Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

Sambutan

ANA amat benci akan sambutan 2009 kerana ia menjurus kepada pengaruh Kristian yang merosakkan Aqidah ANA sebagai Muslimin . ANA lebih cenderung kepada Awal Muharram kerana ia amat baik untuk ANA kerana ia dapat mengembalikan Fitrah kita sebagai Hamba ALLAHswt ..

Muharram @ Masihi / Masihi @ Muharram

Pada petang Ahad dan Isnin malamnya, Alhamdulillah kita telah pun menyambut Tahun Baru Hijrah 1430. Jadi kita bertuah kerana dalam tempoh hanya tiga minggu kita dapat merayakan dua kali tahun baru. Untuk menyambut tahun 2009 Masihi dalam tempoh cuma 3 hari. Persoalan yang sering timbul ialah mana satu kita hendak pakai? Tahun Hijrah atau tahun Masihi? Dalam hal ini kita boleh menggunakan salah satu daripadanya. Walaubagaimanapun, adakah ini hal yang terbaik untuk kita ? Kita harus membuat kajian terperinci setiap hal yang berkaitan dengan kedua tahun ini…. Tahun Hijrah adalah berdasarkan bulan, manakala tahun Masihi pula berdasarkan matahari. Antara bulan dan matahari, kedua-duanya sama penting kepada kehidupan kita. Di sebelah siang, matahari menyinari kehidupan kita. Pada waktu malamnya pula bulan yang sudi menyuluh kegelapan yang kita hadapi. Dalam hal ini, kita selalu teringat bait-bait puisi yang sering kita lafazkan ketika tibanya Maulidun Nabawi atau Maulidur Rasul. Bait-bait pu

Generasi

Membina Generasi Pewaris Yang Bertaraf Tinggi Di saat kita mengharungi pergelutan zaman yang semakin pantas berubah dan juga semakin menjurus ke arah kehidupan kebendaan yang begitu dahshat, kita tidak seharusnya lalai dalam memberikan asuhan dan bimbingan yang sewajarnya kepada generasi muda masa kini. Menyedia dan mencorakkan daya fikir serta mengasuh mereka dengan kefahaman Islam yang betul adalah satu keperluan yang mesti dilakukan kerana ianya ternyata dapat memberikan kesan mendalam kepada golongan ini. Hal ini berdasarkan kepada keupayaan golongan muda untuk mencerap dengan mudah apa sahaja bentuk pendidikan yang diberikan sama ada yang baik ataupun yang sebaliknya. Oleh itu bentuk pendidikan yang bakal dimasukkan ke dalam akal fikiran golongan ini perlulah sesuatu yang berupaya untuk membentuk pemikiran mereka yang sihat dan pada masa yang sama berupaya pula menyediakan mereka sebagai pelapis yang akan mewarisi bumi Malaysia ini. Usaha ini juga pastinya menjadi matlamat untuk m

Salam Kasih

Terima kasih .... Diam tak diam laman blog aku dah masuk lapan (8) bulan siapa sangka aku mempunyai laman blog begini terima kashi kepada team yang banyak bantu aku selama ini dalam laman blog aku ini. Kepada chezue yang banyak membuka inspirasi pertama dalam pembukaan laman blog aku. Aku tidak sangka akan berlaku kepada saudara nikubes yang juga memainkan peranan memberi panduan kepada aku untuk bahan-bahan yang agak menarik dalam laman blog aku.Kepada server blogger / blogspot yang memberikan free blog untuk aku ini. Selain itu saudara eriyzaqistina yang juga membenarkan aku main copy paste sahaja untuk widget ataupun apa-apa jua . InsyaAllah pada tahun 1430H ini akan aku mantapkan isi setelah aku mantapkan segala widget dalam laman blog aku ini. Jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang namanya tidak disebutkan kerana aku manusia yang mempunyai sifat pelupa. Ini sahaja luahan aku buat kalian ... Thank you and good luck... I will & still bring the best Islamic Blog in t

