Salam

Video Pilihan Jiwa islam

Anti Zionist

Gambar-Gambar

al-Quran

Listen to Quran

    Sunday, May 24, 2009

    Tazkirah Jumaat: Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar

    Tazkirah Jumaat: Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar

    Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.


    Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.

    Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.

    Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.

    Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

    Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.

    Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

    Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.

    Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.

    Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

    Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.

    Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.

    Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.

    Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."

    Sebagai kesimpulan, bagi menjernihkan keadaan di kalangan ahli-ahli parti lebih-lebih lagi menjelang 'Muktamar Tahunan PAS' pada Jun depan dalam suasana pemilihan pucuk pimpinan parti, adalah diharapkan agar setiap perwakilan dapat menggunakan kewarasan cara berfikir dengan tidak bertindak secara melulu, lebih-lebih lagi isu yang mengaitkan ketokohan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang semakin panas di dada akhbar dan laporan siaran berita yang mempunyai agenda tersendiri.

    Paksa

    Keratan Akhbar







    Saturday, May 23, 2009

    Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat

    Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat



    Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9 : “Adakah sama orang jahil dengan orang yang berilmu?”
    Menurut ahli tasawuf, berilmu yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi manusia. Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah sebagai pengenalan awal kepada diriNya sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah pengenalan yang hakiki.

    Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai rahsia ketuhanan. Semakin ia bersih, semakin memancarlah makrifat pada hatinya. Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah. Mereka yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan (sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya) imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan wujud Tuhan. Ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada.

    Firman Allah : “Dimana kamu hadap di situlah wajah Allah SWT.” (Al-Baqarah : 115)

    Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan hakikat. Inilah kasyaf yang hakiki di mana hatinya dapat menangkap rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang haq.

    Firman Allah : “Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al-Quran itu melainkan mereka yang suci…”

    Ayat ini ditafsir oleh ulama tasawuf dengan maksud bahawa ayat-ayat Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor. Bacaan mereka hanyalah di lidah, bukannya di hati. Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di hati. Tanyalah diri sendiri, bagaimanakah perasaanmu bila membaca ayat :

    “Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana kamu berada.” (al-Hadid : 4)

    Kalau hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa, ayat di atas hanyalah sekadar suatu maklumat pada akalmu sahaja. Dan apabila hal keTuhanan berada pada akal, ia akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang lain pula. Tetapi jika hatimu bersih, ayat ini dapat dirasai dan dilihat dengan pandangan cahaya hati sehingga merasai kebersamaan dengan Allah di mana saja berada.

    Mereka yang mengingati Allah dalam penghayatan dan penglihatan akan merasai kelazatan iman dan makrifat yang tidak terhingga. Allah adalah kekasihnya dan ia meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah. Allah adalah yang dirindui dan ia menjadi perindu, Allah menjadi pujaan dan ia sebagai pemuja.

    Sesiapa yang mengenal Tuhan, ia akan mencintai Tuhan dan leburlah segala keindahan yang lain. Sesiapa yang mengenal Tuhan, tiadalah ia resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya. Memancar pada hatinya sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan ia mendapat perlindungan dari Allah SWT. Ini disebabkan hatinya sentiasa bercahaya dengan zikrullah dan Allah memberi pengakuan dengan firmanNya :

    “Dan ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadanya…” (al-Baqarah : 152)

    Apabila Allah mengingatinya, nescaya hatinya dipenuhi dengan cahaya kebenaran dan terhapuslah cahaya kebatilan yang datang dari syaitan.

    Firman Allah : “Apabila datangnya kebenaran akan terhapuslah kebatilan...” (al-Isra’ : 81)

    Ada juga yang mentafsirkan mengingati Allah dengan melakukan kebaikan sedangkan pentafsiran seperti ini adalah berbentuk umum dan tidak muafakat di kalangan mufassirin yang muktabar, apatah lagi tafsiran yang dihurai oleh ulama-ulama tasawuf yang merupakan pakar dalam bidang kejiwaan manusia.

    Kesan Zikir Terhadap Otak

    Kesan Zikir Terhadap Otak








    Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

    Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

    Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.



    Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

    Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

    Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.



    Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

    Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


    SELAWAT SYIFA'

    “Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.”

    SELAWAT SYIFA'

    [selawat-syifa.jpg]

    Kegunaan ayat-ayat menurut Darussyifa:

    1. Surah-Al-Fatihah dibacakan bersama Selawat Syifa’ untuk semua penyakit.

    2.Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’& Lauanzalna untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.

    3. Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’ , Selawat Tafrijiyyah untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya.

    Dipetik daripada laman Darus Syifa

    Thursday, May 21, 2009

    FAHAMAN-FAHAMAN TASAUF PALSU

    FAHAMAN-FAHAMAN TASAUF PALSU
    DAN AJARAN SESAT


    Perkataan tasauf, ahli sufi yang sering diperkatakan oleh masyarakat, setakat mana masyarakat kenal ahli tasauf yang sebenar? Kita tidak tahu. Oleh sebab itu kita lihat ramai orang terjebak dengan ajaran sesat yang berselindung disebalik nama tasauf atau ahli sufi.

    Ajaran sesat yang berselindung disebalik nama tasauf ini bukan pada hari ini sahaja timbul, malah ianya timbul sebelum Imam Al-Ghazali lagi. Apabila agama Islam tersebar luas keseluruh pelosok dunia dan bukan sahaja disekitar negara arab sahaja malah ianya mencakupi disebelah Rom dan Parsi. Kesan daripada itu berbagai kesan budaya telah menyerap masuk kedalam Islam. Hasil daripada itu juga fahaman yang berasal dari budaya lain telah menyerap masuk kedalam masyarakt Islam. Kesempatan inilah yang telah diambil oleh musuh Islam untuk merosakkan Islam dengan orang Islam sendiri.

    Dalam kitab “Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayan Haqiqatu Iman Al-Mu’minin” oleh ‘Alim Al-Fadhil Muhmammad Arshad telah menyatakan terdapat tiga belas golongan fahaman salah yang berselindung disebalik nama sufi atau ahli tasauf. Golongan ini layak digelar sebagai kafir atau fasiq. Kerana ajaran-ajaran mereka bertentangan dengan ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Golongan tersebut ialah:

    Pertama: Habibiyyah, antara iktiqad golongan ini ialah:


    Apabila seseorang itu telah sampai kepada martabat kasih kepada Allah, maka terlepas dari taklif syara’. Segala yang haram menjadi halal bagi mereka. Fardhu sembahyang, puasa dan sebagainya adalah harus bagi mereka untuk mengerjakannya atau tidak.
    Golongan mereka tidak perlu menutup aurat.
    Apabila samapi ketahap yang paling tinggi sekali kasih kepada Allah segala dosa besar seperti zina, minum arak dan sebagainya boleh mereka lakukan dan tidak mendapat azab daripada Allah.
    Segala ibadat zahir tidak perlu mereka lakukan dan mereka hanya perlu bertafakkur sahaja untuk beribadat.
    Harus bagi mereka untuk bersetubuh dengan segala perempuan.
    Segala harta didunia ini adalah milik anak Adam. Dan kita semua adalah dari keturunan anak Adam, jadi kita berhak segala harta yang berada di muka bumi ini.
    Kedua: Auliyaiyyah, antara iktiqad golongan ini ialah:
    Apabila seseorang itu sampai kepada darjat wilayah, terlepas mereka daripada segala suruhan dan larangan dan martabat wali lebih mulia dari martabat nabi.
    Ketiga: Thamrakhiyyah.
    Golongan ini antara lain, iktiqad mereka ialah tidak lagi terikat dengan suruhan dan larangan Allah. Golongan ini mengharuskan menyanyi dan segala alat muzik. Mereka diharuskan untuk berzina dan sebagainya. Golongan ini diasaskan oleh Abdullah Thamrakhiyyah.
    Keempat: Ibahiyyah, iktiqad mereka ialah:

    Kita tidak perlu melakukan kerja-kerja menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana kita sendiri tidak mampu melakukan kerja-kerja tersebut apalgi untuk menyeru orang lain.
    Golongan ini mengharuskan zina dan tidak berdosa.
    Kelima: Haliyah. Iktiqad golongan ini ialah:

    Diharuskan menari dan bertepuk tangan sambil menyanyi sehingga pengsan.
    Kata mereka bahawa “Sheikh kami berada dalam suatu hal”.
    Keenam: Huriyyah.
    Iktiqad golongan ini hampir sama dengan iktiqad golongan Haliyah, cuma mereka menambah semasa kami pengsan ketika menyanyi, kami didatangi oleh bidadari daripada syurga lalu kami jima’ dengan mereka dan setelah sedar kami mandi junub.
    Ketujuh: Waqi’iyyah.
    Iktiqad golongan ini ialah bahawa kita tidak perlu kenal Allah Taala. Ini kerana kita ini lemah lagi seorang hamba. Jadi kita tidak perlu mengenal Allah lagi.
    Kelapan: Mutajahiliyyah/Mutahalliyyah.
    Golongan ini memakai pakaian-pakaian yang elok dan melakukan pekerjaan fasiq. Antara kata mereka bahawa: Kami tidak dapat lari dari melakukan zina.
    Kesembilan: Mutakasilah.
    Golongan ini malas bekerja. Kerja mereka hanyalah meminta-minta daripada orang ramai samada atas nama zakat atau sedekah.
    Kesepuluh: Ilhamiyyah.
    Iktiqad golongan ini sama seperti al-Dahriyyah. Golongan ini enggan belajar dan membaca Al-Quran. Pada pandangan mereka, Al-Quran itu hanya merupakan hijab untuk mengenal Allah. Kerana itu mereka hanya mempelajari syair-syair dan kata hikmah sahaja sebagai tarikat mereka.
    Kesebelas: Hululiyyah. Iktiqad golongan ini ialah:

    Bahawa setiap makhluk bersatu dengan Allah Taala.
    Harus kita memandang kepada perempuan yang cantik dan boleh menari dan memeluknya. Kerana sifat cantik itu adalah sifat Allah yang dianugerahkan kepada kita semua.
    Apabila seseorang itu sunyi dari hawa nafsu dan ikhlas kepada Allah, maka gugurlah segala amal syariat. Segala ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya.
    Keduabelas: Kaum Wujudiyyah.

