Salam

Video Pilihan Jiwa islam

Anti Zionist

Gambar-Gambar

al-Quran

Listen to Quran

    Wednesday, September 23, 2009

    Rokok dan Coklat

    Rokok dan Coklat



    Pada suatu hari, seorang bapa, ibu dan anak kembar mereka(lelaki dan perempuan) membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal. Pasangan kembar itu merupakan anak yang petah bercakap. Masing-masing berumur 7 tahun. Sewaktu melintasi bahagian 'Manisan', si anak perempuan yang sememangnya menggemari coklat terus berlari-lari anak dan memilih coklat koko yang digemarinya...

    "Abah, adik nak coklat ni boleh tak?? Dah lama adik minta kat abah, tapi abah tak belikan pun...boleh yea abah??", pinta si anak perempuan itu bersungguh-sungguh.

    Si bapa hanya menggeleng-gelengkan kepala menandakan tidak mahu membelikan coklat itu buat anak perempuannya.

    "Tapi...dah lama adik nak coklat ni.." rayu si anak perempuan.


    "Kalau abah kata tak boleh tu, tak bolehlah. Adik suka sangat makan coklat, tak berhenti-henti! Membazir! Gigi boleh rosak tau! Nanti kalau gigi adik rosak, tak ada sesiapa pun yang nak berkawan dengan adik. Adik nak macam tu?" Ujar si bapa.

    Si anak perempuan tidak mahu mengalah. "Bolehlah abah. Adik janji, ni last time adik makan coklat! Abah belikan ya??"

    Si anak lelaki juga turut menyokong kata-kata adik perempuannya itu. Maklumlah, walaupun mereka berlainan jantina, tetapi sebagai pasangan kembar, mereka kadang-kala mempunyai keinginan yang sama.

    Si bapa tetap menyatakan tidak setuju. Si anak perempuan itu merayu pula kepada ibunya. Si ibu mengusap-usap kepala si anak perempuan sambil tersenyum, kemudian berkata, "Tak boleh, anakku."

    Si anak perempuan akhirnya berputus asa. Walau bagaimanapun, si anak perempuan tetap merasa kecewa kerana keinginannya tidak ditunaikan.

    Mereka sekeluarga telah membeli-belah selama beberapa jam lagi. Si kembar mula merasa bosan. "Jom balik abah, mama..", kata pasangan kembar tersebut serentak.

    Setibanya mereka ke rumah, si bapa terus baring di atas kusyen sambil menyalakan sepuntung rokok. Belum sempat si bapa menyalakan puntung rokok itu, si anak perempuan merabut rokok itu dari bapanya, lantas di buangnya rokok itu ke luar jendela. Si bapa sangat terkejut akan perangai anak perempuannya itu. Si bapa terus memarahi si anak perempuan.

    "Mengapa adik buang rokok abah?! Adik tahu tak ia mahal?! Mana adik belajar buat perangai macam nih?? Sejak dari kita pergi shopping tadi adik dah buat perangai! Nak coklat, nak itu, nak ini! Sekarang adik buang rokok abah pula!" Tengking si bapa tanpa usul periksa.

    "A..adik cu..cu..ma nak ta..nya pa...pada a..bah, kena...pa abah tak nak be..beli....kan adik cok..lat..?" Tanya si anak perempuan menggigil-gigil ketakutan.

    "Yaa Tuhan! Bukankah abah dah cakap, makan coklat banyak-banyak tu nanti sakit gigi! Jadi, apa kena-mengenanya dengan rokok abah?! Cakap!"

    "Kalau adik makan coklat boleh dapat sakit gigi, abah hisap rokok boleh dapat kanser paru-paru... Lagi teruk kesannya kan? Abah tak bagi adik beli coklat sebab abah kata membazir, tapi abah beli rokok mahal-mahal..." Kata si anak perempuan tanpa berselindung. Si bapa dan si ibu terkejut mendengar kata-kata si anak.

    "Tapi anakku sayang, sayang tak patut buang rokok abah macam tu. Kalau sayang nak cakap dengan abah, sayang perlu cakap baik-baik. Lepas tu..." Belum sempat si ibu menoktahkan kata-katanya...

