Salam

Video Pilihan Jiwa islam

Anti Zionist

Gambar-Gambar

al-Quran

Listen to Quran

    Saturday, August 22, 2009

    Keberkatan Bersahur

    Keberkatan Bersahur


    Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923).

    Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.

    Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120).

    Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

    Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643).

    Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.

    Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664).

    Sesuatu yang amat merugikan bagi sesiapa yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampun dosa-dosanya.

    Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

    Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919).

    Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.

    Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187).

    Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920).

    Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114).

    Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.

    Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921).

    Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.

    Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.

    Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:

    1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

    2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

    Thursday, August 20, 2009

    Bagaimana Yahudi Mempunyai Ekonomi Yang Kuat?

    Bagaimana Yahudi Mempunyai Ekonomi Yang Kuat?



    A : Akak nak beli ubat gigi lah. Ni ada Colgate. berapa ntah harganya.

    B : RM 5.20. Akak nak beli tu ke? Tak yah la. Cuba beli yang lain. ‘Mouthfresh' ada. ‘MaClean' ada.

    A : Tapi akak dah selalu pakai Colgate.

    B : Tak boleh! Akak kena boikot jugak.

    A : Ye lah, akak ambik yang lain. Kalau tak best, siap awak. Hehe.

    B : Baik, kak deney! (dalam hati.. InsyaAllah, best!)


    Bagaimana dengan usaha kita? Sehingga saat ini, berapa banyak duit yang telah kita layangkan untuk meningkatkan ekonomi Amerika dan sekutunya? Pilihan di tangan kita; sama ada kita memilih untuk terus menerus menumbuhkan ekonomi mereka yang telah mengancam saudara-saudara seIslam kita, atau pun tidak. Fatwa yang menyatakan bahawa menjadi wajib hukumnya untuk kita memboikot produk buatan Amerika dan Israel, pernah dikeluarkan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi[1]. Beliau ialah seorang pemikir Islam dan ulama kontemporari. Tambah beliau lagi, tindakan ini termasuk dalam jihad bidang ekonomi. Jadi, mainkan lah peranan kita kepada saudara seagama kita.


    Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

    Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. (Hadis riwayat al-Imam Muslim)


    Dengan menyokong barangan mereka, bukankah kita telah membiarkan saudara seagama kita dizalimi? Hasil pembelian kita ke atas barangan mereka membantu kepada setiap pergerakan dan aktiviti yang dilakukan oleh mereka, termasuklah penindasan yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam pada masa ini.

    Di dalam Surah At-Taubah, ayat 41, Allah SWT ada berfirman,

    "Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." Jiwa kita, nafsu kita, mahukan yang itu. Cuba kalau kita lawan nafsu tu, bukankah kita dah berjihad? Jihad nafsu. Semua pengorbanan yang kita buat tu, dihitung oleh Allah SWT.


    Jika ditanya oleh orang kepada kita, "mengapa dan bagaimana yahudi dan kristian tu ada ekonomi yang kuat?", antara sebabnya ialah ‘sokongan' daripada majoriti masyarakat dunia itu sendiri. ‘Sokongan' yang bagaimanakah yang dimaksudkan? ‘Sokongan' dari segi pembelian ke atas barangan mereka. Barangan yang bermula daripada barangan dapur, seperti barangan keluaran Nestle, Sara Lee, Danone dan Coca-Cola; begitu juga barangan keperluan diri seperti L'Oreal, Estee Lauder, Johnson & Johnson, dan Kimberly-Clark; barangan elektronik seperti Nokia, Motorola, IBM dan Intel; semuanya produk keluaran Israel![2] Banyak, bukan? Jadi, bagaimana? Perlukah untuk di buang terus semua barangan ini dari kediaman anda?

    Barangan teknologi

    Kebanyakan perisian komputer dan teknologi-teknologi canggih yang ada pada masa kini adalah datangnya dari mereka. Lihat sahaja pada komputer bimbit anda, rata-rata mesti ada logo intel. Intel sebagai pembekal processor, telah menyenangkan urusan kita dalam penggunaan teknologi ini. Apa kegunaan processor kepada sebuah komputer bimbit? Processor berperanan sebagai ‘central processing unit' (CPU), dimana tanpa kehadiran CPU, sukar untuk komputer anda melaksanakan tugasan pemprosesan data, sukar untuk satu bahagian komputer menerima arahan dari bahagian yang lain, serta, tidak mungkin operasi aritematik dapat dilaksanakan. Maka, mana mungkin kita mahu membeli sebuah komputer bimbit tanpa mahu disertakan dengan CPU. Disebabkan kepentingan ini, adalah amat perlu, untuk kita mengambil inisiatif, membina jalan alternatif, dengan mengeluarkan produk-produk yang membantu ekonomi Islam. Tujuannya adalah satu, iaitu untuk menggantikan produk-produk terlaris dunia tersebut. Sungguhpun ianya bukan sesuatu yang mudah, tapi ia juga tidaklah mustahil. Biarkan ia mengambil masa yang lama, tetapi, selagi kita berusaha untuk mencipta, pasti ada hasil yang akan diberikan Allah SWT.


    Pecinta keadilan, termasuk orang Islam dan Yahudi, memprotes di luar
    Jewish National Fund (JNF) London, 16 Januari 2006.
    (Sumber: http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php)


    Sistem Kapitalis

    Seperti yang kita sedia maklum, pada waktu ini, majoriti negara dunia mengamalkan satu sistem ekonomi yang dikenali sebagai sistem kapitalis. Sistem kapitalis ini bermula pada awal abad 19, menggantikan sistem sebelumnya, iaitu sistem merchantalist. Dalam ayat yang mudah, melalui sistem kapitalis ini, orang yang kaya akan terus menjadi kaya, manakala orang yang miskin akan terus menjadi miskin. Kegelojohan yang ditunjukkan oleh para kapitalis ini secara tidak langsung menunjukkan kezaliman mereka kepada masyarakat setempat. Mereka memonopoli setiap pasaran dan pelaburan yang ada bagi memastikan kekayaan mereka berterusan, sekaligus menghapuskan pesaing yang ada. Hal ini turut mewujudkan jurang dalam masyarakat. Barangan-barangan keluaran mereka di eksport ke merata negara, sekaligus mendapat tempat di hati pengguna, yang akhirnya, membuahkan hasil lumayan kepada mereka.


    Weizmann Institute

    Dalam bidang sains dan teknologi, Israel adalah negara yang paling ke hadapan. Hal ini dibuktikan apabila Weizmann Institute pernah terpilih sebagai universiti terbaik dunia yang menyediakan kemudahan kepada para saintis bagi tujuan penyelidikan[3]. Bahagian komersial universiti tersebut, Yeda Research and Development, ‘menambahkan lagi keuntungan' yang dimiliki oleh mereka. Pada tahun 1988, keuntungan royalti yang diterima oleh mereka adalah sebanyak $ 1 million, tahun 1998, sebanyak $ 16 million, dan tahun 2003, adalah sebanyak $ 23 million. Yeda juga mendaftar lebih kurang 80 patent pada setiap tahun untuk setiap kajian yang dibuat oleh mereka; dan 75 peratus daripadanya melibatkan kajian terhadap sains kehidupan (life sciences)[4]. Secara purata, setiap bulan mereka telah menghasilkan 7 benda baru dalam bidang sains, yang tanpa kita sedar, kita turut menggunakannya pada waktu ini. Bagaimana dengan kita? Setiap tahun, berapa banyak benda-benda baru yang telah diolah oleh kita, untuk dimanfaatkan oleh masyarakat?

    http://images.businessweek.com/ss/08/05/0513_israel_tech/image/weizmann_institute-_84d5a74.jpg
    Weizmann Institute

    Petikan dari halaman Israel 21c,

    What does the future hold in store for Weizmann researchers?
    One candidate is 'the world's smallest biological computer' - a nanocomputer which is listed in The 2003 Guiness Book of World Records. It is composed of tiny, tiny molecules (synthetic DNA and enzymes) - so small that they can fit in a drop of water... but so powerful that they can detect changes in the balance of molecules that indicate the presence of certain cancers.



