dihantar oleh : mfaizal fuad
    editor : IskethaykaL

    @}---~---{@



    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


    Anas bin Malik ra. berkata...

    Pertama kali ayat tentang hijab diturunkan adalah ketika Rasulullah SAW menikahi Zainab binti Jahsy. Pada pagi hari Rasulullah SAW menikahi Zainab, Baginda mengundang orang-orang lalu mereka makan dan kemudian pergi. Sekelompok orang masih tinggal bersama Nabi. Mereka tetap di sana untuk waktu yang lama. Rasulullah SAW bangkit dan aku pergi bersamanya hingga kami sampai di pintu ruangan 'Aisyah. Ketika Baginda menyangka mereka telah pergi, Baginda kembali dan aku kembali bersamanya dan mereka ternyata sudah pergi. Maka Baginda memasang tabir antara aku dan Baginda lalu turunlah ayat tentang hijab.





    "Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah Nabi kecuali kamu diizinkan makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang, maka masuklah dan jika kamu selesai makan keluarlah kamu tanpa asyik memanjangkan percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi, lalu Nabi malu kepadamu (untuk menyuruhmu keluar) ..." (Surah al-Ahzab : 53)

    Dan aku berumur 15 tahun pada waktu itu.

    Menurut Ibnu Abbas, ayat tentang hijab isteri-isteri Rasulullah SAW diturunkan ketika Umar ra. sedang makan bersama Nabi SAW. lalu tangannya menyentuh tangan salah seorang isteri Nabi SAW, maka ayat tentang hijab diturunkan. Orang-orang bertanya kepada Zuhri,




    "Siapakah yang biasa mengunjungi para isteri Nabi?"

    Dia menjawab,

    "Setiap orang yang mempunyai hubungan keturunan atau sesusuan yang menghalangi pernikahan."

    Ditanyakan lagi,

    "Bagaimana dengan orang-orang lain?"

    Dia menjawab,

    "Mereka harus menyelubungi diri dari mereka. Mereka harus berbicara dari balik tabir. Dan tabirnya hanya selapis."

    Pernah juga Ummu Salamah dan Maimunah sedang bersama Nabi SAW, tiba-tiba lbnu Ummi Maktum masuk. Peristiwa itu terjadi setelah hijab diturunkan. Nabi SAW berkata kepada isteri-isterinya,

    "Selubungilah diri kalian darinya."

    lsteri Baginda SAW bertanya,

    "Ya Rasulullah SAW, bukankah dia buta?"

    Beliau SAW menjawab,

    "Apakah kalian juga buta? Tidakkah kalian melihatnya?"

    Friday, January 22, 2010

    Doa Kita

    MENANTI DOA BERSAMBUT

    edited by: Itminaan

    www.weluvislam.com


    Sekarang, sudah banyak majalah-majalah yang berkonsepkan Islam di pasaran.. ada majalah Nur, Aniqah, Anis, Al-Islam, i-Islam, Solusi..tapi tak kurang juga hebatnya dengan lambakan majalah hiburan di pasaran yang mengagung-agungkan artis, dan tak lekang dengan gosip-gosip panas. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk memilih yang mana terbaik untuk diri masing-masing. Jika lapar, perut akan berbunyi...tapi jika yang laparnya adalah hati? Bagaimana ya? Jika hati ada suara, pasti ia akan menjerit minta dikenyangkan..renung-renungkan & sama-sama kita tarbiah our rohani. Ada monolog yang ingin saya kongsikan bersama kalian...mungkin ia nukilan penulis dalam ruangan majalah ini, Nurul Iman.

    Jom kita bangunkan hati yang tidur dan aktifkan iman yang lesu.


    Menanti Doa Bersambut

    Mengapa permintaanku masih belum diperkenankanNya? Doa bagaikan tidak bersambut…rintihan dan munajat bagai tidak kesampaian.

    Kerana Dia masih mahu terus mendengar rayuan dan rintihanmu.


    Tapi sampai bila?

    Sampai engkau terima, bahawa apa yang diinginkan oleh Tuhan itulah yang terbaik untukmu.


    Tapi bukankah aku layak untuk berdoa, dan bukankah Tuhan suka hamba-hambaNya berdoa?

    Ya, tapi berdoa dengan hati yang merendah, yang tahu diri maha hina dan lemah. Kerana yang kuat, yang mampu hanya Dia. Maka padanya kita meminta…bukan doa seorang tuan. Ibarat seorang pesuruh istana, tanpa adab sopan, menerjah ke ruang istana, meminta-minta pada Sultan, mungkinkah akan diperkenan?


    Tapi aku amat memerlukan, kerana itu aku meminta-minta, merayu-rayu...

    Berdoalah, merayu-rayulah terus, merintih dan adukanlah segalanya yang menjadi kesulitan hidupmu pada Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Tahu. Jadilah seperti pesakit yang mendedahkan segala derita dan penyakitnya kepada doktor. Urusan ubat, bukan pesakit yang menentukan, tetapi doktor.


    Jadi?