    "Sekarang adik dah membazir pun! Adik dah buang rokok mahal abah tuu!" Jerkah si bapa yang tidak berpuas hati.



    Si anak perempuan tertunduk. Jelas kelihatan manik-manik jernih tumpah dari matanya. "Biarlah abah kata adik membazir kerana rokok tuu. Rokok membahayakan kesihatan bukan? Itu bermakna ALLAH tak suka orang yang merokok. Merokok ibarat meracuni diri sendiri. Abah nak ke dapat kanser paru-paru?" tutur kata si anak perempuan itu ibarat seorang dewasa, padahal dia baru berusia 7 tahun. "Abah tak suka adik makan coklat, adik lagi tak suka abah hisap rokok. Makan coklat saja 2 kali seminggu tak mati, tapi abah hisap rokok 2 kotak sehari..." Sambung si anak.


    Si bapa terpana mendengar hujah anak sendiri. Si bapa mendakap satu-satunya anak perempuannya itu. Si anak lelaki yang sejak tadi mengintai di balik pintu terus mendakap bapa dan adik perempuannya, diikuti si ibu.

    "Abah janji pada adik, abah tak nak hisap rokok lagi..."

    Saturday, September 19, 2009

    Luahan Hati Ramadhan

    Ramadhan Berlalu Hadirnya Syawal ....




    Tahun 1430h Ramadhan ini mengajar aku erti tentang kehidupan yang dimana aku tidak boleh bersahur dengan memakan nasi dan berlauk pada jam anggaran 4.30pagi hingga 5.30pagi . Setelah menjelang jam 8.00pagi perut aku merasa perit serta pening kepala rasa mual dan pelbagai lagi yang aku rasa tidak selesa. Hairan aku tetapi jika aku sekadar mengambil susu , kurma , air suam sahaja aku tidak merasakan apa yang aku rasa selama ini setelah hujung Ramadhan aku dapat formula untuk selesakan diri aku. Ketika berbuka puasa aku makan seperti biasa nasi dan lauk dan jam 10.30malam pula aku mesti ulang makan . Dan jam 12.00tengahmalam aku tidur dan jam 4.30pagi hingga 5.30pagi aku sekadar makan kurma dan juga minum susu serta air suam sahaja .

    Mak aku suruh aku ketika berbuka mestilah minum susu dan air suam dahulu sebelum aku makan benda lain . Apa hikmah disebalik kejadian itu aku tidak pasti setelah aku telitikan bahawa ada hikmahnya Allahswt meminta aku merasa keperitan orang yang kehidupannya amat susah dan rumit untuk menikmati rezeki Allahswt. Pada Ramadhan ini pula aku kena demam dalam ketika uzur nasiblah ketika itu musim cuti sekolah . Pelik pada Ramadghan ini pelbagai ujian yang Allah berikan pada aku .

    Entahlah aku merasakan amat takut sekali akan kebesaran Allahswt yang menciptakan aku. Ini baru sahaja ujian ketika Ramadhan aku tidak mampu hadapi tetapi ada kemanisan disebalik ujian itu yang aku tidak dapatkan di bulan-bulan lain termasuk Syawal . Nikmat Iman ini dapat dirasaikan ketika Ramadhan ini yang penuh Mubarak dan Karim.

    Syawal hadir sebagai hadiah Allah kepada Hambanya kerana dapat melaksanakan apa sahaja tuntutannya di dalam Ramadhan ini. Ini baru sahaja ganjaran yang sedikit Allahswt berikan didunia iaitu Syawal belum lagi ganjaran yang besar di Akhirat kelak betapa besar dan nikmatnya yang tidak terhingga . Jika kita mendapat buku amalan kita disebelah kanan jika sebaliknya kita dapat buku amalan disebelah kiri azabnya amatlah seksa dan perit yang tidak terhingga.

    Disini aku dapat pelajari 2perkara iaitu :

    1) azab ketika perut aku pedih dan badan aku tidak selesa ketika disiang hari , pada aqalku terfikir agaknya beginilah ketika aku berada dineraka ini baru sikit sahaja.
    2) Nikmat ketika berbuka puasa aku dapat juga selesakan diri aku dengan pelbagai juadah agak jika disyurga agaknya aku dapat lagi selesa sangat.