    Dadah dan Ubat

    Dalam bidang perubatan, Israel adalah antara negara yang terhadapan. Dadah adalah antara sumber terpenting dalam penghasilan ubat-ubatan untuk kegunaan manusia. Teva, adalah sebuah syarikat milik Israel yang merupakan antara syarikat terbesar dunia dalam penghasilan antibiotik dan dadah (generic drug). Di Asia, terdapat 4 buah anak syarikat Teva yang membantu dalam proses penjualan dan pelarisan produk keluaran mereka, antaranya ialah Teva Singapore, Teva Japan, dan Teva Pharmaceutical Shanghai[5]. Tanpa ubat-ubatan bagaimana seseorang itu dapat pulih daripada penyakitnya? Jika fakta mengatakan bahawa Teva adalah antara pengeluar terbesar ubat-ubatan dunia, adalah tidak mustahil jika kita mengatakan bahawa produk keluaran syarikat tersebut mendapat tempat di hati para pengguna. Di US contohnya, 1 daripada 15 preskripsi[6] (prescription) ubat-ubatan adalah datangnya daripada syarikat Teva.

    Ternyata bahawa hampir setiap barangan dan apa yang kita gunakan pada hari ini, datangnya dari Israel. Bantuan luar yang disalurkan oleh Amerika kepada Israel sedikit sebanyak turut membantu dalam usaha Israel ‘menaik taraf' kan negara mereka. Satu pertubuhan yang memelihara hubungan baik antara kedua pihak ini turut ditubuhkan iaitu The American Israel Public Affairs Committee (AIPAC). The New York Times pernah menyebut bahawa pertubuhan ini adalah pertubuhan yang penting dalam menjaga hubungan Amerika dengan Israel[7]. AIPAC membantu untuk menjadikan Israel lebih selamat dengan memastikan sokongan yang kukuh terus diberi oleh Amerika[8]. Berikut pula adalah antara pencapaian yang telah dilakukan oleh AIPAC dalam membantu Israel[9]:

    • Memberi beberapa resolusi untuk membantu Israel mempertahankan hak mereka dalam menghadapi ‘terrorism' oleh ‘terrorist group'* Hamas dan Hizballah. (Passing multiple resolutions affirming congressional support for Israel's right to self-defense in the face of terrorism by the terrorist groups Hamas and Hizballah.)

    • Memberi resolusi dan beberapa peringatan keras kepada Iran dalam tempoh 15 tahun kebelakangan. (Passing more than a dozen bills and resolutions condemning and imposing tough sanctions on Iran during the past 15 years.)

    • Memberi bantuan keselamatan kepada Israel setiap tahun untuk memastikan Israel masih mampu bertahan dalam menghadapi ancaman. (Securing critical security assistance to Israel each year to ensure that Israel remains capable of facing increased threats.)

    (*penggunaan ayat-ayat di atas adalah pada pandangan Amerika dan Israel. Contohnya, mereka menggolongkan Hamas sebagai ‘terrorist group'.)

    Sokongan padu yang diberikan oleh kuasa asing seperti Amerika banyak membantu kepada pertumbuhan ekonomi Israel. Pembangunan dalam bidang penyelidikan di Israel, membolehkan mereka mengeksport barangan mereka ke merata dunia. Hal ini bukan suatu yang mustahil jika adanya bantuan dari pihak luar. Bagaimana sebuah negara yang dibina di atas negara orang lain boleh membangun dengan cepat? Tidak dinafikan, semangat yang hadir dalam diri mereka, setelah beberapa tahun lamanya hidup dalam buangan, menyebabkan mereka bersikap untuk lebih berusaha demi mendapatkan kehidupan yang sempurna. Hukum alam menyatakan bahawa, siapa yang berusaha dia akan berjaya. Firman Allah SWT,

    Yang demikian itu kerana sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikanNya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (Surah Al-Anfal, ayat 53)

    Jadi, bagaimana dengan kita? Mereka mengetahui hukum alam tersebut, manakala kita, sebagai umat Islam, tahu tentang firman Allah SWT di atas. Kita tidak mahu untuk terus menyokong barangan dan produk keluaran mereka, dalam masa yang sama kita kekurangan alternatif sebagai pengganti. Mahu tidak mahu, terpaksa juga kita menggunakannya. Apa yang penting adalah, dalam pada kita menggunakan produk mereka, kita berfikir dan berusaha untuk mencipta produk kita sendiri. Walaupun mungkin usaha kita tidak menampakkan hasilnya dalam 2 atau 3 hari yang akan datang, tetapi yang penting usaha telah pun dijalankan. Usaha tangga kejayaan, doa pemangkin pembinaan Islam.

    Terdapat juga orang perseorangan yang membantu dalam meningkatkan ekonomi mereka. Bagi individu-individu ini, pelbagai method boleh digunakan bagi tujuan penyaluran ‘sumbangan'. Perkhidmatan oleh pihak bank, membantu kepada kelancaran pengaliran masuk duit ke institusi-institusi mereka; termasuklah institusi keagamaan.


    Direct Debit

    ‘Direct debit'[10] adalah salah satu kemudahan yang disedikan oleh pihak bank kepada pembuka-pembuka akaun untuk tujuan pembayaran. Ia boleh di'set'kan secara mingguan, bulanan mahupun tahunan. Pemegang akaun hanya perlu menentukan jumlah yang mereka kehendaki untuk sesuatu pembayaran, penerima dan tetapkan tarikhnya. Jadi, pada setiap kali tarikh berkenaan, wang yang terdapat di dalam akaun akan terus ditolak dan ‘diberikan' kepada penerima. Melalui cara ini, pelanggan tidak perlu lagi risau untuk berkejar ke sana sini. Ramai yang telah menggunakan kemudahan ini bagi tujuan pembayaran bil sewa rumah mahupun bil-bil bulanan. Perkhidmatan ini juga tidak memerlukan caj perkhidmatan yang tinggi. Jadi, bagi mereka yang hidup dalam kesibukan, perkhidmatan ini adalah salah satu alternatif yang efektif. Penyata bulanan juga akan diberikan kepada pemegang-pemegang akaun, sebagai rujukan, untuk memastikan pergerakan keluar dan masuk duit adalah betul.


    Kini, pihak gereja menjadikan perkhidmatan yang mudah ini sebagai salah satu cara untuk mendapat kutipan ‘derma' daripada sesiapa yang berminat untuk menyalurkan wang mereka secara bulanan, mingguan ataupun tahunan kepada mereka[11] [12]. Hasil daripada kutipan ini mereka gunakan sebagai modal bagi tujuan menjalankan kerja-kerja ‘amal' dan ‘dakwah' mereka. Agak sukar untuk sesebuah organisasi bergerak untuk melakukan kerja-kerja mereka tanpa adanya modal dan wang. Sedangkan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain juga memerlukan kenderaan yang perlu diisi dengan minyak. Contoh aktiviti yang pernah dilakukan oleh mereka adalah bantuan makanan. Pihak yahudi pernah memberi bantuan makanan kepada masyarakat Muslim yang berada di Jaffa, Haifa, and Shfaram (kawasan-kawasan di Timur Jerusalem) sempena perayaan Aidilfitri. Mereka percaya dengan cara tersebut, satu ‘perubahan' dapat dilakukan.

    Petikan daripada "Reform Jews Assist Muslims for holiday"[13].

    Rabbi Kariv also adds that he believes the fact a Muslim family will receive the packages from religious Jewish families in Israel "will contribute to change the atmosphere in Israel."

    Bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh individu-individu di'belakang tabir' ini; jika tidak banyak, mungkin, sedikit; membantu kepada perkembangan ekonomi dan ideologi mereka.


    Disediakan oleh,
    Nur Syamimi Mohamad Napis
    Setiausaha Media I iLuvislam.com



    [1] http://www.scribd.com/doc/4883595/PANDANGAN-USTAZ-YUSUF-QARDHAWI-TTG-FIQH-SEMASA

    [2] http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php

    [3]http://www.israel21c.org/bin/en.jsp?enDispWho=Articles^l1141&enPage=BlankPage&enDisplay=view&enDispWhat=object&enVersion=0&enZone=Technology

    [4]http://www.israel21c.org/bin/en.jsp?enDispWho=Articles^l1141&enPage=BlankPage&enDisplay=view&enDispWhat=object&enVersion=0&enZone=Technology

    [5] http://www.tevapharm.com/worldwide/

    [6] Preskripsi (prescription) = sehelai kertas dimana di atasnya tertulis jenis ubatan ataupun rawatan yang perlu diberikan kepada pesakit oleh doktor.

