Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Saatku Dihujung Nyawa

Assalamualaikum wr wb Sebak dada bila membaca email ni....but its good ... Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah.. . Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang,,mengucap. .......Asyhadual lailahaillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merot

Anak Halal filem yang sia-sia, filem batil!

Tidak pernah saya menonton filem seburuk ini. Rasanya Nana Tanjung 10 kali lebih senonoh dari filem batil ini. Begini, kesenian Melayu-Islam yang menjadikannya indah ialah kerana bentuk, kemudian kandungannya, dan kemudian rasa yang dijambatani oleh kita dan semua hal tersebut dijalin oleh faedah dan manfaat. Nah, faedah dan manfaat itu yang mustahak. Iklan Tikar mengkuang sekali pun, kain batik sekalipun meski diciri oleh estetika yang menakjubkan akhirnya mesti dicipta untuk memberi faedah. Kain batik yang cantik tetapi dicipta untuk tidak memberi faedah maka ia sia-sia. Begitu jugalah karya sastera, atau karya filem. Mengambil kira 50 tahun merdeka, semua dari kita ingin kembali kepada jatidiri sendiri. Mahu merdeka dari kejahilan dan kebatilan serta kebodohan yang pernah dipantakkan kepada kita dulu. Filem juga mesti kembali kepada keindahan bentuk, kandungan, rasa dan mesti berfaedah. Anak Halal sebuah filem yang sia-sia. Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnya sia-s

Adab Syura'

ADAB BERBICARA 1. Semua perbicaraan harus kebaikan , dalam hadis Nabi Muhammad SAW disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim) 2. Berbicara harus jelas dan benar , sebagaimana dalam hadis Aisyah ra: “Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud) 3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan , berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya) 4. Menghindari banyak berbicara , kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’i

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa. - Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak. - Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesua

Renungan Sejenak Wahai Sahabat

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT? "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 BAGAIMANA HARUS AKU MENG

Ya Allah! Kami Rindukan Politik Di Bawah NaunganMu

Kegilaan kuasa adalah lambang kedangkalan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat. Mungkin jika perkara ini disebut kepada orang politik mereka kata “itu cakap yang tidak canggih dalam politik”. Namun mereka lupa, sistem politik perebutan kuasa warisan demokrasi penjajah yang meninggalkan keharmonian sistem Syura dalam Islam itulah yang telah membawa politik kita ke kancah permainan wang, permusuhan, pragmatisme yang melupai prinsip dan segala keburukan yang lain. Sabda Nabi SAW: Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari). Dalam Islam, tanggungjawab kita membaiki keadaan politik, bukan menggilai kuasa politik jatuh ke tangan sendiri. Apabila kuasa itu menjadi kegilaan, maka kawan akan tikam kawan, sahabat akan bunuh sahabat, yang berpakat akan berpecah, yang berbeza prinsip dan dasar akan berpakat, yang tidur seb

Masa itu kehidupan

Masa itu kehidupan, gunalah masa yang dianugerahkan Allah kepada insan untuk bertungkus lumus berbuat kebaikan dan amal soleh di dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti.. Jika tidak mencukupi air, musafir boleh berhenti dan memenuhkan botol air tersebut agar tidak haus ketika perjalanan menuju destinasi. Kelak di akhirat, bekalan yg terkutip di dunia sahajalah yang menjadi bekal untuk menempuh akhirat yang tiada penghujung, Jika bekalan tidak mencukupi maka rugilah.. kerana tidak seseorang itu akan dikembalikan ke dunia bagi membuat amal soleh..maka menyesallah dia seperti yg ternukil dalam surah al-fajr: 23-24 dan pd hari dinampakkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya Dia mengatakan," Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan ( amal saleh) untuk hidup ini" Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada gunanya. Dunia, ini menjadi persinggahan bukan

Kajian Fiqih: Mengkombinasikan Niat

Banyak pertanyaan seputar menggabung ibadah, misalnya puasa membayar hutang (qadla) Ramadhan digabungkan dengan puasa Syawah enam hari. Sahkah ibadah seperti itu? Para fuqoha membahas hal tersebut tersebut dalam masalah at-tasyriik fin niyyah (mengkombinasikan niyat). Imam Suyuthi dalam kitabnya yang sangat masyhur al-Ashbah wan Nadlair menyebutkan bahwa menggabung dua ibadah ada beberapa kriteria. Kreiteria Pertama: meniatkan satu ibadah dengan disertai niat lain yang bukan ibadah dan tidak boleh dimasukkan dalam ibadah tersebut, seperti menyembelih hewan ditujukan untuk Allah dan lainnya, ini bisa menyebabkan haramnya sembelihan tadi, apalagi kalau ditujukan untuk tujuan syirik. Namun ada juga yang tidak membatalkan ibadah tadi, seperti berwudlu atau mandi namun dengan menertakan niat mendinginkan badan. Alasannya karena mendinginkan badan tadi meskipun tanpa niat juga tercapai dengan wudlu dan mandi, maka tidak mengurangi keikhlasan. Contoh lain masalah ini adalah pu

Rahsia Disebalik Air Sembahyang

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu

Qada dan Qadar. Bagaimana Usaha Hamba?