    Yang kita rasa perlu untuk kita, belum tentu itu yang Tuhan mahu untuk kita. Boleh jadi, apa yang kita tidak sukai itulah yang terbaik buat kita. Dan boleh jadi pula apa yang kita sukai itulah yang tidak baik bagi kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih, sedangkan kita maha lemah lagi jahil. Terimalah ketentuan Tuhan itu sebagai sahutan dari munajat dan doamu..


    Mana Solat Kita ????????????????

    Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan
    www.iluvislam.com
    Dihantar Oleh : akrimimathwa*
    Editor : naadherah


    Tiada agenda yang lebih besar daripada agenda mengingati Allah

    Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

    Golongan 1.
    Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

    Golongan 2.
    Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

    Golongan 3.

    Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

    Golongan 4.
    Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

    Golongan 5.

    Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.



    Golongan 6
    Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

    Golongan 7.
    Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

    Golongan 8.
    Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

    Golongan 9.
    Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

    Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

    Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...

    Marilah kita berMUHASABAH

    Dimanakah solat kita?

    Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?

    Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
    Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
    Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...

    Teka Teki

    Teka-Teki Imam Ghazali
    www.weluvislam.com
    edited by: weluvislam


    Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

    Soalan pertama
    Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
    Murid 1 : Orang tua
    Murid 2 : Guru
    Murid 3 : Teman
    Murid 4 : Kaum kerabat

    Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

    Soalan kedua
    Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
    Murid 1 : Negeri Cina
    Murid 2 : Bulan
    Murid 3 : Matahari
    Murid 4 : Bintang-bintang

    Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

    Soalan ketiga
    Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

    Murid 1 : Gunung
    Murid 2 : Matahari
    Murid 3 : Bumi

    Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

    “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

    Soalan keempat
    Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

    Murid 1 : Baja
    Murid 2 : Besi
    Murid 3 : Gajah

    Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
    masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

    Soalan kelima
    Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

    Murid 1 : Kapas
    Murid 2 : Angin
    Murid 3 : Debu
    Murid 4 : Daun-daun

    Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

    Soalan keenam
    Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

    Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

    Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

    Kurma..Dates..التواريخ...日期...Дата...kuupäevad

    Khasiat Buah Kurma
    www.iluvislam.com
    Dihantar oleh : are-cik_nmr
    Editor : almusafirq8



    Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluargaphoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit, sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.

    Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain, maksudnya:"Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.


    Maksud hadith: Daripada Anas bin Malik R.A telah berkata: " Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji rutob(kurma basah) sebelum baginda menunaikan solat. Jika tiada rutob, maka baginda berbuka dengan beberapa biji tamar (kurma kering), jika tiada juga, maka baginda meneguk beberapa tegukan air "
    Al-albaani mengatakan hadith ini hasan.-editor.

    Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 perat
    us, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

    Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga
    serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

    Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant sourceatau sumber mujarab.

    Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

    Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminuun ayat 19,


    Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. kamu beroleh Dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.


    Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah,ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

    Kurma bersama biji badam

    Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit. Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.

    Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim. Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit. WALLAHUA'LAM.

    Wednesday, January 6, 2010

    Adat vs Ibadat

    Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat
    www.iluvislam.com
    oleh: tuan mohd rezza
    editor: deynarashid

    “Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

    “Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.

    Tergaman dibuatnya.

    Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

    Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

    Hikmahnya ditinggalkan.

    Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

    Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

    Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

    JANGAN ADATKAN IBADAT

    Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)

    Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

    Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

    Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.



    Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

    Mahar bukan harga jualan.

    Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

    TERBITNYA MASALAH LAIN

    Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain.

    Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.

    Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple.

    Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

    Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

    Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini. Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

    Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah.

    Iklan

    Renungan

    Tanpa Kepedihan dan Kesengsaraan Kita Akan Membuang Perkara Yang Indah Dengan Sia-Sia Sahaja Tanpa Memberi Kesan Kepada Iman Kita Renungkanlah ... Ingatilah Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Muhammad s.a.w Berjaya Atas Kepedihan dan Kesengsaraan Yang Lebih Hebat Dari Kita ... Maka Itu Kesabaran Sahaja Yang Membentengkan Kita Untuk Kita Tidak Terkeluar Dari Landasan...

    I Hate Israel

    Zionists in Israel Doing With Severe and extreme violence
    Why do we Muslims and Muslimat just let them continue to suffer
    Which we love them though God has given this love as our weapon to subvert the Zionist Israel
    Not enough just to pray, shout anti Israel boycott their goods and making protest signs protest their atrocities.
    We need to unite regardless of status, race, mentality, national and political as well as Muslim and Muslimat Let us together to destroy and overthrow the Jews of Israel continued the beatings our brothers in Palestine
    Let not our guard again, it emerged as the Sultan Salahuddin Ayub in Jerusalem.
    Remember we have the golden age of Islam were we take the history of the Prophet in all previous wars are the strategy for eliminating the al-Kafirun the plight of Muslims before
    Do not just let it alone and wait for God to help us we need to pray, work, effort and puteri. Then we wait for God's blessings on our efforts.

    Ingatan Kalian dan JiwaIslam

    Nature Future

    Nature Future
    Menjana Pendapatan

    Job At Home

     

    Elken

    Elken
    Jana Pendapatan

    Bicara Secara Maya

    Halwa Jiwa Islam 1

    لامن جيوا دان نوراني إسلام Copyright © 2009 Community is Designed by Bie