    [7] http://www.aipac.org/about_AIPAC/26.asp "...described by The New York Times as "the most important organization affecting America's relationship with Israel.".."

    [8] http://www.aipac.org/about_AIPAC/default.asp "For more than half a century, the American Israel Public Affairs Committee has worked to help make Israel more secure by ensuring that American support remains strong."

    [9] http://www.aipac.org/about_AIPAC/default.asp

    [10] http://hubpages.com/hub/direct_debits_online

    [11] http://www.trinityashland.org/fileadmin/news_events/Direct_Deposit_Form.pdf

    [12] http://www.wilshirebc.org/stewardship/article77861c1727778.htm

    [13] http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3316338,00.html

    Wednesday, August 19, 2009

    Darihal Puasa, Iman dan Taqwa

    Darihal Puasa, Iman dan Taqwa
    www.iluvislam.com
    karangan asal oleh: Arifin Mahmud
    Editor: deynarashid

    Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.

    Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.

    Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah
    Ali Imran ayat 43. "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

    Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..

    Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.

    Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.

    Puasa, lambang amalan agama samawi

    Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.

    Bagaimanapun, tetap sahaja
    ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.

    Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.

    Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an,
    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

    Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

    Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

    Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat
    meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

    Beriman atau bertaqwa?


    Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana,
    orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

    "Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

    Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan caramenyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

    "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

    Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

    Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan
    menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

    Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

    Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

    Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka
    nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

    Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya,
    "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

    Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah
    insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

    Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan
    bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

    Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum,
    amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

    Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu
    menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

    Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

    Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

    Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah.

    Tuesday, August 18, 2009

    Kunci Kejayaan

    Kunci Kejayaan

    Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.

    Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.

    Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13)

    Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:

    1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
    Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.

    2) Masukkan matlamat di dalam doa
    Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

    3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
    Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya,
    duduk menghadap ke arah kiblat.

    4) Berterusan dalam mencari ilmu
    Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.

    5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
    Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan serta
    kasih-mengasihi sesama manusia.

    6) Kenali diri
    Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.

    7) Menolong insan lain untuk berjaya
    InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-
    hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.

    8) Iklankan matlamat
    Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat
    dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita
    terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

    Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53)

    Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.

    Monday, August 17, 2009

    Hilal, Rukyah, dan Hisab

    Hilal, Rukyah, dan Hisab


    Pendahuluan


    Antara perkara-perkara yang sinonim dengan Ramadhan, Hari Raya dan Qurban adalah Hilal (anak bulan) dan Rukyah
    1. Menjadi kebiasaan kita di Malaysia untuk beramai-ramai menghadap kaca television menantikan pengumuman oleh pemegang mohor besar Raja-Raja akan tarikh mula puasa dan Raya.

    Namun setelah berada di luar negara terlintas satu masalah di mana bukan sahaja tiada autoriti induk bagi aktiviti sebegini malah terdapat juga perbezaan tarikh puasa dan raya antara rakan-rakan Muslim. Ada yang berpuasa sehari awal, ada pula yang berpuasa sehari lewat. Punca pada perbezaan ini dasar dari perbezaan taklid/ ijtihad yang digunakan.

    Artikel ini ditulis hanya sebagai pendahuluan kepada pencarian ilmu dan konsep ijtihad yang lebih serius yang patut diberatkan oleh pelajar Muslim Malaysia terutamanya di negara-negara asing. Penulis tidak mencadangkan apa-apa dan cuba untuk tidak meletakkan hukum atas mana-mana ijtihad, apa yang ditulis hanyalah berasaskan ilmu penulis yang sangat sedikit.

    Apakah itu Hilal?

    يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِىَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلْحَجِّ ۗ وَلَيْسَ ٱلْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰ ۗ وَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَٰبِهَا ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٩٨١﴾

    "Mereka bertanya kepadamu tentang hilal. Katakanlah hilal itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan ibadat haji."[Al-Baqarah(2):189] 2

    Dari Ibn Umar r.a. Dari Nabi saw. bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: "Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)".(Riwayat Muslim)3

    Di dalam Al-Quran dan Hadis perkataan Hilal merujuk kepada anak bulan atau bulan sabit, dalam bahasa Inggerisnya, ‘Crescent moon'. Pun begitu dalam beberapa terjemahan dalam bahasa Inggeris menterjemah perkataan Hilal sebagai ‘New Moon' atau Bulan Baru4.

    Hilal adalah fasa seterusnya selepas fasa Bulan Baru di mana pantulan cahaya berbentuk sabit mula kelihatan. Hilal akan kelihatan lebih kurang sehari atau lebih selepas Bulan Baru. Di mana, pergerakkan bulan pada orbitnya mula membenarkan pantulan cahaya matahari pada permukaannya untuk sampai ke bumi. Cahaya yang terpantul itu yang akan kelihat sebagai bulan sabit pada pemerhati di bumi. Bulan baru dalam kalendar Islam bermula dengan Hilal bukan Bulan Baru. (Ali 2009, Shaikh 2006).


    Rajah 1: Menunjukkan secara grafikal, pergerakan bulan pada orbitnya dan bentuk bulan yang kelihatan oleh pemerhati di bumi.(untuk gambar lebih besar left-click dan klik View Image)

    Rukyah

    Rukyah adalah aktiviti melihat dan menentukan Hilal. Rukyah bukan sahaja dilakukan untuk menetukan jatuh tarikh puasa dan raya sahaja. Ianya adalah aktiviti utama untuk menentukan bulan baru setiap bulan dalam kalendar hijrah.

    Bulan seperti matahari terbit dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Hilal terletak berdekatan matahari dan akan terbenam selepas matahari terbenam. Rukyah dilakukan antara waktu selepas matahari terbenam dan sebelum bulan pula menyusur terbenam. Rukyah akan dilakukan pada 29 haribulan. Secara teknikal, bulan tidak dapat kelihatan pada 28 haribulan kerana ketika itu bulan berada pada fasa Bulan Baru (Ali 2009).

    Rajah 2: Contoh kedudukan hilal dan matahari (sumber: al-ghazzali centre).(untuk gambar lebih besar left-click dan klik View Image).

    Sekiranya hilal gagal kelihatan pada petang 29 haribulan, maka bulan tersebutan disempurnakan atau dicukupkan kepada 30 hari. Dengan kata lain, bulan hijriyah yang baru akan bermula pada lusa harinya, bukan keesokkannya.

    Untuk Ramadhan tahun ini, Hilal akan mula kelihatan pada 20 Ogos 2009 di tengah-tengah lautan Pasifik, jauh ke barat dari Amerika Selatan. Oleh hal demikian negara yang terawal untuk melihat anak bulan pada tahun ini ialah di jepun pada hari keesokkannya iaitu pada 21 Ogos 2009 (CrecsentWatch.org).

    Secara istilahnya, jika seseorang membuat kenyataan bahawa dia telah melihat hilal, dan dia adalah seorang Muslim, maka kenyataannya diterima, maka Muslim di matla tersebut perlu berpuasa pada esok hari. Namun terdapat beberapa kes di mana, kenyataan tersebut diragui kerana beberapa perkara. Antaranya, terdapat orang yang menyatakan melihat hilal pada 27 haribulan, padahal ketika itu yang dilihat bukan Hilal, tapi Waning Crecsent atau Old Moon.

    Oleh hal demikian, Rukyah digalakkan dilakukan secara Jamme Ghafir iaitu oleh ramai saksi, kaedah ini digalakkan oleh Imam-Imam Mazhab seperti Imam Abu Hanifa, Malik dan Imam Ahmad. (Shaikh 2006).

    Hisab

    "Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak". [Yunus (10):5]

    "Matahari dan Bulan beredar mengikut laluan yang diperhitungkan" [ar-Rahman(55):5] 5

    Maha suci Allah yang berkuasa menciptakan sesuatu atas kehendak-Nya. Dari dua potong ayat di atas, jelas bahawa peredaran bulan dan matahari terdapat pengiraan di sebaliknya, dan dengan Izin-Allah manusia mampu memahami dan mengira fenomena ini.