Salam Ma'al Hijrah 1430

معل هجرة1430 Awal muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan,kebanggaan dan hari kebesaran bagi semua umat islam.Muharram adalah bulan pertama dalam sistem taqwin hijrah.Pada asasnya,muharam membawa maksud diharamkan atau dipantang,iaitu ALLAH melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.Namun larangan itu telah dimansuhkan setelah pembukaan kota Mekah(al-baqarah-91).Sejak pemansuhan itu umat islam melakukan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.Rasulullah telah menamakan bulan muharam sebagai bulan ALLAH. Daripada Hassan Al-Basri rahimahumullah; "Sesungguhnya ALLAH telah membuka lembaran tahun baru di dalam taqwin islam dengan bulan muharam,tidaklah terdapat bulan yang lebih mulia di dalam taqwin islam disisi

Akhlak Muhammad

Akhlak Rasulullah Saudaraku, islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad SAW sebagai sosok penyampai risalah Allah SWT yang benar dan di ridhoi. Dan nanti di padang mahsyar, tiap umat islam pasti akan meminta syafa’at dari beliau SAW dan menginginkan berada di barisan beliau SAW. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekedar pengakuan. Pasti yang mengaku umat beliau SAW akan berusaha mengikuti jejak beliau dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah beliau dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendo’akan beliau dengan cara memperbanyak bersholawat kepada beliau SAW. Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang istri beliau, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahwa akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu beliau, melainkan adalah berasal dari wahyu ilahi. Be

Misi Jihad Cinta

Misi Jihad Cinta Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya. “Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya. “Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.” “Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.” “Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.” “Nak kahwin lagi ya?” Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya. “Kalau betul kenapa?” “Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.” Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga. “Abang ni kenapa senyum-senyum ni?” “Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.” “Okey..” Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan. Di hadapannya tersergam sebuah ba

Adab Kepada Allahswt

Adab Kepada Allahswt Mudah-mudahan Allah SWT yang Maha Mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya, menolong kita agar dapat mengetahui kekurangan yang harus diperbaiki, memberitahu jalan yang harus ditempuh, dan memberikan karunia semangat terus-menerus sehingga kita tidak dikalahkan oleh kemalasan, tidak dikalahkan oleh kebosanan, dan tidak dikalahkan oleh hawa nafsu. Dan mudah-mudahan pula warisan terbaik diri kita yang dapat diwariskan kepada keluarga, keturunan, dan lingkungan adalah keindahan akhlak kita. Karena ternyata keislaman seseorang tidak diukur oleh luasnya ilmu. Keimanan seseorang tidak diukur oleh hebatnya pembicaraan. Kedudukan di sisi Allah tidak juga diukur oleh kekuatan ibadahnya semata. Tapi semua kemuliaan seorang yang paling benar Islamnya, yang paling baik imannya, yang paling dicintai oleh Allah, yang paling tinggi kedudukannya dalam pandangan Allah dan yang akan menemani Rasulullah SAW ternyata sangat khas, yaitu orang yang paling mulia akhlaknya. Walhasil seh

Khulafa ar-Rasyidin

Khulafa ar-Rasyidin Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat: Saidina Abu Bakar, 632-634 M Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M Saidina Uthman Affan, 644-656 M Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin. Hassan bin Ali Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq teta

Ali Abi Talib

علي بن أبي طالب Saidina Ali Abi Talib (Arab: علي بن أبي طالب) ialah khalifah keempat Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali dilahirkan di dalam Kaabah, tempat paling suci bagi orang Islam. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah ahli puak Quraish dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh. Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraish iaitu Walid ibni U

Uthman Affan

عثمان بن عفان Uthman bin Affan (Arab: عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain. Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah. Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar

Umar Al-Khattab

عمر بن الخطاب Saidina Umar ibni al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Quraish. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos(633-644)bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun. Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya. Selepas pengislamannya, beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu (perkara seperti ini ialah fenomena biasa di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam). Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Qurais

Abu Bakar As-Siddiq

أبو بكر الصديق Abu Bakar as-Siddiq (b. Arab أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Quhaafah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam d

Dengki???