    Iktiqad golongan ini berdasarkan kepada tafsir kalimah “La Ilaha IllaLlah” iaitu: Tidak ujud melainkan ujud Allah. Dan pandangan mereka lagi bahawa tidak maujud melainkan dalam kandungan ujud segala makhluk. Iaitu setiap makhluk terdapat ujud Allah. Allah dan makhluk adalah dari satu jenis dan sebangsa. Golongan ini juga beriktiqad bahawa tuhan bertempat dan tertakluk kepada masa.
    Ketigabelas: Mujassimah. Iktiqad golongan ini ialah:

    Allah mempunyai anggota seperti tangan, kaki, berdaging dan sebagainya.
    Allah Taala itu berupa tetapi tidak tahu bagaimana rupanya.
    Allah Taala bergerak samada naik atau turun. Dan tempat kediaman Allah Taala ialah diatas ‘Arash.
    Itulah antara fahaman-fahaman yang tersebar dikalangan umat Islam semenjak dahulu. Fahaman-fahaman ini tersebar dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah sampai kehari ini. Fahaman ini mendapat pengaruh bukan sahaja masyarakat Islam di Malaysia tetapi juga umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu kita janganlah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang diragukan kesahihannya.

    Wednesday, May 20, 2009

    Biography Iblis

    Biography Iblis


    Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.

    Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll

    Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

    Status diri : Fasik kelas pertama

    Agama : Kufur

    Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai

    Alamat Tetap : Neraka jahanam

    Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah

    Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok

    Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

    Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

    Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus

    Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

    Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

    Sahabat karib : Anak-anak Adam

    Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'

    Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya

    Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

    Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)

    Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar

    Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

    Logo : Sebarang tatu

    Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

    Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

    Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

    Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT

    Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat

    Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam

    Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

    Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah

    Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

    Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s

    Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran

    Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan

    Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran

    Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa

    Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

    Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya

    Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

    Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya

    Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala

    Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina

    Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya

    Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya

    Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat

    Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

    Ingatlah jauhilah iblis dan sekutunya ........

    Monday, May 18, 2009

    Solat 1

    Hal Solat Part 1



    Kitab Rahsia Solat Dan Keutamaannya
    (Bahagian 1)

    Solat itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan. Ia juga Penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan. Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya) dan furu'-furu'nya (cabang-cabangnya) telah pun terkumpul di dalam mata pelajaran ilmu fiqh. Di sini kita hanya menyingkatkan pembicaraan kepada perkara-perkara yang perlu saja bagi para pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan solat dan rahsia-rahsia kebatinan solat semata-mata.

    Keutamaan azan

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

    �Tiada seorang jin atau manusia atau benda apapun yang mendengar suara pangilan azan itu, melainkan dia akan menyaksikannya di Hari Kiamat kelak.�

    Sabdanya lagi:

    �Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri.�

    Menyahut azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali pada hai'alataini maka hendaklah dijawab dengan kata:

    �Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah.�

    �Dan pada kata-kata �Qadqamatis-Solah' dijawab pula:

    �Semoga Allah mendirikannya (solat) dan mengekalkannya.�

    Dan pada kata-kata: �Ash-Solatu Khairun Minan-naum' pula dijawab:

    �Engkau telah berkata benar dan berbakti.�

    Sesudah azan, hendaklah ia membaca:

    �Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga shalat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya.�

    Keutamaan solat fardhu

    Allah berfirman:

    �Sesungguhnya solat itu merupakan kewajiban yang ditentukan atas kaum Mu'minin.� (an-Nisa : 103)

    Rasulullah s.a.w. pula bersabda:

    �Solat-solat yang lima dan demikian pula satu Jum'at sampai satu Jum'at yang lain menjadi tebusan dosa antara masing-masing solatnya, selama dijauhi dosa-dosa besar.�

    Baginda juga pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab: � Solat pada waktunya .�

    Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pula berkata: Apabila sampai waktu solat, maka segeralah mendapatkan api yang kamu nyalakan itu seraya memadamkannya .

    Keutamaan menyempurnakan rukun-rukun solat

    Bersabda Rasulullah s.a.w.:

    �Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya dan melengkapkan wudhu'nya serta menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusyu'nya, nescaya solat itu akan terangkat (ke atas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar solat itu: Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihara aku. Barangsiapa menunaikan solat di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wudhu'nya serta tiada menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusyu'nya, nescaya solat itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. Ujar solat itu: Semoga Allah menyia-nyiakan engkau, sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku. Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan oleh Allah, maka ia pun dilipat-lipat, sebagaimana dilipatkan baju-baju yang koyak, lalu dipukulkanlah solat itu ke muka orang yang melakukannya.�

    Keutamaan berjemaah

    Bersabda Rasulullah s.a.w.:

    �Solat berjemaah itu melebihi solat bersendiri dengan 27 darajat.�

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam solat, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (solat berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka .

    Dalam sebuah Hadis Marfu' yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya: Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya' berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu .

    Berkata Muhammad bin Wasi: Saya tiada menginginkan dunia melainkan pada tiga perkara saja:

    (1) Seorang saudara yang apabila saya membuat bengkok (salah), dia akan meluruskan (membetulkan) saya.

    (2) Makan dari rezeki yang halal.

    (3) Solat dalam berjemaah yang akan diangkat daripadaku semua kelalaianku dan dituliskan bagiku pahala.

    Al-Hasan pula berkata: Jangan kamu bersolat di belakang seorang yang tidak sering mendatangi para ulama .

    Ibnu Abbas r.a. berkata: Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi solat berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya .

    Keutamaan sujud

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    �Tiada seorang Muslim pun yang bersujud kepada Allah sekali sujud saja, melainkan Allah mengangkatkan baginya satu darjat (pahala) dan menghapuskan satu keburukan (dosa).�

    Dan sabdanya lagi:

    �Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud, maka perbanyakanlah berdoa ketika itu.�

    Allah berfirman:

    �Tanda-tanda mereka ada di wajah mereka tersebab dari bekas (banyaknya) bersujud.� (al-Fath: 29)

    Yakni cahaya atau nur kekhusyu'an mereka, kerana cahaya inilah yang dikatakan memancar dari batiniah seseorang, lalu terpapar dilahiriahnya.

    Kewajiban berkhusyu'

    Allah berfirman:

    �Dan dirikanlah solat itu kerana mengingatiku.� (Taahaa: 14)

    Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam solat bertentangan dengan maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan solat untuk mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam solatnya.

    Allah berfirman lagi:

    �Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.� (al-A'raaf: 205)

    �Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mu'minin yang berkhusyu' dalam solat mereka.� (al-Mu'minun: 1-2)

    Allah telah mengkategorikan khusyu' dalam solat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam solatnya, bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata �al-Falah�.

    Sabda Rasulullah s.a.w.:

    � Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka solatnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya).�

    Sabda lain:

    �Barangsiapa yang bersolat, padahal solatnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya.�

    Diceritakan suatu peristiwa dari Muslim bin Yasar, bahawasanya pada suatu hari dia bersolat di Masjid Basrah, maka dengan tiba-tiba dinding masjid itu runtuh, sekalian orang-orang di pasar (yang berdekatan dengan masjid itu) merasa terkejut kerana kerasnya bunyi keruntuhan itu, akan tetapi Muslim yang sedang mengerjakan solat itu tetap pada tempatnya, menoleh pun tidak. Sesudah solat, apabila dilihatnya orang ramai mengucapkan selamat kepadanya, dia merasa hairan. Katanya: Saya tidak tahu atau rasa dinding itu runtuh.

    Berkata Ibnu Abbas: Dua rakaat dalam tafakkur (mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah Ta'ala) lebih baik daripada beribadat sepanjang malam sedang hatinya lalai .