    Alhamdulillah Ramadhan 1430H ini kita dirahmatkan oleh Allahswt dengan hujan yang berselang seli panas . Ketika malam Allah turunkan hujan untuk menyejukkan bumi dan ketika siang diberikan panas untuk memananaskan bumi , disini kita boleh namapa betapa Penyayang dan Pengasih Allah kepada kita hambanya. Suhu bumi menjadi stabil ketika itu membolehkan badan kita dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kita berpuasa.

    Ingatlah kalian bahawa Allah itu amat sayangkan kita.Kita sahaja hambanya bongkak , takbur dan kufur lupa akan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita . Ingat jika Allahswt ingin menarik balik apa yang diberikannya selama sekejap sahaja ia akan lesap walhal kita ingin menerima nikmatnya amatlah senang tetapi .... renungkanlah....



    Friday, September 18, 2009

    Madah Hati Di Aidilfitri

    Madah Hati Di Aidilfitri



    Bukan sahaja amalan sunat kita pertingkat, tetapi maksiat mata, telinga dan rasa hati juga wajib diperangi. Malah, meninggalkan mengumpat di siang hari itu hakikatnya lebih utama daripada solat malam. Didik, tekan dan sesahlah jiwa agar mampu MEMAAFKAN dan MELUPAKAN.
    Entri dalam blog ini yang paling mendapat komen, ulasan dan perhatian ialah BERILAH KEMAAFAN itu. Begitu sukar, tetapi itulah yang menjadi penghalang kita menuju Allah. Sesuatu yang paling sukar itu sebenarnya "marhalah" yang paling sukar dalam jalan mujahadah kita. Ingat saudara/i ku, teliti dengan sedalamnya apa yang paling sukar dan menusuk hatimu saat ini dan kebanyakkan saat-saat mu dalam kehidupan ini. Hingga terasa dalam hatimu, "kalaulah masalah@orang@perkara ini selesai... maka tenanglah hidup ku. Kenapa yang satu ini cukup mengganggu aku?"

    Sebenarnya, itulah, dialah, perkara itulah... jika dapat diatasi berpandukan akidah, syariat dan akhlak yang baik, akan membawa kita jauh ke hadapan dalam perjalanan menuju Allah. Yang paling sukar itulah MAHAR cinta Allah. Allah letakkan mahar itu mungkin pada... manusia yang paling kau "benci", mungkin pada perkara yang paling ingin kau lari daripadanya, mungkin kepada "penyakit" yang paling kau sedang hadapi kini atau apa-apa sahaja yang paling menekan, menyusahkan dan membimbangkanmu!

    Sahabatku, jangan lari. Tetapi hadapi. Jangan mengelak , tetapi berdepanlah. Terimalah realiti walaupun pahit atau pedih amat. Itulah anak tangga yang kau mesti pijak untuk melonjak ke daerah tinggi. Jika kita lari, pasti anak tangga yang sama akan memburu dan menghantui kita dalam rupa yang berbeza tetapi mesejnya tetap sama. Kita tidak akan naik ke kelas atas, kita selamanya akan berada di kelas itu juga. Begitulah kata mereka yang arif, cara Allah mendidik kita dalam universiti kehidupan ini.

    Temanku, dunia ini adalah sebuah sekolah. Kita di sini bukan untuk didera, tetapi untuk ditempa... dididik oleh MURABBI paling agung dengan mehnah (ujian), qada' serta qadar-Nya. Pelajaran itu kekadang diletakkan Allah pada manusia lain, pada peristiwa, pada kejadian, pada penyakit, pada kegagalan, pada kejayaan... ya selamanya kita akan dididik. Berterus-terusan. Hingga layak kita menerima sekalung ijazah bernama Qalbun Salim (hati yang sejahtera).