    Hisab atau kaedah pengiraan astronomikal dalam konteks ini merujuk kepada kaedah perhitungan pergerakkan bulan menggelilingi bumi. Pada zaman kini terdapat pelbagai badan-badan astronomi di mana-mana negara sekalipun yang mengira kedudukan bulan pada satu-satu masa. Dengan teknologi terkini kedudukan bulan boleh ditentukan dengan tepat, dan bulan boleh dilihat menggunakan telescope canggih biarpun mata kasar tidak mampu melihatnya, terutamanya dalam kes Bulan Baru.

    Namun perlu diingatkan teknik pengiraan bulan bukan sesuatu yang baru. Pengiraan matematik pergerakkan bulan menggelilingi telah lama dipelopori oleh Tamadun Greek dan Tamadun India, ratusan tahun sebelum Tamadun Islam bermula. Bahkan ahli astronomi Muslim menjelajah ke India untuk belajar dan memperbaiki kaedah Hisab dan Rukyah untuk kemudahan ummah (King 1993, Ali 2009). Terdapat lebih dari satu kaedah hisab, tetapi tidak akan dibincangkan di sini kerana teknikaliti yang sangat kompleks dan perbincangan yang panjang.

    Terdapat Muslim yang berpendapat bahawa Hisab boleh menggantikan kaedah Rukyah sama sekali bahkan perlu digunakan sebagai kaedah untuk menetukan kalendar Hijrah seluruh dunia atas dasar kesatuan Ummah. Pun begitu majoriti ulama menegaskan keperluan hisab hanya sebagai pembantu dalam proses Rukyah, bukan sebagai pengganti.

    Salah faham umum dalam penggunaan kaedah Hisab ialah timbul apabila kekeliruan antara Hilal dan Bulan Baru. Kaedah hisab menentukan waktu "lahir" bulan baru bukan hilal. Hisab tidak mampu untuk menentukan Hilal kerana Hilal adalah sesuatu yang dilihat. Perlu diingatkan Hilal adalah pantulan cahaya dari bulan yang berbentuk sabit. Maka, apa yang terjadi apabila kekeliruan ini timbul ialah mereka akan berpuasa pada hari orang membuat Rukyah, iaitu sehari atau dua hari sebelum tarikh puasa melalui kaedah rukyah.

    Tuntutan Syara'

    شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ﴿٥٨١﴾

    Dalam surah al-Baqarah ayat 185, perkataan "famaan shahida minkum as-shahara" bermaksud ‘Sesiapa antara kamu yang melihat bulan'. Ayat ini merujuk terus keperluan untuk melihat sendiri Hilal. Perkataan ‘shahida' memberi makna untuk melihat dalam bentuk fizikal sebagai bukti (hilalsighting.org). Maksud lain bagi perkataan ‘shahida' adalah, untuk bersaksi atas suatu perkara yang dilihatnya (Ali 2009).

    Afroz Ali, Presiden di Al-Ghazzali Centre for Islamic Sciences & Human Development, menekankan bahawa untuk menggunakan kaedah pengiraan semata-mata bagi menentukan tarikh tidak menepati kehendak syara' dan beliau juga menambah; Imam al-Qurtubi dalam Sabab al-Nuzul, menulis berkaitan dengan ayat 189 surah al-Baqarah seperti berikut:

    "This (verse was revealed) in opposition to what the Arabs considered acceptable at their time, as their practice was to perform Hajj based upon calculation (‘adad) and alterations of the months. And so Allah nullified their words and deeds by obligating sighting of the crescent". (Ali 2009)

    Pada zaman Rasulullah (SAW) di Madinah, orang Yahudi juga mempunyai Kalendar Lunar6 mereka sendiri, tetapi berbeza dengan Muslim, Yahudi menggunakan Bulan Baru sebagai permulaan bulan yang baru dalam kalendar mereka. Rasulullah (SAW) sebaliknya menyuruh umat islam untuk menggunakan Hilal sebagai penentu berakhir dan mula bulan-bulan Islam daripada menggunakan kalendar Yahudi (IslamMoon.com).

    Maka pada hukum syara', Hilal merupakan sabab kepada mulanya puasa tetapi selepas beberapa kriteria yang ditetapkan dipenuhi iaitu Rukyah pada petang 29 haribulan bulan Islam. Dan seperti hadith Nabi, sekiranya Hilal tidak kelihatan maka dicukupkan bulan itu dengan 30 hari (Ali 2009).

    Saksi sedang mengira kedudukan matahari (sumber: al-ghazzali centre)

    Penutup

    Muslim seluruh dunia melihatkan keperluan untuk menyatukan tarikh kalendar hijriyah sebagai lambang kesatuan Ummah. Ironiknya setiap kali Ramadhan dan dua Hari Raya (Eid), Muslim menyambutnya dalam 2-3 tarikh Kalendar Gregorian yang berbeza serata dunia, tidak cukup dengan itu masing-masing menyalahkan satu sama lain atas perbezaan tarikh tersebut.

    Persoalan yang dibangkitkan ialah apakah ia tuntutan syara bagi menseragamkan kalendar Islam atas dasar syiar perpaduan Islam semata? Dalam menjawab persoalan ini, Liga Muslim Sedunia (Muslim World League), bersetuju atas beberapa perkara mengenai tarikh kalendar hijriah7:

    1-Tidak ada keperluan untuk menseragamkan rukyah dan Hari Raya untuk semua negara-negara Islam. Kerana usaha ini belum tentu dapat menyatukan ummah seperti mana yang dilaung-laungkan.

    2- Perihal rukyah adalah tanggungjawab pada Waqi' negara masing-masing.

    3-Satu-satunya jaminan untuk kesatuan Ummah ialah apabila Muslim mahu bersatu dalam mentaati Quran dan Sunnah.

    Sebagai tambahan, Salman Shaikh, Koordinator Hilal Sighting Commitee of North America menjelaskan bahawa Rasulullah tidak pernah menyamakan tarikh Eid-ul-Adha di Madinah dan Mekah (Shaikh 2006).

    Terdapat pelbagai lagi persoalan yang lahir berkaitan Rukyah, Hilal dan Kalendar Hijriah, antara yang popular ialah persoalan menggunakkan Rukyah Lokal atau Global, dengan kata lain, apakah saya yang berada di Australia boleh menggunakkan keputusan Rukyah di Algeria, Arab Saudi, Argentina etc. Namun perbincangan yang panjang yang tidak disertakan dalam penulisan ini kebanyakkan berbentuk khilaf, untuk mengelakkan takalluf, saya sengaja tidak sertakan. Apa yang telah ditulis merupakan hanya sebagai pendahuluan dan sangat sedikit daripada maklumat mengenai Rukyah dan perkara berkaitan dengannya. Lagi sekali diingatkan, penulisan ini hanya sebagai pendorong untuk pembaca mencari maklumat sendiri dengan lebih lanjut.

    Maha Suci Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.



    Nota kaki


    [1]-Terdapat dua maksud untuk perkataan Rukyah. Dalam penulisan ini, Rukyah merujuk kepada aktiviti atau kaedah melihat anak bulan untuk penentuan tarikh dalam kalendar Hijriah. Rukyah ini dieja seperti berikut (رؤْية). Perkata rukyah lain bermaksud bacaan du'a sebagai syifa' atau memohon perlindungan, Rukyah ini pula atau Ruqyah dieja dengan huruf Qaff (myks.wordpress.com).

    [2] Penulis terjemah sendiri dari ayat berikut: (They ask you (O Muhammad) about the crescents. Say, "These are signs to mark fixed periods of time for mankind...) so that they mark their acts of worship, the `Iddah (the period of time a divorced woman or a widow is required to wait before remarrying) of their women and the time of their Hajj (pilgrimage to Makkah).(Tafsir.com)

    [3]- Sahih Muslim, Hadith 1795 (al-Islam.com).