    Keutamaan masjid dan tempat solat

    Allah berfirman:

    �Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.� (at-Taubah: 18)

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    �Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah, sekalipun seperti pondok ayam, nescaya Allah akan mendirikan baginya rumah dalam syurga.�

    Sabdanya lagi:

    �Apabila seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk.�

    Sabdanya lagi:

    �Tiada akan sempurnalah solat orang yang bertetangga dengan masjid, melainkan di dalam masjid.�

    Sabdanya lagi:

    �Akan datang kepada manusia suatu masa, mereka akan duduk-duduk dalam masjid, mereka membicarakan tentang hal-ehwal keduniaan, ketahuilah bahawa Allah tiada berhajat kepada orang-orang serupa itu, maka hendaklah kamu menjauhkan diri daripadanya.�

    Saturday, May 16, 2009

    PETA PEMIKIRAN ASTORA JABAT DALAM ISU 'AURAT

    PETA PEMIKIRAN ASTORA JABAT DALAM ISU 'AURAT


    Bagi sebahagian muslimin yang tidak begitu biasa dengan istilah-istilah dan kitab-kitab para ulama dan tokoh cendiakawan Islam, mungkin merasa hebat apabila mendengar atau membaca seseorang menggunakannya dalam ucapan dan tulisannya. Dengan kekaguman itu mereka seolah terpukau sehingga tidak dapat menilai sejauh manakah kebenaran fakta yang dibawa. Demikian halnya sebahagian yang membaca tulisan-tulisan Astora Jabat. Dengan menyebut beberapa tulisan Arab dan mempermudahkan dalam menyandarkan sesebuah pendapat kepada sesuatu mazhab, tanpa membuat semakan detail ketepatannya, maka Astora cuba mempengaruhi sesiapa yang boleh dipengaruhinya.
    Tulisan ini adalah siri awal yang cuba mengajak umat Islam di negara melihat di manakah letak pemikiran Astora Jabat dalam kerangka pemikiran modern. Pada peringkat ini saya hanya bercadang untuk melihat secara umum kedudukan aliran pemikiran Astora. Terlebih dahulu, saya juga ingin pembaca memahami bahawa saya tidak berniat jahat atau berhasad dengannya. Saya hanya mengenali beliau dari cara dan gaya serta aliran yang diambil dalam tulisannya.

    Sebenarnya, segala yang cuba dicanang dan ditonjolkan oleh Astora bukan perkara baru dalam sejarah serangan atau pandangan pemikiran Barat terhadap Islam dan umatnya. Bagi saya Astora tidak lebih hanya menceduk tulisan beberapa buku dan tokoh serta nota kaki mereka kemudian mengemukakan kepada umat Islam di Malaysia seolah-oleh itu adalah kajian beliau.

    Saya juga percaya bahawa senarai kitab-kitab atau pandangan-pandangan mazhab yang disebut oleh Astora, kebanyakan beliau sendiri tidak pernah merujuk dan menyemaknya sebaliknya hanyalah sekadar menceduk apa yang disebut oleh penulis yang lain Kaedah ini sebenar melanggar disiplin ilmiah dunia akademik. Cara ini hanya dilakukan oleh seseorang yang tidak mementingkan ketulenan fakta. Dia lupa bahawa pandangan-pandangan yang berikan oleh setiap tokoh diukur ketepatannya dengan al-Quran dan as-Sunnah ath-Thabitah bukan sekadar memungutnya. Sejak sekian zaman umat Islam yang memegang aliran Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah bersepakat tanpa khilaf bahawa segala perselisahan rujukannya ialah al-Quran dan as-Sunnah. Nas-nas dalam hal ini sangat banyak yang tidak perlu diulangi. Pandangan setiap individu ditimbang dengan timbangan ini.

    Sebagai contoh cuba lihat sikap Astora terhadap aurat wanita yang disiarkan pada 17 Oktober 1999 dalam Utusan Malaysia. Beliau cuba membawa suatu pandangan yang menganggap rambut wanita bukanlah `aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal. Pandangan ini sebanar tidak lebih hanya petikan pandangan dua orang tokoh Mesir yang mendewakan kehidupan Barat iaitu Al-`Ashmawi dan `Abd al-`Azim Ramadhan. Keduanya menganggap kepala wanita bukanlah `aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal. Pandangan mereka yang batil itu telah dijawab oleh Mufti Mesir Muhammad `Ali at-Tantawi dan tokoh mufassir Mesir, as-Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi r.h. Sesiapa yang inginkan pendetilannya boleh rujuk buku “al-Gharah `ala al-Hijab”. Buku tersebut menyebut hujah-hujah kedua lelaki berkenaan serta jawapan at-Tantawi dan al-Mutawaali asy-Sya’rawi terhadap mereka.

    Perjuangan menentang hijab berlaku sejak dahulu lagi. Kononnya hijab adalah punca kemunduran dunia Islam. Mereka lupa bahawa punca kemunduran sebenar kerana kita meninggalkan agama yang tulen dan membiarkan kepalsuan, bid`ah serta kemungkaran hidup dalam masyarakat. Mereka ini akan cuba mengulas nas agar menepati selera dan kehendak mereka. Marqus Fahmi dalam tulisannya al-Marah fi asy-Syarq juga mempertikaikan hijab. Ini telah dijawab oleh tokoh-tokoh Islam semasa termasuk Anwar al-Jundi.




    Persoalan aurat sudah banyak dibahaskan. Setiap pengkaji Islam boleh merujuk kitab-kitab tafsir yang beralaskan nas-nas syarak dalam menafsirkan Surah al-Ahzab 59 dan an-Nur 60. Para ulama dalam ini, ada yang bertegas menyatakan seluruh tubuh wanita adalah `aurat. Ini seperti yang dipegang oleh kebanyakan ulama di Saudi sekarang. Sesiapa yang ingin pendetilan bolehlah merujuk kepada kitab-kitab fatwa masyaikh di Saudi antaranya buku al-Hijab yang ditulis oleh as-Syeikh Soleh Fauzan. Sementara jumhur ulama pula menyatakan muka dan tapak tangan tidak termasuk dalam `aurat. Hujah-hujah yang kuat dalam masalah ini telah dijelaskan as-Syeikh Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Niqab lil al-Mar ah baina al-Qaul bi bid`atih wa al-Qaul bi Ujubih. Saya amat cenderung kepada pendapat jumhur ini. Ada fuhaqa dari Mazhab Ahnaf (Hanafi) yang lebih longgar, membenarkan pergelangan kaki dibuka. Abd al-Karim Zaidan telah menghimpunkan perbincangan ini dalam tulisannya al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah. Saya tidak bercadang untuk mendetilkan persoalan ini sebaliknya sekadar untuk menjelaskan bahawa adalah lebih baik para pembaca merujuk kepada para ilmuan dan cendiakawan Islam yang dipercayai agamanya dari merujuk kepada sesiapa sahaja yang diragui diri dan ilmunya.

    Di samping itu saya mencabar Astora untuk mendetilkan alasannya yang menyatakan kepala wanita tidak dikira `aurat. Persoalannya, mengapakah isu tutup `aurat sering kali diserang ? Apakah tujuannya?





    Serangan ini muncul sejak lama lagi. Antara puncanya adalah tindakbalas umat Islam terhadap perkembangan yang berlaku di dunia Barat. Barat yang sebelumnya ketinggalan jauh di bandingkan kemajuan yang pernah dicapai oleh umat Islam kembali berjaya menguasai tamdun kebendaan dan cuba memunculkan diri mereka sebagai simbol kejayaan tamadun manusia moden. Ini sebenarnya hasil kecuaian umat Islam terutama golongan agama dan pemerintah. Justeru itu semua pandangan bangsa-bangsa tertumpu kepada Barat, termasuklah umat Islam. Barat telah dianggap kononnya simbul kepada gaya hidup zaman modern, juga kononnya mereka adalah pejuang hak dan kebebasan manusia moden.

    Dalam menghadapi cabaran ini dunia umat Islam yang tidak mahu dianggap ketinggalan zaman maka munculnya tiga sikap utama muncul dalam melihat kemajuan dunia Barat.

    Di kalangan mereka ada yang menerima apa sahaja dari Barat dan menolak agama serta tidak menghiraukan langsung nas-nas agama. Ini seperti Taha Hussain di Mesir. Beliau menyeru agar Mesir mencontohi dan meninggalkan keislamannya untuk maju kehadapan. Katanya dalam bukunya Mustaqbal ath-Thaqafah fi Misr, “Jalan ke arah itu hanyalah satu..iaitu kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamudunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicercai”. Bahkan dalam beberapa tempat beliau dengan jelas mengajak agar Mesir meniru Eropah sekalipun dalam beragama. Bagi golongan ini, menutup `aurat sudah pasti ditentang oleh mereka kerana ianya boleh membezakan kita dengan Barat.
    Ahmad Reda Bik yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki. (lihat: al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu`asir, jld 2, m.s. 273)