    Di mana kita dalam "Universiti Kehidupan" ini? Masih bertatih dalam "sekolah rendah" yang tidak pernah meningkat kelas? (masih mengeluh dan berontak bila diuji?) Atau masih di "sekolah menengah" yang masih terkial-kial menduduki peperiksaan yang sama tahun demi tahun? (kekadang tenang kekadang resah bila diuji) Atau paling malang masih diperingkat "tadika" yang masih tidak matang, alpa dan masih terus ingin bermain-main? Tidak teringinkah kita menjadi graduan-graduan yang lulus pangkat pertama lalu melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan MA dan Ph.d? (Di situlah "bersemanyam"nya para sahabat Rasulullah dan para waliullah yang tersenyum bila diuji)

    Aduh, madrasah Ramadhan ini semakin sampai ke hujung. Ketika para Salafussoleh membawa kurnia keampunan dan cinta yang begitu tinggi dan indah apa yang kita bawa untuk diri ini? Ya, Allah... pada kami hanya ada takut dan harap. Takut kemurkaan-Mu. Harap keampunan-Mu. Lalu, hatiku bermadah lagi... MADAH HATI DI AIDIL FITRI


    MAHAR CINTA SYAWAL

    Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
    Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
    kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
    Ukir semurni tadbir
    Tagih sesuci takdir

    Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
    lambang satu kemenangan
    mengatasi kejahatan diri dalaman
    menangani angkara musuh luaran
    kembali ke fitrah…
    kembali kepada Allah!

    Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
    Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
    Moga keberkatan Ramadhan…
    Agar Kemuliaan Syawal…
    Menjadi mahar seorang hamba…
    untuk melamar cinta Tuhannya!

    Tuesday, September 15, 2009

    Kejar Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat

    Kejar Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat




    MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi.

    Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat.

    Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadat tidak mampu ditanggung rasanya.

    Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka.

    Perhatian kita terhadap penyakit malas ibadat amat menurun dan corot terutama terhadap anak remaja kita.

    Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen, bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.

    Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat, puasa atau anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter.

    Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela.
    “Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,” bela emak pada anaknya yang balik bercuti.

    Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.

    Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari.

    Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.

    Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:


    “Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”


    Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.

    Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia, tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.

    Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar, tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat terutama solat sebagai tiang agama.

    Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat,


    “...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”


    Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,


    “...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kematianku...”

    Monday, September 14, 2009

    Tipuan Duniawi

    Tipuan Duniawi




    Demi umurku.
    Pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga.
    Bila dunia pergi dia merasa rugi.
    Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak.

    Demi Allah.
    Bila dunia datang padaku
    Dan melimpahkan rezekiNya
    Tentulah orang merdeka tetap menghinakannya
    Bagaimana tidak, ia batang yang bakal pula..

    Herdiklah dunia dan hari-harinya
    Ia hanyalah membawa duka
    Kehausannya tidak pernah terpenuhi
    Terus saja ingin memiliki
    Sungguh menghairankan
    Ia musuh tapi dirindukan.

    Ada orang berkata
    Kulihat hari memberi cela kepada manusia
    Menghalangi kemuliaan dan keutamaannya
    kukata kepadanya ambillah apa adanya

    Banyak aku berusaha yang haram
    Ia temukan kejahatan di atas kejahatan
    Tanyakan pada hari-hari
    Apa yang engkau perbuat dengan raja dan singgahsananya?

    Adakah engkau bahagiakan mereka?
    tidak pula yang pandai mahupun yang bodoh

    Wahai orang-orang tertipu oleh dunia!
    siang kau tidur dan malas malam pun kau tidur
    dan hina kau tertipu oleh sesuatu yang fana
    kau bahagia dalam khayalan persis orang tidur
    yang tertipu dengan kelazatan
    Akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan..





    Sesiapa menyintai dunia dan mengagungkannya,
    hilanglah ketakutan terhadap akhirat dari hatinya..