    [4]- ‘New Moon'/Conjuction/Astronomical New Moon; merujuk kepada fasa peredaran bulan di mana ‘celestial longitude' bulan adalah sama dengan matahari (Shaikh 2006, Odeh) dengan kata lain, kedudukan bulan adalah selari dengan matahari dari tempat pemerhati, menyebabkan tiada pantulan cahaya dari matahari oleh bulan sampai ke bumi; maka pada fasa ini bulan tidak dapat kelihatan. Dengan kata lain ‘New moon' bermaksud ‘No moon'(Shaikh 2006), saya namakan fasa New Moon sebagai Bulan Baru.

    [5]-Diterjemah dari ayat berikut: The sun and the moon run on their fixed courses, calculated with measured out stages for each. (Qur'an 55:5) dan (Yusuf Ali translation): The sun and the moon follow courses (exactly) computed.

    [6]-Lunar Calendar/Kalendar Lunar=Kalendar berdasarkan bulan, oppo. Solar Calendar/Gregorian Calendar=kalendar berdasarkan pergerakkan bumi menggelilingi matahari.

    [7]-Penulis terjemah sendiri dari ayat berikut: "1-There is no need to peruse unification of Moon sighting and Festivals in the Islamic world. Because this pursuit will not guarantee the ummah's unification as the promoters of unification of Moon sighting and Festivals imagine. 2- That the matter of moon sighting be left to the Muslim countries and their Judicial and Juristic Councils, because that has priority as well as will yield the most benefit. 3-The only guarantee which will benefit the Muslims in unifying the ummah in its matters and issues is that they agree to abide by the Quran and Sunnah in all of their matters" (Hilalsighting.org).



    Rujukan

    Afroz Ali, Understanding Crescent Sighting, al-Ghazzali Centre, held on 5th July 2009 in Newcastle, NSW Australia.

    Australian National Crescent Sighting Coordination Centre, URL , last view on 17th August 2009.

    Dr. Salman Shaikh, Coordinator, Hilal Sighting Committee of North America, Hilal Sighting & Islamic Dates:
    Issues and Solution Insha'Allaah
    , Presented at Islamic Crescent Observation Project Conferences in Amman, Jordan in 1422H (2001G) and in Abu-Dhabi, UAE in 1427H (2006G), URL, last view on 17th August 2009.

    D. A. King 1993, Astronomy in the Service of Islam, Variorum Publication, ISBN 0-86078-357-X.

    Hilal sighting committee of North America, A Refutation to ISNA/Fiqh's Council Decision to Disregard the Qur'an and the Sunnah and to follow Astronomical Calculations for Beginning an Islamic Month, URL


    CrescentWatch.org, URL <
    http://www.crescentwatch.org/cgi-bin/Cw/cw.cgi?action=2> last view on 17th August 2009.

    Ginny's thought and Things, URL last view on 17th August 2009.

    IslamicMoon.com, Moon sighting News, Analysis and Articles, URL last view on 17th August 2009.

    Myks.wordpress.com URL last view on 17th August 2009.

    Al-Islam, www.al-islam.com, Hadis-Hadis Nabi: Puasa, URL

    Online Quran project, www.al-quran.info URL (Ayat quran dalam teks arab)

    Sunday, August 16, 2009

    Penghina Islam kian berani

    Penghina Islam kian berani


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



    SELEPAS Ronnie Liu menerima kemenangan isu arak di Selangor, Jeff Ooi hanya diminta memohon maaf kerana menyamakan individu yang bercita-cita melaksanakan undang-undang-undang syariah sebagai ekstremis, tampil pula Pemuda DAP mengeluarkan kata-kata nista menghina pendakwah Islam, umat Islam dan Islam.

    Biar pun laman web yang mengandungi penghinaan melampau terhadap seorang mualaf Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, umat Islam dan agama Islam telah dipadam, namun paparan awal yang sempat dilayari sememangnya keterlaluan dan biadab.

    Setiap patah perkataan dan ayat yang disusun oleh penulisnya secara nyata dan amat jelas mencemarkan kesucian Islam. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Islam Malaysia dihina sehingga dua keturunan manakala Islam dipijak-pijak.

    Jika Salman Rushdie dikutuk dunia Islam kerana Satanic Verses yang menghina Islam sedemikian rupa, apa pula kurangnya tohmahan terbaru yang dilemparkan oleh seorang rakyat Malaysia yang salah satu prinsip Rukun Negara adalah "Kepercayaan kepada Tuhan."

    Rakyat Malaysia ini juga telah diikat oleh sumpah setia nenek moyangnya untuk saling menghormati sesama kaum di negara ini apatah lagi kepada bangsa yang menerima mereka umpama saudara untuk berkongsi rezeki di tanah air ini.

    Mungkin tidak ramai berpeluang mengikuti 'siri ketiga' penghinaan terhadap Islam apabila penulisnya yang bacul dan penakut memadam laman web http://Sjsandteam.wordpress.com yang sarat dengan penghinaan terhadap Islam dan umatnya. Tidak diketahui mengapa dia bertindak sedemikian - sama ada tersedar apa yang dibuatnya silap atau bacul untuk berhadapan dengan 'serangan' umat Islam sejagat lantaran paparan tulisannya amat jelas menghina Islam.

    Saya pasti jika seluruh umat Islam di negara ini dan di dunia malah penganut-penganut agama lain yang diajar supaya menghormati agama lain berkesempatan membaca paparan tersebut, sudah tentu ramai yang membantah dan mendesak supaya si penulis dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

    Jika hanya kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), umat Islam berani mempertaruhkan diri, sudah tentu kecaman dan penghinaan terhadap Islam dan umatnya mengundang reaksi yang lebih keras sehingga pasti ada sanggup bermandikan darah.

    Tidak mustahil juga akan berlaku penentangan besar-besaran sehingga boleh mencetuskan rusuhan agama lantaran tiada agama di dunia ini yang membenarkan, jauh sekali menggalakkan kecaman dan penghinaan ke atas agama lain.

    Kesemuanya ini bukan membakar sentimen kemarahan atau menyalakan api kebencian umat Islam tetapi untuk menegaskan bahawa Islam dan umatnya menjalar di muka bumi ini bukan untuk dihina, dikecam jauh sekali menjadi ancaman kepada agama lain.

    Bahasa kesat, carutan, tohmahan, penghinaan (namakan apa sahaja) yang terkandung di laman web itu amat keterlaluan dan sama sekali tidak boleh dimaafkan biar pun si penulisnya melutut memohon ampun.

    Tidak terguris umat Islam jika agamanya dikatakan ..., tidak terhinakah umat Islam jika mualaf seperti Ridhuan Tee dikatakan bakal mewariskan anak luar nikah yang tidak akan mengetahui susur galur keluarganya kerana nama 'Abdullah' yang digunakannya selepas memeluk Islam.

    Mengapa semua ini terjadi. Dalam keadaan semua orang tahu betapa gentingnya isu agama dan kaum di negara ini, makin ramai yang berani menyentuh sensitiviti umat Islam sehingga ke satu peringkat seolah-olah Islam itu merupakan ancaman kepada agama lain.

    Adakah kesemuanya ini kerana bangsa-bangsa lain nampak dengan jelas bahawa umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini berada di kedudukan yang amat rapuh dan inilah peluang untuk mereka menunjukkan kuasa?

    Atau kerana pemimpin-pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri maka ia dijadikan ruang serta peluang untuk penganut agama lain menampilkan kehebatan masing-masing.

    Mungkin juga agenda melaga-lagakan pemimpin Islam telah hampir berjaya maka mereka berani bertindak sedemikian rupa. Tidak terfikirkah kita bahawa kedudukan bangsa Melayu dan umat Islam umpama telur di hujung tanduk. Melayu dituduh ekstremis, Melayu dikatakan cauvinis , Melayu juga rasis.

    Apa pula gelaran kepada bangsa-bangsa lain yang tidak henti-henti menyakiti Melayu dan paling menyedihkan menghina Islam - agama yang dipersetujui menjadi salah satu tunggak Perlembagaan. Tidakkah pihak berkuasa yang diterajui oleh orang Melayu dan Islam terkesan dengan semua ini. Penghinaan ini mesti ditangani, pendirian kerajaan mengenainya mesti tegas.

    Ulama-ulama tanpa mengira mewakili kerajaan atau pun Pas tidak boleh berdiam diri. Penghinaan ini bukan yang pertama, ia bukan juga yang terakhir.