    Golongan yang kedua, mereka tidak menyatakan mereka menolak agama tetapi apa yang mereka lakukan ialah cuba menafsirkan nas-nas Islam agar sesuai dengan kehidupan moden di Barat. Apa sahaja nas al-Quran atau as-Sunnah yang menyanggahi Barat akan cuba ditakwil sedaya upaya agar dapat disesuaikan dengan cara hidup di Barat. Di zaman ini mereka dikenali dengan Islam ala Amarika. Bagi mereka seolah-olah kehidupan Barat adalah asas dan nas-nas mesti disesuaikan dengannya. Sedangkan dalam manhaj Islam nas-nas al-Quran adalah asas dan kehidupan mesti disesuaikan dengannya bukan sebaliknya. Ini seperti yang disebut oleh al-Qaradawi dalam al-Marji`iyyah al-`Ulya fi al-Islam, “Mereka menuntut agar Islam berubah tetapi mereka tidak meminta agar perubahan diislamkan”.
    Kalaulah sekiranya wanita Barat memakai purdah, percayalah mereka sungguh-sungguh mempertahankan dalil wajib memakai purdah. Kalau wanita Barat bertudung nescaya bersungguh-sungguh mereka kumpulkan dalil wajib bertudung kepala. Namun oleh kerana mereka melihat dunia Barat tidak menutup `aurat seperti wanita Islam maka segala nas agama cuba ditafsirkan agar bersesuai dengan keadaan tersebut. Lihat apa kata seorang tokoh mereka, Dr. `Imad `Abd al-Hamid an-Najar dalam Jaridah al-`Akhbar, “..adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut oleh al-Quran mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah. Hukum-hakam ini bukan lah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

    Ini adalah jelas, sama seperti Astora. Dewasa ini ianya dikenali sebagai aliran Islam Amerika. Mereka ini tidak menyatakan yang mereka inginkan tinggalkan agama tetapi mereka tafsirkan agama seiras pandangan-pandangan umum yang diterima oleh masyarakat Barat. Sedangkan, disiplin asas dalam pengkajian nas hendaklah nas-nas yang menentukan sesuatu keputusan bukan keputusan yang menentukan tafsiran nas. Kata tokoh tafsir terkenal di zaman ini, Dr. Solah al-Khalidi dalam buku Mafatih li at-Ta`amul ma`a al-Quran: “Sesungguhnya sebahagian manusia telah tersalah dalam hubungan mereka dengan al-Quran. Mereka memasuki alam al-Quran yang luas dengan cara yang tidak betul. Di kalangan mereka ada yang membawa bersamanya (dalam memasuki alam al-Quran) himpunan ilmu pengetahuan, thaqafah, akhlaq, adat istiadat dan sikap yang bertentangan dengan arahan al-Quran, maka cahaya al-Quran terhalang darinya. Ada pula yang memasuki alam al-Quran dengan suatu pemikiran sebelumnya yang mengganggu fikirannya ketika dia melihat al-Quran maka terhalanglah pandangannya, lantas dia terjatuh dalam kekaburan dan kekeliruan. Ada pula yang mengambil al-Quran dengan niat serta latarbelakang tertentu, juga tujuan yang hendak diperolehinya maka dia menyelewengkan jalannya, memutar belitkan, memaksa-maksa dalil dan nas dan memayah-mayahkan ulasan untuk dijadikan alasan bagi dirinya..”

    Dengan melalui kaedah yang salah ini, segala dalil akan ditafsirkan agar serasi dengan kehendak yang diputuskan. Inilah cara al-Quran diperalatkan. Sesiapa yang ingin penjelasan yang detil dalam bab ini, dia boleh merujuk kepada buku tulisan al-Khalidi di atas. Astora nampak begitu tekun meliti jalan ini. Jalan yang memaksa al-Quran dan as-Sunnah mengikut keputusan yang dibuat bukannya keputusan yang bakal dibuat mengikut al-Quran.

    Golongan ketiga menapis apa yang ada di Barat dengan tapisan Islam. Kemajuan diakui, bahkan kemajuan yang dinikmati di Barat adalah cedukan dari kemajuan yang pernah wujud di dunia Islam dahulu. Bukan semua yang ada di Barat mesti ditolak. Namun bukan semua mesti diterima. Timbangannya ialah tafsiran yang betul terhadap nas-nas- al-Quran dan as-Sunnah. Islam adalah agama yang hidup dan sesuai untu segala masa dan zaman. Kaedah syara’ juga menyatakan bahawa “tidak dinafi perubahan hukum dengan perubahan zaman”. Tetapi hendaklah dibezakan bahawa di dalam ajaran Islam ada perkara yang tetap dan yang boleh berubah. Inilah golongan dan pendirian umat Islam yang lurus dengan agamanya. Adalah dicadangkan kepada Astora Jabat melaluinya.

    Tujuan Astora Jabat

    Saya melihat tujuan Astora menulis tidak lebih melainkan untuk kepentingan golongan tertentu dalam negara ini. Terutama golongan politik pemerintah. Tulisannya yang fakir dari perasaan takutkan Allah dan sunyi dari penghormatan terhadap tokoh-tokoh umat. Racun-racun yang Astora yang taburkan dalam tulisannya adalah sama dengan racun-racun yang pernah ditaburkan oleh golongan orientalis sejak dahulu. Saya seakan-akan dapat memaafkan orientalis kerana mereka memang tidak beragama dengan agama ini, bagaimana meraka akan menyokongnya. Namun Astora Jabat menyatakan dirinya muslim tetapi sering menggunakan racun yang sama. Ini sesuatu yang sukar dimaafkan.

    Dengan penuh kesedaran juga, saya katakan, masih ada perkara-perkara yang berhajat kepada semakan di dalam ajaran Islam yang diamalkan, terutama yang membabitkan persoalan ijtihad. Namun hendaklah dibekalkan dalam jiwa pengkaji perasaan takutkan Allah dalam memetik hukum-hakam, bukan tamakkan pangkat dan harta. Pintu ijtihad terbuka dan tiada siapa berhak menutupnya. Bagaimanapun bagi ijtihad itu ada syarat-syarat yang tidak boleh diketepikan dengan mudah.

    Ucapan

    Selamat Hari Guru Buat Semua Guru Yang Melawati Laman Blog Saya Ini .....




    Akidah

    AKIDAH

    1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

    1. MAKSUD IMAN

    - DARI SEGI BAHASA :
    § percaya

    - DARI SEGI ISTILAH :
    § Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

    2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
    - membentuk insan muslim sejati
    - supaya istiqamah dalam ibadat
    - melahirkan generasi berakhlak mulia

    3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

    · SYIRIK

    · MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
    •  JENIS-JENIS SYIRIK : 

    1. Syirik Jali

    - Maksud :
    § perlakuan syirik secara terang-terangan

    - Contoh :
    § menyembah patung dan berhala
    § menyembah bulan atau matahari
    § mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

    - Akibat :
    § rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

    2. Syirik Khafi

    - Maksud :
    § tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

    - Contoh :
    § riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
    § ujub (mengagumi diri sendiri),
    § takbur (membangga diri)

    - Akibat :
    § dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
    § sukar menerima pandangan orang lain

    3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :

    · Ia membatalkan iman seseorang
    · Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
    · Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
    · Mencemarkan kesucian agama Islam

    4. Cara mengelak perbuatan syirik
    · Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
    · Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
    · Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

    5. Kesan syirik
    · Membatalkan iman
    · Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
    · Dimurkai Allah

    • · KUFUR
    · MAKSUD :
    - tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

    · JENIS-JENIS KUFUR :

    1. Kufur Hakikat :
    - Maksud :
    § ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah

    - Contoh :
    § tidak mengakui balasan diakhirat
    § menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
    § menyatakan solat fardhu merugikan masa
    § menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

    2. Kufur Nikmat :

    - Maksud :
    § mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan

    - Contoh :
    § menggunakan nikmat kejalan maksiat
    § enggan mengeluarkan zakat / sedekah
    § boros membelanjakan harta

    · FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :

    § pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
    § terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
    § kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

    · KESAN PERBUATAN KUFUR ….

    · RIDDAH

    · MAKSUD :
    - berpaling atau keluar daripada agama islam

    · SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA

    - Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
    - Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
    - Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

    · SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH

    - lemah pegangan agama
    - jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
    - terpengaruh dengan tawaran kebendaan

    · AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD

    - hubungan suami isteri terfasakh
    - haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
    - haram dikebumikan diperkuburan Islam
    - menjadi penghuni neraka selama-selamanya

    · CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD

    - memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
    - memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
    - pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

    · TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD

    - menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
    - sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

    · HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD

    - memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
    - mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
    - menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

    · LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD

    - berpegang teguh dengan ajaran islam
    - menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
    - mendalami ilmu-ilmu agama

    · LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD

    - memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
    - memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
    - mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

    · KESAN PERBUATAN MURTAD …

    · KHURAFAT

    · MAKSUD
    - Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

    · CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN

    - mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
    - mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
    - membuang ancak bagi menghalau hantu
    - mengunjungi kubur yang dianggap keramat

    · FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM

    - iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
    - terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
    - ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal



    · CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM

    - menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
    - mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
    - mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

    · AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT

    - menyebabkan syirik dan batal iman
    - membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
    - menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

    · SIHIR

    · MAKSUD

    - ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

    · CONTOH

    - menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
    - mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
    - pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

    · PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR

    - perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
    - iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
    - ada perasaan benci terhadap seseorang

    · CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR

    - mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
    - menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
    - tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut



    · AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR

    - merosakkan akidah dan membatalkan iman
    - memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
    - hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

    · HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR

    - supaya akidah seseorang tetap terpelihara
    - supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
    - supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

    · CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR

    - membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
    - membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
    - banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

    · NIFAK

    · MAKSUD
    - Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

    · CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

    - berdusta apabila bercakap
    - khianat apabila diberi amanah
    - bersikap melampaui batas apabila bertengkar
    - selalu mungkir janji

    · CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK

    - meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
    - bercakap benar apabila berbicara
    - bersifat jujur dan amanah
    - menunaikan janji

    · AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK

    - menghilangkan sikap percaya-mempercayai
    - melemahkan perpaduan masyarakat
    - menghancurkan kekuatan umat islam


    4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN

    · Berpegang teguh pada ajaran Allah
    · Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
    · Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah

    5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL

    · Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
    · Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
    · Dilaknat dan dibenci oleh Allah
    · Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah


    6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA

    ORANG FASIK
    · Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
    · Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah

    ORANG MUNAFIK
    · Keimanan mereka berpura-pura sahaja
    · Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah

    ORANG YANG SEMPURNA IMAN
    · Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
    · Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
    · Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan




    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

    Friday, May 15, 2009

    JS

    Jin Dan Syaitan

    Jin dan syaitan adalah perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh manusia dan tidak dapat mengetahuinya melalui pancaindera, akal dan manusia juga tidak boleh sesekali membuat kajian ke atas mereka (jin dan syaitan), akan diterangkan secara lebih lanjut tentang hakikat, hukum beriman dengan kewujudan mereka dan apa yang berkaitan dengannya.

