Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Renungan Sebelum Menjelang Syawal dan Berakhir Ramadhan Mubarak

CELAKALAH DIA .. Rasulullah s.a.w melangkah naik ke mimbar.Baru memijak tangga pertama,spontan saja terpacul dari mulut baginda ucapan 'amin'.Meletakkan kaki ke tangga ke dua,rasulullah ulangi lagi kalimah yang sama. dan 'amin' juga yang baginda lafazkan setelah berdiri di tangga yang berikutnya. Perbuatan rasul itu terasa aneh dalam pandangan kaum muslimin yang ada di situ.Gerangan apakahb yang mendorong rasulullah melafazkan ucapan "perkenankanlah" itu.Doa siapakah yang di aminkan baginda? semestinya permintaan kekasih Allah itu tiba terus ke hadrat Kekasihnya tanpa hijab dan tempoh. Tidak mahu tersesat dalam selirat andaian dan teka-teki, sahabat pun bertanya kepada rasullulah s.a.w setelah baginda turun dari mimbar.Rasul menjawab ,'Jibril muncul di hadapan ku dan berkata, ' celaka lah orang yang melalui bulan ramadhan yang diberkati tanpa memperoleh keampunan.' lalu aku mengaminkan ucapan Jibril itu. 'Naik ke tangga kedua, J

Dengar Lagu Ini

← Minah Tudung→ - Hafiz Asari† Chorus: Minah-minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak, BODOH! Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat-ketat, BODOH! Ada pula pakai tudung tapi pakai T-shirt pulak, BODOH! Mana ke tidak masyarakat kita dipandang rendah, BODOH! Verse 1: Keluar dengan mak pakai tudung, Pakai sopan aurat tertutup, Tapi bila keluar dengan kawan aurat terdedah bagi lelaki tengok percuma, Aku sendiri tengok pon heran, mana tak heran Agama kuat tapi baju ketat, buka tudung rambut perang Perang-perang konon tu nak tunjuk belang, Tindik sini tindik sana, bukan ditelinga saja, Lidah pon ada, Muka decent tetapi perangai nonsence Ikut sesuka hati dia, Tapi tak ikut segi agama... (Chak chak chak kedongdong) *Chorus Verse 2: Depan ibu bapa pakai baju lengan panjang, seluar panjang, Tapi dibelakang, lain cerita, macam monster Cabut kening, ada tattoo dibadan dia, Pakai make-up pakai lipstick punya tebal macam MOMOK macam MOMOK Masyaa'lah

Luahan Ramadhan dan Syawal 1429

selamat datang Syawal1429 dan selamat pergi Ramadhan1429 .... walaupun hati ini riang menyambut Syawal tetapi akal ku sedih meninggalkan Ramadhan ini kerana takut tidak akan berjumpa Ramadhan 1430 mana tahu sudah takdir aku menemui Allahswt kelak .. Aku berharap amal Ibadah Ramadhan 1429 ini diberkati oleh Allahswt . Aku akan rindui Ramadhan ini harapan aku akan dapat menemui semula Ramadhan akan datang. Ya Allah berkati Ramadhanku pada tahun ini izinkan aku menemui Ramadhan pada tahun hadapan aku amat merindui Ramadhan ini buat selamnya dalam kehidupan aku.

Syawal yang Istimewa..Sungguh..

oleh : unknown “Allahuakbar Allahuakbar………” Takbir bergema di Masjid-masjid, dicorong radio serta televisyen. Umat Islam yang berpakaian serba indah berpusu-pusu menuju ke Masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Tidak kira yang kecil atau yang besar, masjid-masjid serta surau dipenuhi dengan jemaah-jemaah sehingga ruang untuk solat tidak mencukupi. Ramli memerhatikan gelagat mereka dengan penuh sayu. Teringin benar untuk mengikuti mereka menunaikan solat sunat itu tetapi apakan daya. Kaki dan tangannya yang cacat itu tidak mengizinkan dia melakukan sedemikian. Kini, sudah genap tiga puluh tahun Ramli hidup di muka bumi ini tetapi tidak sekali pun dia dapat mengikuti sembahyang sunat Hari Raya dan juga genap lima belas tahun Ramli tidak menyambut Hari Raya bersama keluarganya. “Ya, Allah jika ini adalah ujian yang telah kau berikan kepadaku, aku terima dengan hati yang terbuka. Tetapi Ya Allah, izinkanlah aku menyambut bulan yang mulia ini bersama umat-umatmu yang lain se

Meminta Dalil - Ia Bukti Kejahilan Anda!