    Ridhuan Tee berkata kepada penulis: ''Saya dan seluruh keturunan saya dikecam Cina ultra. Paling sedih mereka turut kecam dan hina Islam."

    Adakah kita sebagai umat Islam yang kini berpecah belah kerana perbezaan politik akan terus merelakan agama dan bangsa kita diperlakukan begini?

    Saturday, August 15, 2009

    Bisikan buat kekasihku

    Bisikan buat kekasihku

    Wahai Tuhan yang Maha Indah,
    Sungguh indah ciptaanMu,
    Amat terpegun bagi orang yang diberi hidayah,
    Kerana tenggelam dalam lautan cintaMu.

    Wahai Tuhan pemilik cinta agung,
    Telah Kau ciptakan seorang insan yang mulia,
    Yang memimpin manusia menjauhi kegelapan,
    Sesungguhnya inilah seindah-indah ciptaan di akhirat dan dunia.

    Muhammad ibn 'Abdullah,
    Inilah namanya makhluk teragung,
    Yang mulia lagi terindah,
    Yang memimpin kearah segala keelokan.

    Sesungguhnya dirimu membawa cahaya,
    Membawa penyuluh bagi hati-hati yang gelap,
    Menerangi segenap penjuru alam,
    Menjadi panduan dan ikutan seluruh umat.

    Alangkah indahnya bila melihatmu,
    Bertutur kata dihadapanmu,
    Lebih lebih lagi dapat bersentuhan denganmu,
    Menerima belaian dan cintamu.

    Wahai sang pencinta agung,
    Mereka yang bersih hatinya merinduimu,
    Walaupun mereka bukan dari zamanmu,
    Tetapi hati mereka terikat dan merayu cintamu.

    Akan tetapi,
    Ramai umatmu tidak menyedari,
    Mengabaikan dan mensia-siakan,
    Cinta yang telah kau curahkan.

    Dengan menjauhi sunnah dan segala suruhan,
    Yang telah kau tunjuki sebagai tauladan,
    Kepada mereka yang mengambil pengiktibaran,
    Lalu mereka menjadi sebaik-baik golongan.

    Wahai hati yang telah dicemarkan,
    Penuh kekotoran yang menjijikkan,
    Wahai tangan yang disia-siakan,
    Menyentuh segala apa yang diharamkan.

    Bagaimana diri ini dapat bertemu,
    Dengan dirimu yang amat suci,
    Bagaimana diri ini dapat merasai,
    Cinta suci tulus darimu?.

    Friday, August 14, 2009

    H5N1 vs H1N1

    Selsema Babi vs Selsema Burung .




    H1N1 sibuk diperkata sana sini seluruh alam kini . Langkah pencegahan diambil pelbagai cara dan rentak tak mengira apa jua berlaku langkah pencengahan perlu diambil. Pakailah mask , basuh tangan dengan kerap , bersin menggunakan tisu @ kain tuala dan kemudian ada pelbagai cara lain ini termsuklah kuaratin sana sini . Memanglah dari segi kesihatan itu lah langkah yang elok dilakukan tetapi sampai bila ia akan berkesan walhal hanya pencegahan sahaja yang berlaku tetapi jalan penyelesaian tiada dilakukan maka ia akan terus menular sahaja di seluruh umat manusia tidak mengira agama,bangsa,pangkat dan taraf ekonomi pasti akan terkena jangkitan ini. Cegah...cegah...cegah... tetapi tiada jalan penyelesaian dilakukan oleh pihak kerajaan . Jika H1N1 ini datang dari babi @ khinzir mengapa haiwan yang diharamkan oleh Allahswt ini tiada dimusnahkan jika ia dimusnahkan pasti tiada penularan yang berlaku . Bukan sukar / rumit sangat pergi sahaja buru mana-mana babi yang ada jangkitan H1N1 ini dan kemudian bunuh terus sahaja haiwan itu . Adakah kerajaan sukar ingin melakukannya untuk perkara itu. Sampai bila ia akan begini.

    Dahulu ketika H5N1 berlaku langakah pencengahan tiada langsung malah langkah jalan penyelesaian akan penyakit itu terus dilakukan dengan banyak burung-burung , ayam-ayam serta apa sahaja spesis dari golongan beburung ini terus dipancung banyak penternak beburung menangung kerugian serta pelbbagai lagi risiko dihadapi oleh peternak beburung ini. Tiada mengira adakah beburung ini mempunyai penyakit H5N1 ini atau pun tiada . Ketika langkah penyelesaian ini dilakukan dengan drastik tiada ramai manusia menjadi mangsa kepada H5N1 ini. Hanya sebilangan sahaja yangt menjadi mangsa penyakit itu yang membawa kkepada maut ...

    Saya pelik kenapa ketika dunia mengalami H1N1 tiada langkah penyelesaian dilakukan malah hanya langkah pencengahan sahaja dilakukan , sebaliknya H5N1 terus dilakukan langkah penyelesaian yang amatlah drastik...

    Gambar Virus H5N1



    Gambar Virus H1N1

    Tuesday, August 11, 2009

    Glosari Bahagian Satu




    Glosari Part 1 .

    Nafsu.

    Nafsu bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat.

    Perkataan nafsu boleh digabungkan dengan perkataan lain bagi membawa erti yang lebih khusus, antaranya adalah:-

    Hawa nafsu, biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan.
    Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan/kecenderungan khusus dalam hal berkait dengan seksual.
    Nafsu serakah pula bererti nafsu yang tidak ditahan, tanpa batasan dalam segala hal terutamanya dalam hal berkait dengan seksual.

    Syirik

    Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

    Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

    Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

    Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

    Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

    Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

    Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

    Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

    Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim)

    Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim)

    Rasuah

    merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

    Meminta/Menerima Rasuah
    Menawar/Memberi Rasuah
    Membuat Tuntutan Palsu
    Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

    Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.
    Riba
    ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.



    Zina (bahasa Arab: الزناء‎)

    adalah bila dua orang yang bukan suami isteri, melakukan hubungan yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri.

    Di dalam Islam, pelaku perzinaan dibezakan menjadi dua, iaitu pezina muhshan dan ghayru muhshan. Pezina muhshan adalah pezina yang sudah memiliki pasangan sah. Sedangkan pezina ghayru muhshan adalah pelaku yang belum pernah menikah dan tidak memiliki pasangan sah.

    Monday, August 10, 2009

    Sangka-sangka

    Sangka-sangka...Tabiat Manusia



    Orang beribadah disangka riak
    Orang yang berehat disangka malas
    Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
    Orang yang pakai baju buruk disangka hina
    Orang makan banyak disangka pelahap
    Orang makan sikit disangka diet
    Orang baik disangka buruk
    Orang buruk disangka baik
    Orang senyum disangka mengejek
    Orang masam disangka merajuk
    Orang bermuzakarah disangka mengumpat
    Orang diam disangka menyendiri
    Orang menawan disangka pakai susuk
    Orang nampak ceria disangka mem'bela'

    Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
    Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
    Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
    Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
    Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

    Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal
    memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api...

    Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang
    boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

    wallahu'alam

    Sunday, August 9, 2009

    Wahai Adamku


    Wahai Adamku



    Adam,
    Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

    Adam,

    Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

    Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

    Adam,

    Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

    Adam,
    Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untukmenjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
    Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

    Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

    Adam,
    Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkaududuk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

    Adam,

    Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

    Adam,
    Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu,Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

    Adam,

    Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

    Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

    Adam,

    Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam




    Friday, August 7, 2009

    Dajjal

    bayi Dajjal

    Sudah lama saya menerima e-mel seorang anak Yahudi yang dilahirkan di Israel (moga Allah memusnahkan negara ini) bermata satu. Ditanya: Inikah Dajjal yang dijanjikan dalam hadis Nabi bahawa ia akan muncul di akhir zaman? Sementelah pula kita memang berada di akhir zaman sekarang. Tanda-tanda kecil Kiamat sudah meratai dan hampir menyeluruh. Hanya menunggu tanda-tanda besar sahaja yang di antaranya Dajjal.

    Saya memetik beberapa perkara penting tentang Dajjal seperti di bawah. Saudara boleh merujuk kepada kuliah tafsir surah al-Kahfi yang saya telah uploadkan di ruangan koleksi ceramah dan kuliah, serta beberapa siri kuliah (akan diupload kemudian insyaAllah) dari kitab Bahr al-Mazi tentang Dajjal yang saya sampaikan di sebuah masjid di Kemaman ini.