    Makna jin dan syaitan dari segi bahasa dan istilah: Kalimah jin diambil dari perkataan jan, ilmu ini menunjukkan suatu rahsia dan yang tersembunyi, contohnya: diambil orang gila, tersembunyi akalnya, dan tembok: perisai yang memenjarakan dengannya pembunuh, dan tersembunyi, dan janin yang mempunyai rahsianya dan sembunyinya berada dalam perut ibunya, dan syurga mengandungi pokok dan pokok kurma untuk menyembunyikan bumi.

    Jin pada pengetahuan istilah ialah: makhluk yang akan datang dengan rupa mereka dan sesungguhnya dinamakan "Jaanan" untuk menyembunyikan mereka, dan tidak nampak mereka dengan pandangan mata kita.

    Adapun syaitan-syaitan: mereka adalah jama' daripada syaitan, ia diambil dari perkataan "syaatin", iaitu menunjukkan "jauh", maka berkata: telaga "syutun" : apabila jauh daripada dasarnya, dan perang dan niat "syutun" iaitu: jauh. Syaitan merangkumi: semua perbuatan yang sombong dan derhaka daripada manusia, jin dan binatang, dinamakannya dengan gelaran tersebut untuk menjauhi mereka daripada rahmat Allah, dan berkata: ia diambil daripada: perkataan "syaatin"; dengan makna : celaka.

    Dinamakan dengan itu; kerana perbuatan mereka berakhir dengan kebinasaan, dimaksudkan dengan syaitan di sini adalah bukan perkara yang umum, bahkan yang dimaksudkan dengan syaitan yang ada dari jin yang terkeluar dari ketaatan dan suruhan kepada Allah, dan teramat sombong sifatnya. Syaitan merupakan pekerja jin, dan bukan sesuatu yang lain selain daripada itu.


    Kewajipan percaya dengan kewujudan mereka:
    Percaya dengan wujudnya jin, sesuatu perkara yang diketahui dengan darurat, disokong oleh beberapa dalil Quran dan hadis atas kewujudan mereka, maka sesiapa yang ingkar dengan kewujudan mereka, sesungguhnya terkeluar daripada islam. Seperti beriman kepada malaikat. Dalil kewujudan mereka ialah dalil sam'iyat yang berturutan, pertimbangan akal dalam percaya kepada kewujudan mereka adalah suatu perkara yang mungkin.

    Bukti kewujudan mereka, maka Allah telah menurunkan dalil al-Quran dengan nama mereka. Diterangkan tentang mereka di dalamnya. Allah s.w.t berfirman:
     Katakanlah (hai Muhammad) " telah diwahyukan kepadaku bahawasanya : sekumpulan jin telah mendengar (al-Quran), lalu mereka berkata : sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang menakjubkan. (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar,lalu kami beriman kepadanya dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorang pun dengan Tuhan kami. 
    (Surah al-Jin : 1-2 )

    Kepercayaan manusia terhadap jin:
    Ramai ahli Malal dan Nahl -khasnya pengikut Rasul- mereka mempercayai tentang kewujudan jin, dan diiktibarkan: Sesungguhnya para nabi -mereka benar tanpa dusta- mereka telah beritahu tentang kewujudan jin, tidak akan sempurna iman seseorang yang beriman dengan Allah kecuali dengan membenarkan apa yang diberitahu oleh Rasulnya.

    Hakikat dan sifat jin:
    Jin adalah roh daripada perkara ghaib yang tidak kita ketahui tentang kewujudannya kecuali melalui pemberitahuan yang benar, kita juga tidak akan dapat mengetahui tentang hakikatnya dan sifatnya kecuali daripada jalan dirinya, telah datang kepada kita berita yang benar, iaitu: daripada Rasulullah s.a.w. -menyebut separuh daripada hakikat mereka dan sifat mereka. Telah diterangkan di dalam al-Quran al-Karim sifat-sifat seperti yang berikut :
    1-Sesungguhnya mereka bersifat dengan selain dari sifat malaikat dan manusia, mereka dijadikan dari lidah api, daripada campuran api, Allah ta'ala berfirman:
    Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Allah menciptakan jin dari nyala api.
    (Surah al-Rahman: 14-15)

    Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.
    (Surah al-Hijr: 26-27)

    Dan berfirman Allah taala ketika menyuruh mereka sujud kepada Nabi Adam:
    Berkata "apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada adam) di waktu aku menyuruhmu?" menjawab iblis, "saya lebih baik daripadanya: engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia engkau ciptakan dari tanah."
    (Surah al-A'raf: 12)

    2-Sesunguhnya jin adalah makhluk yang diciptakan sebelum daripada manusia, telah terdapat berulang-ulang kali ayat yang menunjukkan tentang perkara tersebut, kisah Nabi Adam yang disebut dalam al-Quran berulang-ulang kali telah menerangkan: sesungguhnya iblis ialah daripada jin, sesungguhnya telah ada sebelum Nabi Adam a.s.

    3-Sesungguhnya mereka berantai-rantai, mereka mempunyai zuriat, telah berfirman Allah ta'ala:
    Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turun-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedangkan mereka adalah musuhmu? amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.
    (Surah al-Kahfi: 50)

    4-Sesungguhnya daripada kedudukan mereka: sesungguhnya mereka melihat kita daripada keadaan yang kita tidak boleh nampak mereka, berfirman Allah ta'ala pada sifat syaitan dan seumpamanya, mereka daripada jin sepertimana yang diulang dalam al-Quran:
    Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari kedua pakainnya untuk memperlihatkan kepada kedua-dua auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak biasa melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
    (Surah al-A'raf: 27)

    5-Sesunguhnya mereka adalah makhluk yang terdiri daripada kumpulan yang berilmu dan berpengetahuan, mempunyai kemampuan dan pilihan, maka mereka pada keadaan itu adalah sama seperti manusia. Mereka adalah "mukallaf" dengan beriman dan beribadat, bersalahan daripada kafir dan maksiat, dikumpulkan oleh Allah padanya diantara jin dan manusia, firman Allah ta'ala:
    Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi aku makan. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. 
    (Surah al-Dzariyat : 56-5 Firman Allah :
    Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah golongan orang-orang yang kafir.
    (Surah al-An'am : 130)

    Firman Allah :
    Katakanlah "sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.
    (Surah al-Isra' : 8

    6. Jin dibahagikan kepada 2 jenis: iaitu islam dan kafir, yang kafir daripada mereka adalah syaitan, mereka adalah tentera kepada syaitan yang besar iaitu iblis yang dilaknat, yang pertama melakukan maksiat perintah tuhannya daripada jin, yang pertama kufur dengan nikmat Allah daripada mereka, berfirman Allah ta'ala:


    Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi Neraka Jahanam. (Surah al-Jin: 14-15)

    7-Sesungguhnya mereka akan dibangkitkan pada Hari Akhirat. Maka akan dihitung segala amalan mereka, berfirman Allah ta'ala:
    Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman): " Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia," lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusiaa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu telah engkau tentukan kepada kami". Allah berfirman, "Neraka itu adalah tempat diami kamu, sedangkan kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu maha bijaksana lagi maha mengetahui. (Surah al-An'am: 12

    8-Sesungguhnya bagi mereka kemampuan yang besar dan kemahiran dalam pembangunan. Maka Allah telah mempermudahkan bagi Nabi Sulaiman jin yang tunduk baginya bekerja membina istana, menyelam ke dasar laut, pekerjaan pembangunan yang dapat kita lihat dan pekerjaan kesenian. Berfirman Allah ta'ala:
    Kemudian kami tundukkan kepadamu angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana sahaja yang dikehendakinya. Dan (kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam.(Surah al-Saad: 36-37)

    9-Sesungguhnya sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan, mereka telah mencuri mendengar daripada mulut-mulut malaikat daripada langit, dan mereka telah pindahkan khabar itu kepada manusia di bumi.