    Friday, September 11, 2009

    Sujud Cinta Seorang Hamba

    Sujud Cinta Seorang Hamba


    Di atas hamparan sejadah suci
    Hamba menadah kedua telapak tangan ini
    Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
    Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
    Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

    Hati hamba merasa hambar dan sunyi
    Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
    Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
    Melainkan dengan redha
    Yang Maha Mengetahui
    Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
    Yang Maha Mengasihani

    Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
    Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
    Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
    Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
    Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

    Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
    Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
    Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
    Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
    Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

    Ya Rabbul Izzati…
    Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
    Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
    Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
    Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

    Hamba amat mendambakan cinta dariMu
    Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
    Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
    Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
    Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu




    Wednesday, September 9, 2009

    Rentetan Kes Sebatan Kartika

    Rentetan Kes Sebatan Kartika





    PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

    PGSM kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.

    Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

    Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

    Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen.

    Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.

    Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

    Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan.

    Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

    Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya.

    Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

    Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain.

    Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah.

    Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

    Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa:

    Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat.

    Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

    Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?

    Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

    Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

    Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

    Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

    Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.


    Artikel ini diterbitkan daripada kenyataan media Musa Awang, timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

    Saturday, September 5, 2009

    Tidak Gentar

    Juru Dakwah Yang Tidak Gentar






    Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang Badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah s.a.w memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam.

    Disebabkan itu, mereka meminta para juru dakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu. Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail.

    Keenam-enam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahawa mereka tengah dijebak. Para pedagang yang licik tadi berteriak,


    "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian".


    Keenam-enam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana itu, mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas. Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlanya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam.

    Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi. Mereka lincah berlawan namun apakah daya dua ornag pejuang ini dalam menghadapi musuh yang begitu ramai.

    Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua-dua orang sahabat itu dapat dilumpuhkan dan dibelenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya.

    Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah terik matahari dengan badan ditindih batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin. Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu.

    Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam. Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. Di sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, atas sesuatu yang dia tidak pernah lakukannya, iaitu membunuh Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan.

    Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang,


    "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah?"


    "Janganlah begitu." bantah Zaid dengan keras.

    "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."

    Abu Sufyan menjadi marah.

    "Bereskan!" teriaknya kepada algojo.

    Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad.

    Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum,

    "Aku tidak pernah menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."

    Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan.

    Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata,

    "Demi Allah. Andai kata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan ku lakukan lebih panjang."

    Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran tidak akan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga semakin banyak jumlah pendakwah dengan kekuatan sendiri terus berjuang di jalan Allah.


    sumber:e-book 1001 kisah teladan

    Glosari:
    1. Beringas: ganas,garang,galak,liar
    2. Muazin: tukang azan
    3. Qisas: hukuman bunuh(sebagai balasan)
    4. Dijebak: diperangkap

    Iklan

    Renungan

    Tanpa Kepedihan dan Kesengsaraan Kita Akan Membuang Perkara Yang Indah Dengan Sia-Sia Sahaja Tanpa Memberi Kesan Kepada Iman Kita Renungkanlah ... Ingatilah Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Muhammad s.a.w Berjaya Atas Kepedihan dan Kesengsaraan Yang Lebih Hebat Dari Kita ... Maka Itu Kesabaran Sahaja Yang Membentengkan Kita Untuk Kita Tidak Terkeluar Dari Landasan...

    I Hate Israel

    Zionists in Israel Doing With Severe and extreme violence
    Why do we Muslims and Muslimat just let them continue to suffer
    Which we love them though God has given this love as our weapon to subvert the Zionist Israel
    Not enough just to pray, shout anti Israel boycott their goods and making protest signs protest their atrocities.
    We need to unite regardless of status, race, mentality, national and political as well as Muslim and Muslimat Let us together to destroy and overthrow the Jews of Israel continued the beatings our brothers in Palestine
    Let not our guard again, it emerged as the Sultan Salahuddin Ayub in Jerusalem.
    Remember we have the golden age of Islam were we take the history of the Prophet in all previous wars are the strategy for eliminating the al-Kafirun the plight of Muslims before
    Do not just let it alone and wait for God to help us we need to pray, work, effort and puteri. Then we wait for God's blessings on our efforts.

    Ingatan Kalian dan JiwaIslam

    Nature Future

    Nature Future
    Menjana Pendapatan

    Job At Home

     

    Elken

    Elken
    Jana Pendapatan

    Bicara Secara Maya

    Halwa Jiwa Islam 1

    لامن جيوا دان نوراني إسلام Copyright © 2009 Community is Designed by Bie