    Dari segi bahasa, ia berasal dari ad-Dajl iaitu menyelubungi. Dinamakan orang yang sangat pembohong sebagai Dajjal kerana ia menyembunyikan kebenaran dengan menzahirkan kebatilan.

    Beberapa perkara asas yang perlu diketahui tentang Dajjal ialah:

    -Adakah ia Ibn Sayyad atau selainnya? Dan jika Dajjal itu ialah selain Ibn Sayyad, adakah ia telah muncul di zaman Nabi SAW atau belum?

    -Bila ia keluar?

    -Kenapa ia keluar?

    -Dari mana ia keluar?

    -Apa ciri-cirinya?

    -Apa yang ia dakwakan?

    -Apakah fenomena yang berlaku ketika munculnya sehingga pengikutnya begitu ramai?

    -Bilakah ia binasa dan siapakah yang membunuhnya?

    Menjawab soalan-soalan di atas:

    Pertama: Dalam Kitab ‘al-I’tisam’ ketika dihuraikan hadis Jabir bahawa Ibn Sayyad itulah Dajjal. (Ibn Sayyad ialah seorang kanak-kanak lelaki Yahudi yang mempunyai ciri-ciri Dajjal, menjawab balik jawapan Nabi dengan biadab. Hadis berkenaan dengannya sangat terkenal dan boleh dibaca dlm kitab-kitab Hadis)

    Kedua: Hadis Fatimah binti Qais tentang kisah Tamim ad-Dari yang dikeluarkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu telah muncul semenjak zaman Nabi SAW lagi. Ia ditahan di satu pulau.

    Ketiga: Hadis an-Nawwas yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu keluar ketika orang Islam membuka Qonstantinopel.

    Keempat: Sebab keluarnya ialah kerana ia marah terhadap satu perkara. Ini di sebut di dalam hadis Ibn Omar dari Hafsah yang driwayatkan oleh Muslim.

    Kelima: Keluarnya dari Timur. Dalam satu riwayat yang dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dari hadis Abu Bakar ia keluar dari Khurasan. Dalam riwayat lain oleh Muslim ia keluar dari Isfahan.

    Keenam: Sifatnya ialah bermata satu dll

    Ketujuh: Ia mendakwa pada awalnya iman, baik, kemudian nabi, dan kemudian Tuhan. Ini di sebut dalam riwayat yang dikeluarkan oleh atTabrani dari Sulaiman bin Shihab.

    Kelapan: Ia binasa selepas munculnya di bumi dan memasuki semua tempat melainkan Mekah dan Madinah. Ia menuju Bait al-Maqdis. Nabi Isa turun lalu membunuhnya.

    Abu Nuaim mengeluarkan ketika menerangkan tentang Hassan bin Atiyyah, katanya: Tidak terlepas dari fitnah Dajjal melainkan 12, 000 lelaki dan 7 ribu wanita. Wallahua’lam. (Ibn Hajar al-Asqalani j 13 ms131)

    Kesimpulan dari hadis tentang Dajjal:

    • Dajjal ialah seorang Yahudi
    • Disebut juga sebagai al-Masih ad-Dajjal
    • Dajjal hanya bermata satu kerana matanya yang sebelah buta
    • Ramai pengikutnya Yahudi
    • Dajjal akan menguasai dunia untuk satu tempoh masa dengan izin Allah dan mendakwa dirinya Tuhan
    • Bakat ilusi dan tipudayanya tersangat hebat yang tidak pernah disaksikan sebelumnya
    • Ia akan dibunuh di sebuah kampung bernama Bab al-Lud di Bait al-Maqdis

    Kabbala

    Kepercayaan orang Yahudi tentang personaliti yang disebut-sebut akan muncul di akhir zaman:

    • Kedatangan Nabi atau Raja Bani Israel di akhir zaman yang dikenali al-Masih
    • Al-Masih ini didakwa akan mewujudkan Kerajaan Tuhan di dunia atau ‘Kingdom of God on Earth’ dan membinasakan semua agama lain
    • Penduduk kerajaan Tuhan di Dunia adalah semata-mata bangsa Yahudi yang mengikut agama Judaisme (Kebanyakan anggota Illuminati yang merupakan golongan pemodal elit antarabangsa adalah orang Yahudi yang beraliran mistik Kabbala dan bertuhankan Lucifer. Simbol mewakili Lucifer ialah mata satu yang bermaksud ‘Tuhan Lucifer’ melihat semuanya. Freemasson (kuda tunggangan Illuminati) juga menggunakan simbol mata satu ini. Aliran Yahudi Kabbala mendapat publisiti meluas di media antarabangsa sejak akhir-akhir ini berikutan penganutan bintang terkemuka penuh kontroversi AS, Madonna yangmenjadi pengikut setia dan menyebarkan dakyahnya)fremason
    • Terdapat satu aliran mistikal di kalangan umat Yahudi yang percaya kepada kemunculan Tuhan Lucifer yang bermata Satu. Mempunyai tipu ilusi yang tiada tolok banding (ingat Hollywood dan media maya)

    (rujukan:

    Sesungguhnya Tuhan kamu tidak bermata satu, Crescent News (KL) Sdn Bhd, cet 1, 2007 ms 126)

    Saturday, August 1, 2009

    Menangkis Serangan Barat Terhadap Umat Islam

    Menangkis Serangan Barat Terhadap Umat Islam
    www.iluvislam.com
    dihantar oleh : Abu Ridhuan*
    editor : IskethaykaL






    Muqaddimah

    Dalam realiti kini aktiviti-aktiviti maksiat telah dimanipulasikan menjadi simbol kemajuan dan kemodenan. Manusia yang bernama Muslim tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. Mereka sering berfikir aktiviti leka apakah yang hendak dilakukan untuk menghabiskan masa siang dan malam. Rata-rata yang mengaku muslim dibelenggu oleh nafsu syaitan. Keperibadian mereka larut dalam budaya dan cara hidup Barat.

    Musuh Islam yang sentiasa bekerja keras

    Musuh Islam dari Barat, secara terus menerus dan agresif, menanamkan nilai-nilai dan budaya jahiliyyah ke dalam jiwa umat Islam. Jiwa umat Islam dipupuk supaya merasai ‘rendah diri’ . Dengan da’yah yang sistematik, misalnya melalui media cetak dan elektronik, ditanamkan satu pandangan bahawa apa-apa yang datang dari Islam adalah kuno dan tidak sesuai dengan zaman. Ataupun, apa yang datang dari Islam dianggap ganas dan melampau sedangkan apa yang datang dari Barat dianggap baik, maju dan moden.

    Tidak sedikit umat Islam di pelbagai belahan bumi telah merasa asing terhadap nilai-nilai Islam dan cara hidupnya. Pada masa yang sama, mereka berjinak dengan cara atau gaya hidup Barat. Bahkan, lebih jauh dari itu, umat Islam merasa bangga dengan budaya Barat. Perhatikanlah dalam realiti kini;

    Siapakah yang memenuhi panggung-panggung wayang?

    Siapakah yang melepak dan berpeleseran di tepi-tepi bangunan membeli belah?

    Siapakah yang kerap berkunjung ke pusat-pusat hiburan?

    Siapakah yang ramai menghisap rokok?

    Siapakah yang ramai menagih dadah?

    Siapakah yang membuang anak luar nikah hidup-hidup?

    Siapakah yang sering menjadi ‘kutu-kutu’ malam bersama-sama dengan motosikal-motosikal mereka?

    Siapakah yang paling ramai tercicir dalam pelajaran?

    Siapakah yang paling terkehadapan menentang perlaksanaan hukum-hukum Islam?

    Jawapannya jelas iaitu Umat Islam.


    "Akan datang kepada manusia satu zaman,
    orang yang berpegang teguh dengan agamanya
    seperti orang yang menggenggam bara api." At-Tirmidzi

    Usaha-usaha pembaratan

    Di awal usaha gerakan pembaratan ialah supaya umat Islam merasa ragu-ragu dan asing terhadap deen mereka sendiri dan di hujung gerakan pembaratan ialah Kristianisasi (riddah). Dengan kata lain, merosakkan akidah umat Islam. Antara serangan Barat terhadap umat Islam adalah;

    1. Menghalang tertegaknya kesatuan umat Islam dengan cara menghalang kekhalifahan Islam. Sekaligus, Barat berusaha memperdalamkan perasaan kebangsaan dan kedaerahan di kalangan umat Islam.