    10-Sesungguhnya bagi mereka kemampuan ke atas bertukar rupa yang memungkinkan bagi kita melihatnya dengan pandangan manusia.
    jika inginkan bentuk pdf sila YM saya idnya : norashikin79

    Kewafatan Rasulullah

    Kewafatan Rasulullah

    Setelah Dakwah al-Islamiah sempurna dan Islam menguasai suasana maka tanda-tanda dan bahasa-bahasa
    pengucapan selamat tinggal kepada dunia dan manusia mula tertera di dalam ungkapan-ungkapan dan ucapan ucapan
    Rasulullah (s.a.w) melalui perbualan dan perbuatan Baginda.
    Di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh Hijrah Baginda beriktikaf di masjid selama dua puluh hari, sedang
    sebelum ini hanya sepuluh hari sahaja, di dalam tempoh ini Jibrail (a.s) mendatangi Baginda untuk membuat ulangan
    dan tadarus al-Quran sebanyak dua kali. Di dalam Hajjah al-Wada' Baginda telah menyebut: "Sebenarnya
    berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu lag! selepas pertemuan kita di tahun ini". Semasa di Jamrah al-
    Aqabah Baginda berkata : "Ambillah peribadatan haji ini dariku, boleh jadi aku tidak akan mengerjakan haji lagi selepas
    tahun ini". Surah al-Nasr turun di pertengahan hari-hari tasyrik, darinya Baginda mengetahui bahawa itu adalah
    ucapan selamat tinggal dan pemberitahuan tentang kematiannya.
    Dipermulaan Safar tahun sebelas (11) Hijrah Rasulullah telah keluar ke Uhud, Baginda bersembahyang untuk para
    syuhada' sebagai mengucap selamat tinggal kepada sekalian yang hidup dan yang mati, dari situ Rasulullah kembali
    ke masjid menaiki mimbar dan berucap dengan sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah berkeras
    dengan kamu, sesungguhnya daku adalah penyaksi ke atas kamu semua, demi Allah di masa ini daku sedang
    menyaksikan kolam airku (kurniaan kepada Rasulullah di hari perkiraan), daku ini telah diberi kunci khazanah
    kekayaan bumi atau kunci-kunci bumi, dan sesungguhnya daku tidak takut kamu menyekutui Allah selepas kematian
    ku ini, tetapi yang ku takut ialah kamu lumba-lumba kerana dunia".
    Di suatu malam Rasulullah keluar ke kawasan perkuburan al-Baqi', di sana Rasulullah memohon keampunan untuk
    penghuni di kubur berkenaan dengan doanya yang bermaksud: "Assalamulaikum wahai penghuni kubur, bermudahlah
    kamu ke atas apa yang berlaku pada kamu, dengan apa yang berlaku ke atas orang lain, kini fitnah telah mula tiba,
    bak sebidang malam yang gelap pekat, hujungnnya terus menyusul selepas permulaannya, hujungnya lebih buruk dari
    permulaannya". Di sini Rasulullah menyampaikan berita gembira kepada mereka, dengan sabdanya yang
    bermaksud: "Sesungguhnya kami menyusul datang selepas kamu"
    PERMULAAN SAKIT.
    Di hari kedua puluh sembilan (29) bulan Safar tahun kesebelas (11) hijrah, pada han Isnin, Rasulullah
    berkesempatan menghadiri pengkebumian jenazah di al-Baqi'. Dipertengahan jalan sekembalinya Baginda dari al-
    Baqi', Baginda terasa sakit kepala, panasnya terlalu menjadi-jadi, orang yang disekeliling Baginda turut merasai
    kepanasannya terutama di atas kain balutan di kepala Baginda yang mulia itu.
    Namun demikian Rasulullah terus bersolat dengan sekalian kaum muslimin dalam keadaan Baginda mengalami
    kesakitan untuk selama sebelas hari, sedang keseluruhan hari sakit Baginda tiga belas atau empat belas (13 atau 14)
    hari.
    MINGGU TERAKHIR
    Sakit semakin memberat, membawa Rasulullah bertanya isteri-isterinya; "Di mana giliran ku besok? Di mana
    giliranku besok?". Semua mereka memahami tujuan Rasulullah (s.a.w) itu, justeru itu Baginda dibenarkan untuk duduk
    di mana-mana sahaja, dengan itu Baginda berpindah ke rumah Aisyah, Baginda berjalan di antara al-Fadlu bin al-
    Abbas dan Ali bin Abi Talib, sedang kepala Baginda berbungkus dengan kain, meletak kakinya selangkah demi
    selangkah hinggalah Baginda memasuki rumahnya, di situ Baginda menghabiskan baki umurnya yang seminggu itu.
    Aisyah (r.a) terus membaca surah-surah al-Muawwizah, dan doa-doa yang lain yang beliau terima dari Rasulullah
    (s.a.w). Beliau meniup ke atas badan Rasulullah (s.a.w) dan menyapu dengan tangan Baginda untuk memperolehi
    keberkatan.
    LIMA HARI SEBELUM KEWAFATAN
    Pada hari Rabu iaitu lima hari sebelum kewafatan, kepanasan badan Rasulullah semakin meningkat, di mana
    Dakwah-Info
    http://www.dakwah.info Powered by Joomla! Generated: 7 July, 2008, 15:01
    Rasulullah (s.a.w) semakin bertambah sakit dan pening-pening menyebabkan Baginda menyuruh dengan sabdanya
    yang bermaksud: "Curahkan ke atas ku tujuh uncang air dari berbagai telaga supaya dapat ku keluar menemui orang
    ramai dan aku boleh bertemu dengan mereka". Dengan itu maka yang hadir di situ membiarkan Rasuiullah duduk di
    atas tilam kemudian mereka mencucuri air ke atas seluruh badan Rasuiullah, hingga Rasuiullah (s.a.w) berkata:
    "cukup, cukup".
    Di ketika itu Rasuiullah terasa sakitnya berkurangan, dengan itu Baginda memasuki Masjid sedang kepalanya masih
    berbalut dengan kain, terus Rasuiullah duduk di atas minbar dan memberi ucapan kepada orang ramai. Di masa itu
    khalayak ramai pun melingkunginya, lantas Baginda bersabda yang bermaksud:
    "Laknat Allah ke atas kaum Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kubur-kubur nabi-nabi mereka sebagai
    masjid" Dalam riwayat yang lain "Allah mengutuk bangsa Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur nabinabi
    mereka masjid" dan sabdanya: "Jangan sekali-kali kamu menjadikan kubur ku sebagai berhala yang disembah "
    Tidak lupa Rasulullah menawar untuk orang ramai menuntut bela ke atas dirinya dengan berkata: "Siapa di antara
    kamu yang telah ku sebat belakangnya nah ini dia belakang ku untuk beliau menyebatnya sebagai menuntut bela, dan
    sesiapa yang telah ku hamun maruahnya, nah ini dia maruahku untuk beliau menuntut bela".
    Kemudian Rasulullah (s.a.w) turun dari minbar dan menunaikan solat Zohor dan kembali duduk di atas mimbar
    semula dengan mengulangi soal perbalahan dan yang lain-lain hingga salah seorang yang hadir berkata: "Rasulullah
    (s.a.w) telah berhutang dari ku sebanyak tiga dirham yang belum jelas" Maka kata Rasulullah (s.a.w): "Fadhl!
    Jelaskan kepadanya". Kemudian Baginda mewasiatkan dan berpesan terhadap orang-orang Ansar dengan sabdanya
    yang bermaksud: "Daku berpesan kepada kamu sekalian, bersikap baiklah terhadap al-Ansar, mereka itu perut dan
    bekalan bagiku, mereka telah pun melaksanakan kewajipan mereka yang belum terlaksana ialah hak mereka. Untuk
    itu terimalah kebaikan mereka dan beri maaflah kesalahan mereka"
    Katanya pula: "Sesungguhnya aku ini seorang hamba Allah yang telah diberi pilihan untuk menerima kemewahan
    dunia secukupnya atau memilih kedudukan di sampingNya, di sini ku telah memilih kedudukan di sisiNya" Kata Abu
    Said al-Khudri: Di masa itu Abu Bakr menangis, dan katanya demi bapa kami dan ibu kami, kami korbankan. Kami
    yang hadir di ketika itu kehairanan dengan keadaan orang tua ini (yakni Abu Bakr), apa ceritanya?. Rasulullah
    menceritakan tawaran Allah (s.w.t) kepada RasulNya dua pilihan samada dunia atau pun kematian, tiba-tiba beliau
    menjawab "Kami korbankan bapa kami dan ibu kami", Rasulullah yang ditawarkan, bukan beliau, walau macam mana
    pun Abu Bakr adalah orang yang terlebih mengetahui di kalangan kami.
    Kemudian Rasulullah pun berkata pula: Sesungguhnya orang yang paling selamat untuk ku bersahabat dan juga
    hartaku ialah Abu Bakr, seandainya harus ku mengambil teman selain dari Allah nescaya ku pilih Abu Bakr tetapi
    beliau adalah saudara, dan perhubungan mesra dalam Islam, mana-mana pintu dari rumah ke masjid semua harus
    ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakr sahaja.
    EMPAT HARI SEBELUM KEWAFATAN
    Di hari Khamis iaitu empat hari sebelum kewafatan, sakit Baginda semakin berat, Baginda telah meminta dengan
    katanya: "Tolong bawa ke mari untuk ku tulis buat kamu semua bingkisan, di mana kamu tidak akan sesat lepas itu". Di
    dalam rumah di masa itu terdapat beberapa orang di antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, dan beliau berkata:
    "Kini Rasulullah mengalami kesakitan yang teruk, kan kami sudah ada al-Quran, sudah cukup untuk kamu kitab Allah
    itu". Ahli keluarga Rasulullah berselisih pendapat dan berbalah, di antara mereka mengatakan: "Ayuh berikan sesuatu
    untuk Baginda tulis". Dan di antara mereka juga mengatakan seperti pendapat Umar tadi. Hingga dengan itu berlaku
    kesibukan dan percanggahan, menyebabkan Rasulullah berkata: "Ayuh! Kamu semua beredar dari sini".
    Di hari itu Baginda membuat tiga wasiat iaitu Baginda berpesan supaya di halau keluar kaum Yahudi, Nasrani dan
    Musyrikin dari Semenanjung Tanah Arab, seterusnya Baginda berpesan supaya membenarkan kedatangan para
    perwakilan sebagaimana yang pernah Baginda lakukan. Adapun wasiat yang ketiga perawi hadith terlupa, boleh jadi
    pesanan supaya berpegang dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah atau meneruskan penghantaran tentera Islam
    pimpinan Usamah,'atau ianya perintah untuk bersembahyang dan membuat hubungan baik dengan hamba-hamba
    yang dimiliki.
    Walau pun nabi dalam keadaan sakit namun Baginda terus bersembahyang mengimami sidang jemaah sekalian,
    hingga ke hari Khamis empat hari sebelum Baginda wafat. Di hari itu Baginda bersembahyang maghrib dengan
    membaca surah "al-Mursalat ".
    Semasa sembahyang Isya' sakit Baginda bertambah berat, menyebabkan Baginda tidak terdaya untuk keluar ke
    masjid, kata Aisyah: Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apakah orang ramai sudah sembahyang?". Kata kami:
    Dakwah-Info
    http://www.dakwah.info Powered by Joomla! Generated: 7 July, 2008, 15:01
    "Tidak wahai Rasulullah, mereka semua sedang menunggu tuan hamba". Kata Baginda lagi: Sediakan air di dalam
    talam itu". Kami pun berbuat mengikut seperti suruhan Baginda, dengan itu Baginda pun bersuci, dan bangun namun
    Baginda telah pitam di situ kemudian sedai bertanya pula: "Apakah orang ramai sudah bersembahyang. Kejadian
    pitam ini berulang kali berlaku seperti yang pertama iaitu selepas Baginda bersuci, akhirnya Baginda suruh Abu Bakr
    bersembahyang mengimami orang ramai. Abu Bakr pun melaksanakan perintah Baginda mengimami orang ramai
    untuk hari-hari itu sebanyak tujuh belas (17) waktu semasa hayat Rasulullah (s.a.w).
    Dalam hal ini Aisyah telah meminta Rasulullah mengubah arahannya itu, bertujuan memberi orang lain menjadi
    imam, supaya orang ramai tidak beranggapan tak elok, namun Rasulullah tetap menolak dan berkata: "Kamu semua
    adalah wanita-wanita pencinta Yusof, banyak berdalih, ayuh suruh Abu Bakr bersembahyang mengimami orang.
    SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM WAFAT
    Di hari Sabtu atau Ahad nabi (s.a.w) merasa dirinya ringan sedikit, justeru itu Baginda keluar dengan dibantu oleh