Dengan nama Allah. Segala puji hanya untuk-Nya, Tuhan dan Pelindung kami, dan moga dicurahkan keamanan dan kesejahteraan kepada Utusan terakhir-Nya. Komentar ini tidak berniat untuk menghina sesiapa. Kami sayang semua saudara se-Islam yang mencintai Allah dan Rasulullah sallahu 'alayhi wasalam , dan yang berkerja dengan ikhlas untuk deen ini, tanpa mengira apa pun pegangan yang mereka pilih. Jika kata-kata ini kelihatan agak kasar bagi sesetengah pihak, maka ia semata-mata bertujuan bagi menyampaikan maksud dengan lebih jelas dan tepat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh mencabar ini. Tulisan ringkas ini ditulis berikutan satu permasalahan hukum fiqh yang telah diajukan kepada saya. Si penyoal ingin juga mengetahui dalil-dalil yang digunakan tentang sesuatu hukum. Saya menyedari bahawa si penyoal itu sebenarnya berniat untuk membandingkan dalil daripada individu-individu yang telah mereka tanya, dan kemudian membuat kesimpulan sendiri tentang pandangan yang manakah le

Hutang Solat

di forward oleh : afdhal87 Sebuah keluarga di gemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15tahun. Anak itu tidak pulang-pulang dari sekolah setelah tiga hari berlalu.setelah penduduk kampung mencari,mereka hanya menemui mayatnya dalam sebuah parit di pedalaman kampung,bersekali dengan basikal anak tersebut... 2-3 kali selepas majlis arwah diadakan, adik-adik arwah yang masih kecil berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan pada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama dalam majlis tahlil tersebut. Ibu bapa hairan namun menganggap adik-adiknya sekadar bermain-main.. Dan terbayang wajah abang mereka.. Suatu hari(siang) semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya. Dengan muka yang sedikit sugul,arwah bertanya kepada kakaknya, "wahai kakakku.. mengapalah akak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang? saya mengalami sedikit kesulitan dalam kubur ,kak.." ***** Seperti kebiasaan anak-
Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman Yang hatinya dislauti rasa taqwa kepada Allah Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga dengan pahala Yang solatnya adalah maruah dirinya Yang tidak pernah gentar berkata benar Yang tidak gentar pada ancaman nafsu Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari Yang sentiasa berbuat kebaikkan kerana sofat penyayangnya Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang Lelaki acuan Al-Quran lelaki yang menghormati ibunya Yang sentiasa berbakti kepada orangtua dan kelaurganya Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangganya Yang akan mendidika anaknya mendalami ajaran Islam Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya rumah sementara menunggu akhirat Lelaki acuan Al-Quran sentiasa berjuang untuk agamanya Yang hidup di bawah naugan

Anak Wahai Anak

Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa. Sebab yang demikian ialah, walaupun tidak diperintah untuk mengasihi anak, secara otomatis ibu bapa tentu mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, dimana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa. Mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana ia harus berbuat baik terhadap ibu bapanya. Dalam hal ini Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu: Mendengar kata mereka. Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati. Taat perinta

Air Mata Tafakur Ramadhan

oleh: FiNaS_90 Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah assignment di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana perbincangan di sana sini. MP3 player berisi ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong. “Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..” Najwa mengeluh sendirian. Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah ti

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN?

Oleh: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Dihantar oleh: Muhammad Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai "La 'al lakum tat takuun" maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini "La 'al lakum tat takuun", tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap "tat takuun" itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan? Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu " Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah", iaitu maksudnya "Alan