Mencegah Iri Hati @ Dengki Sebut je benci, semua org tau bahawa ini adalah sifat mazmumah. Ke ada orang kata sifat dengki la baguih…boleh meningkatkan jati diri?? Orang yang mempunyai sifat tercela sangat dibenci orang ramai. Orang yang pendengki ni memang takleh tengok orang lebih pada dia, biar sikit pun. Kalau boleh sampai kerepot pun dialah nak yang atas sekali sedangkan dunia berputar dan hidup ini ada turun naiknya. Sifat dengki ni akan merosakkan potensi diri. Betul ke? Bila seseorang itu bersifat dengki, maka dia dibenci…time tu ko buatlah hape pun takde dah sape nak pandang. Kalau cakap berisi pun, orang malas nak layan. Bila dah jadi mcm ni, kita pulak dah susah hati. Bila susah hati, makin lah rasa dengki tu mencanak-canak naiknya. Pastu mula plan itu ini nak jatuhkan orang. Sifat dengki juga adalah dosa pertama yang dilakukan oleh iblis laknatullah apabila menolak perintah ALLAH SWT supaya sujud kepada Nabi Adam. Begitu juga kejadian Qabil yang membunuh Habil. Dengki adalah

Urus Jenazah (3)

MENGKEBUMIKAN MAYAT Membawa mayat ke kubur: 1. Dipikul denagn pengusungan empat penjuru. 2. Bersegera pada membawa jenazah. 3. Orang yang mengiringi jenazah berjalan di hadapan. Kubur: Sekurang-kurang kubur ialah satu lubang yang boleh menahan bau busuk dan tidak dapat dibongkar oleh binatang buas, dan seelok-eloknya hendaklah kubur itu luas dan dalam, lebih kurang enam kaki dalamnya, dan dengan liang lahad lebih baik daripada liang kembal bundi, jika tanah perkuburan itu keras. - Liang lahad ertinya dikorek ke hala kiblat seluas badan mayat daripada tepi bahagian kubur.

Urus Jenazah (2)

SEMBAHYANG MAYAT Syarat sembahyang mayat hadir ialah : 1. Serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain. 2. Mayat orang Islam. 3. Telah memandikan dan dibersihkan daripada najis. 4. Diletakkan di sebelah kiblat (di hadapan orang yang sembahyang). 5. Matinya tidak kerana perang Sabilillah. Rukun sembahyang mayat tujuh perkara: 1. Niat dan caranya serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain. 2. Berdiri bagi orang yang berkuasa (berupaya). 3. Empat takbir, termasuk takbiratul ihram. 4. Membaca Fatihah. 5. Membaca Salawat. 6. Membaca doa ke atas mayat (bagi mayat). 7. Salam, elok dibaca selepas takbir yang ke empat sebelum salam Peringatan: Membaca salawat boleh dibaca mana-mana satu salawat pun yang eloknya, dibaca salawat Ibrahimiah, iaitu:hingga akhirnya). Doa bagi mayat boleh dibaca dari mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat dan eloknya ialah: - doa bagi mayat perempuan hendaklah dibaca hingga seterusnya. Mayat kanak-kanak hendaklah dibaca doa Mayat

Urus Jenazah (1)

ORANG YANG HAMPIR MATI Orang yang sakit, yang hampir menghembuskan nafasnya yang akhir, hendaklah dihadapkan ke kiblat, dibaringkan di atas labungan yang kanan, mukanya dan dadanya dihadapkan ke kiblat, kalau tidak boleh telentangkan akan dia, dua tapak kaki halakan ke kiblat. Hendaklah diajarkan mengucap kalimah tauhid dengan tidak bertubi-tubi, tetapi jika ia berkata dengan kalimah (perkataan) yang lain, hendaklah diajar balik dengan kalimah tauhid. Dibacakan surah Yassin dan surah Al-Ra'du. Perkara Yang Dilakukan Setelah Mati Apabila telah mati (yakin matinya), hendaklah ditutup matanya, diikat dagu

Jenayah

Jenayah Sekarang di Malaysia sibuk dan hangat perbincangkan hukum hudud dan qisas sedangkan ianya sama juga dengan hukum menutup aurat serta hukum Rukun Islam serta hukum Rukun Iman yang perlu diikuti semua Umat Islam.Mengapakah kita perlu menolak akan hukum hudud serta qisas sedangkan ia memberikan banyak kemudahan kepada Umat Islam serta masyarakat kelilingnya jika hukum hudud dilakukan ia memberi penjimatan kepada perbelanjaan Penjara serta lain-lain.Hukum hudud dan qisas ini amat sesuai dilaksanakan dinegara Malaysia kerana ia hanya untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam sahaja. HUKUM JENAYAH ISLAM 1. Pengertian Jenayah. Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya. 2. Falsafah Jenayah. Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah. HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ; (a) Hukum Hudud (b) Huku