    dua orang untuk bersembahyang Zohor, sedang Abu Bakr mengimami orang ramai. Sebaik sahaja Abu Bakr terlihat
    Baginda beliau pun berundur ke belakang, tetapi Rasulullah (s.a.w) memberi isyarat supaya jangan beliau berundur,
    Rasulullah menyuruh dua orang yang membantu Baginda supaya mendudukkan Baginda sebelah Abu Bakr, mereka
    berdua pun mendudukkan Rasulullah (s.a.w) di sebelah kiri Abu Bakr, dan Abu Bakr mengikuti (beriqtida') dengan
    Rasulullah di dalam sembahyangnya, di samping memperdengarkan takbir-takbir kepada sekalian jemaah.
    SEHARI SEBELUM WAFAT
    Pada hari Ahad iaitu sehari sebelum wafat, Rasulullah (s.a.w) memerdekakan kesemua hamba sahaya, bersedekah
    dengan tujuh dinar yang Baginda miliki pada ketika itu, semua senjata-senjatanya diberikan kepada kaum muslimin. Di
    malam berkenaan Aisyah meminjam minyak untuk menghidupkan lampu dari jirannya, baju besi Rasulullah tergadai
    pada seorang Yahudi dengan tiga puluh (30) cupak beras bali.
    HARI TERAKHIR DALAM HAYAT BAGINDA
    Anas bin Malik meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang Abu Bakr di
    hari Isnin itu dikejut oleh kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah sedang jemaah bersembahyang.
    Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di belakang,
    kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang. Kata Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah
    terpesona dengan solat mereka kerana gembira melihat Rasulullah (s.a.w) namun Baginda memberi isyarat kepada
    mereka supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu
    Rasulullah (s.a.w) tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain.
    Semasa siang semakin cerah Rasulullah (s.a.w) menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu,
    menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu
    menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?. Jawab Fatimah:
    "Baginda membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa
    aku menangis, pada kali kedua Rasulullah (s.a.w) membisikkan bahawa daku ahli keluarganya yang diwafatkan Allah
    selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum".
    Selain dari itu Rasulullah (s.a.w) juga memberi khabar gembira (tabsyir) kepada Fatimah bahawa beliau adalah
    Syayyidah Nisa' al-'Alamin (Penghulu Wanita Dunia). Fatimah melihat beban kesakitan terlalu berat dialami oleh
    Rasulullah (s.a.w). Beliau berkata: "Alangkah berat siksa bapa". Jawab Rasulullah (s.a.w): "Tiada siksa lagi bagi
    bapamu selepas hari ini".
    Di saat ini Rasulullah (s.a.w) memanggil al-Hasan dan al-Husain dan Baginda mencium kedua-duanya sambil
    berwasiat kepada mereka berdua dengan kebaikan, kemudian Rasulullah menjemput isteri-isterinya, menasihati dan
    memperingatkan mereka.
    Kesakitan semakin bertambah, dan kesan racun yang Baginda termakan di hari Khaibar boleh dilihat, menyebabkan
    Rasulullah berkata: "Wahai Aisyah kini aku masih terasa sakit kesan makanan di hari Khaibar dahulu, inilah masanya
    aku mendapati nafas ku sesak terputus-putus kerana kesan racun itu". Rasulullah mewasiatkan orang ramai dengan
    sabdanya: "Solat, solat dan berbuat baiklah kepada hamba sahaya milik kamu". Baginda mengulangi ungkapan ini
    berkali-kali.
    Dakwah-Info
    http://www.dakwah.info Powered by Joomla! Generated: 7 July, 2008, 15:01
    NAZAK
    Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar
    kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana
    Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku
    dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau
    dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah (s.a.w)
    memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut. Justeru aku
    bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku
    berikan siwak kepada Baginda, tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda
    menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya".
    Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di
    hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil
    berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" - al-Hadith.
    Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit atau
    jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan
    terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :
    Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin,
    Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya
    Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.
    Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka
    Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. "Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya
    kita semua kembali".
    Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal
    tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.
    KEPILUAN MENYELUBUNGI PARA SAHABAT
    Kini berita kewafatan Rasulullah yang memilukan itu tersebar luas, suasana muram menyelubungi persada Madinah
    dan cerok daerahnya, kata Anas: "Tidak pernah ku melihat satu hari lebih ceria dan bercahaya dari hari kedatangan
    Rasulullah (s.a.w) ke Madinah dan tidak pernah pula ku lihat satu hari yang lebih buruk dan muram dari hari
    kewafatan Rasulullah (s.a.w)".
    Selepas wafatnya Rasulullah (s.a.w) puteri Baginda, Fatimah (r.a) telah mengucapkan suatu ungkapan: "Duhai
    ayahku, kau menyahut seruan Tuhamu, duhai ayahku, syurga al-Firdaus kesudahanmu, duhai ayahku, kepada Jibril
    jua kami bertakziah mengenai kewafatanmu"
    SIKAP UMAR
    Di hari itu Umar telah berdiri di hadapan khalayak ramai dan mengikut riwayat menceritakan bahawa beliau telah
    terkeluar dari kewarasannya dengan berkata: "Sebenarnya terdapat beberapa orang munafiqin telah menyebut
    bahawa Rasulullah telah wafat, sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) tidak wafat, cuma beliau pergi menemui Tuhannya
    seperti Musa bin Amran pergi menemui Tuhannya, Musa menghilang diri untuk selama empat puloh malam, kemudian
    Baginda pulang semula setelah orang berkata, yang Musa telah mati. Demi Allah, Rasulullah (s.a.w) pasti akan pulang
    semula, sesiapa yang menyangka bahawa Rasulullah (s.a.w) telah wafat mesti dipotong tangan dan kaki-kaki
    mereka.
    PENDIRIAN ABU BAKR
    Abu Bakr memecut kudanya, berlari dari rumahnya di al-Sanh, sesampainya ke perkarangan masjid beliau terus
    masuk ke dalam masjid. Tanpa bercakap sepatah pun dengan orang ramai beliau memasuki bilik Aisyah menuju ke
    tempat Rasulullah yang sedang berbaring ditutupi dengan kain. Beliau membuka tutupan muka Rasulullah (s.a.w,
    terus memeluk dan mencium muka Rasulullah sambil menangis dan berkata: "Demi dikaulah ibu ayahku, Allah tidak
    Dakwah-Info
    http://www.dakwah.info Powered by Joomla! Generated: 7 July, 2008, 15:01
    akan mengenakan kau dua kematian, adapun kematian yang ditulis ke atas mu ini sudah kau hadapinya".
    Setelah itu Abu Bakr dan Umar keluar menemui orang ramai, di mana Abu Bakr berkata: "Wahai Umar sila duduk"
    Namun Umar enggan untuk duduk. Orang ramai pun melingkungi Abu Bakr dan membiarkan Umar di situ. Abu Bakr
    berucap kepada sidang hadirin dengan katanya: "Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di
    sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang
    menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati ".
    Kemudian beliau membaca ayat Allah:
    "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.
    Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yang berbalik ke
    belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan
    kepada orang-orang yang bersyukur". (ali-Imran : 144)
    Kata Ibn Abas: Demi Allah, di masa itu manusia ramai bagaikan tidak mengetahui bahawa Allah telahpun
    menurunkan ayat ini kecuali setelah Abu Bakr membacanya, dengan itu orang ramai pun menerima dan membacanya.
    Kata Ibn al-Musaiyab: Umar telah menyebut: "Demi Allah, sebaik sahaja aku terdengar apa yang diunggapkan oleh
    Abu Bakr itu aku terasa kakiku sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri, memanglah aku terus terhumban ke tanah
    sebaik sahaja mendengar apa yang dibaca oleh Abu Bakr itu, kerana aku sudah dipastikan dengan kewafatan
    Rasulullah".
    KAFAN DAN PERSEMADIAN JASAD MULIA BAGINDA KE PEMBARINGAN TERAKHIR
    Telah timbul perselisihan pendapat di antara para sahabat sebelum urusan perkafanan mengenai persoalan khalifah.
    Berlakulah perbahasan dan perdebatan di antara kaum Muhajirin dan al-Ansar di halaman rumah Banu Sa'adah yang
    mana akhirnya mereka semua bersetuju melantik Abu Bakr sebagai khalifah Rasulullah. Perbahasan ini memakan
    masa hingga ke akhir hari Isnin, malah hingga masuk ke malam berikut menyebabkan orang ramai turut sibuk.
    Pengkembumian jasad Baginda tertangguh hingga ke malam Selasa malah hingga menjelang subuh hari berikut, di
    mana jasad Rasulullah yang penuh berkat itu terletak di tempat tidurnya, tertutup dengan kain menyebabkan ahli
    keluarga Baginda menutup pintu rumah.
    Di hari Selasa barulah diuruskan mandi jasad Rasulullah (s.a.w) tanpa membuka bajunya, mereka yang bertugas
    memandikan Baginda ialah al-Abbas, Ali, al-Fadhl dan Qatham(kedua-dua anak al-Abbas), Syaqran(hamba
    Rasulullah), Usamah bin Zaid dan Aws bin Khawli. Abbas, al-Fadhl dan Qatham membalikkan badan Rasulullah,
    Usamah dan Syaqran menjiruskan air, Ali menggosoknya sedang Aws pula menyandarkan Rasulullah ke dadanya.
    Kemudian mereka semua mengkafanki'n jasad Rasulullah (s.a.w) di dalam tiga lapis kain kafan berwarna putih
    tenunan dari al-Yaman, tidak berbaju atau berserban. Dikafannya jasad Rasulullah (s.a.w) ke dalam ketiga-tiga
    lapisan kain kafan tadi dengan cermat dan penuh hemat.
    Di saat pekebumian sekali lagi kaum muslimin berikhtilaf tempat persemadiannya, namun kesudahannya Abu Bakr
    bangun dan berkata: "Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) pernah berkata: Tidak dimatikan manamana
    nabi kecuali di tempat itulah ia disemadikan". Justeru itu maka Abu Talhah pun mengangkat tempat tidur
    Rasulullah (s.a.w) dan digalinya lubang sebagai kubur berliang lahad.
    Sebelum itu kaum muslimin masuk membanjiri bilik Rasulullah (s.a.w) dengan bertali arus sepuluh selepas sepuluh,
    menunaikan solat jenazah, masing-masing tanpa imam. Mula-mula sekali Baginda disembahyangi oleh keluarga
    Baginda, kemudian Muhajirin diikuti oleh al-Ansar. Kaum wanita bersembahyang selepas kaum lelaki diakhiri oleh
    lapisan kanak-kanak.
    Kesemuanya ini diselenggarakan pada hari selasa sehari suntuk, malah hingga ke malam Rabu. Kata Aisyah: "Kami
    bagaikan tidak menyedari pengkebumian kecuali setelah kami terdengar suara cangkul menggali tanah di tengah
    malam yakni malam Rabu.
    Dakwah-Info
    http://www.dakwah.info Powered by Joomla! Generated: 7 July, 2008, 15:01