PENGENALAN Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam. Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah. ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq. Qada Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuat

Keinsafan

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi? Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku? Begitu hitamkah hati ku ini? Begitu menggunungkah dosa diri ini? Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah? Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah? Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…? Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w? kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain? Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam…. Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah.. Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah…… Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu... Ya Allah…… Hinanya diri ku ini ya Allah… Kotornya diri ku ini ya Allah… Jijiknya diri k

10 Surah Mujarab dari Nabi Muhammadsaw

1. SURAH AL-FATIHAH Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.  Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.  2. SURAH YAASIN  Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala

Apa Nak Jadi Ini Pelajar Kita??

Pelajar tendang guru KANGAR: Seorang guru di sebuah sekolah menengah, di sini, mendakwa diserang sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali pada perut oleh salah seorang daripada mereka di dalam bilik darjah sekolah terbabit, di sini, pagi semalam. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, menegur seorang pelajar perempuannya berhubung kelewatan menghantar tugasan diberikan, terutama kandungan kata-kata kesat 'Gila Babi' yang diconteng pada kerja kursus yang dihantar. Tidak cukup dengan insiden di dalam kelas itu, pelajar perempuan berusia 14 tahun itu yang dikatakan masih belum berpuas hati dengan teguran guru berkenaan, dikatakan memanggil beberapa lagi rakannya dari kelas lain untuk membalas dendam. Mereka kemudian 'menyerang' dan membuat kacau di kelas terbabit ketika Azahana yang juga guru mata pelajaran Fizik itu sedang mengajar, sehingga memaksa mangsa lari menyelamatkan diri ke bilik guru.

Wanita

Perempuan bergincu, adakah dilarang? Kecantikan sering dikaitkan dengan kaum perempuan. Ini kerana sifat semula jadi mereka yang suka kelihatan cantik sehingga ada sesetengah mereka yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan rawatan kecantikan seperti perawatan wajah, perawatan tubuh badan dan seumpamanya. Tidak kurang pula yang sanggup membeli barangan kosmetik yang nilainya mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit demi untuk memastikan dirinya kelihatan cantik. Sementara yang tidak mampu akan berbelanja seadanya. Semua ini dilakukan semata-mata untuk berpenampilan cantik serta sedap dipandang mata. Hukum Berhias Bagi Kaum Perempuan Islam mengharuskan kaum perempuan berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai contoh, Islam mengharuskan perempuan berhias memakai sutera dan emas asalkan tidak berlebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ianya tidak bertentangan dengan syarak seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lela

Menawan Hati Kawan @ Lawan

Prinsip 1 : Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial. Prinsip 2 : Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik. Senyum Prinsip 3 : Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai. Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang l eader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadikan pendengar yang terbaik.Jangan cepat membalas

Renungilah

Saat ini, Amat medebarkan, Amat mencemaskan,  Seorang demi seorang anak kecil, Dibunuh.. diseksa.. dizalimi.. Dengan penuh sifat kezaliman dan kekejaman, Tika epilog itu menghantui dunia, Tika itu manusia mengalirkan air mata, Tika itu manusia merintih simpati, Tapi tak siapa yang dapat menduga, Perasaan anak kecil Palestin di bumi anbia, Keseorangan tanpa ibu bapa, Panggilan walid dan ummi kedengaran, Teriakan bayi kecil berlumuran darah, Memecah kesunyian malam, Seluruh isi dunia ini, Termasuk kita, Wahai saudara seIslamku, Umat junjungan Rasulullah S.A.W, Masih nyenyak tidur diulit mimpi indah, Berselimut dan bertilam empuk  Tapi, Saudara seIslamku, Umat Rasulullah S.A.W, Sedang bertarung nyawa, Bermujahadah di jalan Allah, Memohon pertolonganNya Yang Maha Kuasa, Alangkah hinanya kita Umat Islam, Masih bersuka ria dikala mereka berkelana, Mengagungkan Barat tanpa penghujungnya, Pernahkah terlintas di benak fikiran, Pernahkah terdetik dihati, Untuk meghulur sedikit pertolongan, Untuk