    2. Menegakkan pendidikan dengan sistem ‘co-education’ yang mencampurkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sebuah sekolah atau dalam sebuah bilik darjah. Ini mendedahkan umat Islam kepada fitnah.

    3. Melaksanakan sistem riba' dalam ekonomi dan menghancurkan harta kekayaan umat Islam.

    4. Memansuhkan undang-undang Rabbani yang berdasarkan syari’at Islam, dan memaksa perlaksanaan undang-undang rekaan manusia yang meruntuhkan akhlak dan menghancurkan keluarga muslim.

    5. Merosakkan ikatan kekeluargaan, merobohkan nilai-nilai sosial dan merangsang umat Islam mengamalkan akhlak serba boleh (tanpa batasan). Juga menggalakkan hidup berpecah-belah dan menghapuskan keperibadian insan yang soleh.

    6. Memecah-belahkan daerah-daerah Islam dan menanamkan unsur-unsur asing di hati umatnya.

    7. Menulis kembali sejarah Islam berdasarkan kaca mata Barat yang bersifat kebendaan.

    8. Membangkitkan rasa kebanggaan kedaerahan, kebangsaan dan kesukuan serta menghidupkan kembali sejarah kuno sebelum Islam.

    9. Menyebarkan semangat materialisme, mengenengahkan teori Darwin sebagai pintu kepada atheisme dan menanamkan rasa ragu-ragu terhadap ajaran Islam mengenai asal usul kejadian manusia menurut Al Qur’an.

    10. Menyebarluaskan fahaman materialisme dalam hubungan antara manusia dan kehidupan sosial menurut teori Freud (mengenai dorongan seksual) dan teori Marxis (mengenai dorongan isi perut) serta menggambarkan manusia sebagai binatang yang dikuasai oleh nalurinya.

    11. Mematikan bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Al Qur’an.

    12. Menafikan keunggulan kaum Muslimin dalam sejarah peradaban manusia.

    13. Memaksa manusia memahami dan meyakini falsafah-falsafah materialisme seperti dialektika, permissivisme, eksistensialisme dan materialisme. Yang mana falsafah-falsafah ini menyemarakkan perasaan dengki, hawa nafsu dan angan-angan panjang. Juga, falsafah-falsafah ini mengingkari terhadap sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh pancaindera (atau yang tidak dapat dibuktikan secara empirikal).

    14. Mengingkari agama dengan menganggapnya sebagai perkara yang membawa kemunduran hidup dan ketinggalan dari segi kemajuan sosial. Memisahkan Islam dengan politik dan akhlak manusia. Juga, menyerang akidah Islam dan nilai-nilainya.

    15. Menyebarluaskan perpecahan dan permusuhan antara agama-agama dan ras-ras manusia.

    Tujuan proses pembaratan terhadap umat Islam

    1. Agar kaum Muslimin menerima gaya hidup barat dan jahil terhadap sistem hidup Rabbani.

    2. Agar kekuatan kaum Muslimin lumpuh serta tidak berupaya lagi untuk menegakkan kembali peradaban Islam dalam ertikata sebenar.

    Langkah-langkah menangkis serangan barat

    Untuk menangkis gerakan pembaratan terhadap umat Islam, maka antara langkah penting yang perlu diambil adalah;

    1. Menyebarluaskan da’wah Islamiyyah Da’wah Islamiyyah yang menerangkan Islam berdasarkan sumber-sumber yang muktabar perlu diutarakan kepada masyarakat melalui pelbagai wasilah yang munasabah. Ketahanan jiwa umat perlu dibina dengan wa’ Islami yang sebenar. Hati dan ‘aqal masyarakat perlu diselamatkan daripada racun yang disebarkan oleh musuh. Satu hakikat yang tidak dapat disangkal bahawa kejayaan gerakan pembaratan selama ini adalah lantaran jiwa umat Islam yang lemah. ‘Aqal dan ruh umat kosong daripada ajaran Islam sebenar.

    2. Melaksanakan Tarbiyyah Islamiyyah
    Tarbiyyah Islamiyyah untuk membentuk individu-individu muslim perlu dilaksanakan melalui pelbagai program. Individu-individu muslim yang soleh adalah umpama batu bata yang akan membangunkan bangunan Islam serta mampu untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam. Begitu juga kurikulum Tarbiyyah Islamiyyah perlu dibina akan dapat dijalankan di sekolah-sekolah. Pelajar-pelajar dididik dalam bidang akidah, syar’iah dan akhlak. Tarbiyyah Islamiyyah bukan sekadar menjadikan Islam sebagai pengetahuan sahaja, tetapi juga melahirkan keyakinan dan amal Islami dalam kehidupan harian.

    3. Mengenengahkan Islam melalui media massa
    Pekerja-pekerja Islam perlu memberi perhatian terhadap media massa. Seharusnya, pihak Islam mempunyai pusat maklumatnya sendiri yang dikendalikan oleh tenaga-tenaga mahir yang ikhlas dan mampu menyingkap pelbagai bahaya tersembunyi dalam da’yah yang disiarkan oleh musuh-musuh Islam.

    4. Membina kesatuan umat Islam
    Sewajarnya umat Islam berusaha ke arah kesatuan dan penyelarasan sehingga dapat berdikari dalam pelbagai bidang kehidupan. Pergantungan kepada pihak musuh, baik dalam aspek politik, ekonomi mahu pun mana-mana keperluan hidup, akan hanya mengundang kelemahan dan perpecahan. Musuh-musuh akan mengambil kesempatan daripada kelemahan dan perpecahan itu untuk campur tangan dan seterusnya merosakkan urusan umat Islam.



    Penutup

    Di samping langkah-langkah di atas diambil untuk berhadapan dengan gerakan pembaratan oleh musuh-musuh Islam, umat Islam juga perlu berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sesuatu yang datang dari luar. Jangan terjadi, dengan beralasan kepada sikap ‘toleransi dan terbuka’, maka gerakan-gerakan yang merosakkan akidah Islam dibiarkan begitu sahaja hingga boleh membawa kepada gejala riddah yang berleluasa.

    Glosari kata

    Riddah = murtad

    Iklan

    Renungan

    Tanpa Kepedihan dan Kesengsaraan Kita Akan Membuang Perkara Yang Indah Dengan Sia-Sia Sahaja Tanpa Memberi Kesan Kepada Iman Kita Renungkanlah ... Ingatilah Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Muhammad s.a.w Berjaya Atas Kepedihan dan Kesengsaraan Yang Lebih Hebat Dari Kita ... Maka Itu Kesabaran Sahaja Yang Membentengkan Kita Untuk Kita Tidak Terkeluar Dari Landasan...

    I Hate Israel

    Zionists in Israel Doing With Severe and extreme violence
    Why do we Muslims and Muslimat just let them continue to suffer
    Which we love them though God has given this love as our weapon to subvert the Zionist Israel
    Not enough just to pray, shout anti Israel boycott their goods and making protest signs protest their atrocities.
    We need to unite regardless of status, race, mentality, national and political as well as Muslim and Muslimat Let us together to destroy and overthrow the Jews of Israel continued the beatings our brothers in Palestine
    Let not our guard again, it emerged as the Sultan Salahuddin Ayub in Jerusalem.
    Remember we have the golden age of Islam were we take the history of the Prophet in all previous wars are the strategy for eliminating the al-Kafirun the plight of Muslims before
    Do not just let it alone and wait for God to help us we need to pray, work, effort and puteri. Then we wait for God's blessings on our efforts.

    Ingatan Kalian dan JiwaIslam

    Nature Future

    Nature Future
    Menjana Pendapatan

    Job At Home

     

    Elken

    Elken
    Jana Pendapatan

    Bicara Secara Maya

    Halwa Jiwa Islam 1

    لامن جيوا دان نوراني إسلام Copyright © 2009 Community is Designed by Bie