    Friday, May 8, 2009

    Hati ini menangis...

    HATI INI MENANGIS

    Menangis mengenangkan kisah lalu...

    Mengapa.. .
    Mengapa kisah itu masih lagi terpahat...?
    Mengapa kisah itu masih lagi terbayang...?
    Mengapa kisah itu menjadi kenangan ku...?
    Mengapa semuanya berlaku sekelip mata sahaja...

    Bilakah..
    Bilakah semuanya akan berakhir..
    Bilakah kisah itu akan luput dari ingatanku..
    Bilakah...??

    Tuhan...
    Hati ini menangis...
    Terasa aku terlalu jauh denganMu...
    Aku takut...takut hati ini terlalu leka...
    Dengan segenap kebahagiaan yang baru kau kurniakan...
    Untuk aku tersenyum kembali.. adakah ini juga ujian dari Mu...
    Untuk menguji sejauh mana keimananku padaMu...

    Tuhan...
    Setelah Kau berikan aku hidayah...
    Janganlah Kau tarik semula hidayah itu...
    Ikatlah aku dengan kuat pada taliMu...
    Agar aku tidak terlepas dan terhanyut lagi...
    Agar aku terus bersandar padaMu...
    Tika aku diuji pelbagai dugaan...

    Tuhan...
    Malam ini...aku biarkan air mata ini mengalir...
    Aku biarkan hati ini mengadu...
    Aku biarkan hati ini menangis...
    Supaya aku tahu...
    Aku masih punya Tuhanku...
    Sebagai tempat mengadu...

    Biarlah...
    Biarlah hati ini menangis...
    Biarlah hati ini terluka...
    Biarlah hati ini tidak sentiasa terhibur...
    Jika itu mampu buat hati ini sentiasa mengingatiMu...

    Tuhan...
    Seandainya Kau kurniakan aku kebahagiaan...
    Biarlah kebahagiaan itu tidakkan membuat aku terleka...
    Supaya aku terus bersyukur pada setiap nikmat dariMu...

    ~malam ini ku biarkan hati ini merintih dan mengadu padaMu..~

    Iklan

    Renungan

    Tanpa Kepedihan dan Kesengsaraan Kita Akan Membuang Perkara Yang Indah Dengan Sia-Sia Sahaja Tanpa Memberi Kesan Kepada Iman Kita Renungkanlah ... Ingatilah Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Muhammad s.a.w Berjaya Atas Kepedihan dan Kesengsaraan Yang Lebih Hebat Dari Kita ... Maka Itu Kesabaran Sahaja Yang Membentengkan Kita Untuk Kita Tidak Terkeluar Dari Landasan...

    I Hate Israel

    Zionists in Israel Doing With Severe and extreme violence
    Why do we Muslims and Muslimat just let them continue to suffer
    Which we love them though God has given this love as our weapon to subvert the Zionist Israel
    Not enough just to pray, shout anti Israel boycott their goods and making protest signs protest their atrocities.
    We need to unite regardless of status, race, mentality, national and political as well as Muslim and Muslimat Let us together to destroy and overthrow the Jews of Israel continued the beatings our brothers in Palestine
    Let not our guard again, it emerged as the Sultan Salahuddin Ayub in Jerusalem.
    Remember we have the golden age of Islam were we take the history of the Prophet in all previous wars are the strategy for eliminating the al-Kafirun the plight of Muslims before
    Do not just let it alone and wait for God to help us we need to pray, work, effort and puteri. Then we wait for God's blessings on our efforts.

    Ingatan Kalian dan JiwaIslam

    Nature Future

    Nature Future
    Menjana Pendapatan

    Job At Home

     

    Elken

    Elken
    Jana Pendapatan

    Bicara Secara Maya

    Halwa Jiwa Islam 1

    لامن جيوا دان نوراني إسلام Copyright © 2009 Community is Designed by Bie