Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Anak Kita

Dizaman yang mencabar kini semakin banyak pula pola ketamakkan manusia atas muka bumi Allahswt. Jika pola ini terus wujud dan berlaku tanpa henti , apa pula nasib anak,cucu,cicit serta generasi yang bawah dari kita 50-60 tahun akan datang? Kita dizaman kini terlalu tamakkan sosio ekonomi , tampuk pemerintahan serta juga pelbgai lagi perihal ketamakkan. Paling sedih amat kita pula tidak tamakkan ASA ( Amanah Saham Akhirat ) . ASD ( Amanah Saham Dunia ) yang kita kejarkan sahaja sampai melupakan hal ASA tanpa kita sedari yang selama ini rezeki yang Allah berikan ini hanyalah sementara sahaja bila-bila sahaja ia akan ditarik olehNya. Diri ini bukan membuat spekulasi semata-mata ia benar dan banyak terjadi kepada semua manusia saya tahu kita ini ada hasutan dari Syaitan Yang Direjam, tetapi apa kata kita lawan akan hasutan itu .Baiklah saya ingin kembali kepada perkara asal saya . Sampai bilakah kita yang berada dizaman mewah ini ingin teruskan? Adakah kita hendakkan anak , cucu , cicit se
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........ 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah

Tarikh Penting Di dalam Islam

1. Muharram (29 hari) 1 Muharram - Awal hijrah 10 Muharram - Hari Asyura Hari kematian saidina Hussain bin Ali cucu Rasulullah s.a.w. 2. Safar (29 hari) 3. Rabi'ul Awwal (29 hari) 1 Rabi'ul awwal – Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul 2,3&4 Rabi'ul awwal – Rasulullah bersembunyi di gua Hira' 8 Rabi'ul awwal – Pembinaan masjid quba'(masjid pertama dalam sejarah islam) 12 Rabi'ul awwal – Hari keputeraan Baginda Rasul. 12 Rabi'ul awwal – Hari kewafatan Baginda Rasul. 4. Rabi'ul Akhir (30 hari) Berlaku perang Jamal, perang saudara pertama dalam Islam 5. Jamadil Awal (29 hari) 8 Jamadil awal – Hari kelahiran Saidina Ali bin Abi Talib 6. Jamadil Akhir (30 hari) 8 Jamadil akhir – Saidina Umar di lantik menjadi khalifah kedua. 20 Jamadil akhir – Tarikh kelahiran Siti Fatimah. 28 Jamadil akhir – Wafatnya Saidina Abu Bakar 7. Rejab (30 hari) 26-27 Rejab – Israk Mikraj 8. Sya'ban (30 hari) 14 Sya’ban – Malam Nisfu Sya’ban 15 Sya’ban – Pertukaran Kiblat

Hal Naik

Memacam perkara telah naik kini disini ada hal yang telah naik . 1) Harga barang keperluan . 2) Kadar Rasuah 3) Kadar Kes Jenayah . 4) Kadar Kes Masalah Remaja . dan lelain tetapi ini yang aku tahu ler .... yang lelain aku tak pasti ....

Petrol Naik Lagi

Semua rakyat tergempar pada jam 6.00petang hari Rabu bertarikh 04/06/08 . Mana tak tergempar PM kita tetiba sahaja mengumumkan kenaikkan harga petrol pada nilai 0.78sen seliter . Sebelum kenaikkan petrol nilai petrol adalah pada nilai RM1.32 seliter dan kini nilai harga bahan bakar itu pada nilaian RM2.10 seliter . Aku pula dapat tahu pada jam lapan malam ketika itu di Buletin Utama di TV3 . Kini semua akan naik menurut akhbar Metro pula tarif elektrik pula akan naik pada bulan hadapan pula kenaikkan tarif eletrik juga ada berkaitan dengan kenaikkan harga petrol kerana petrol juga digunakan untuk menjana kuasa elektrik . Aduhai pada hemat aku kenaikkan petrol akan berlaku pada bulan Ogos ( 08 ) ini tetapi kenapa ia naik pada bulan enam ( 06 ) . untuk melihat data-data sahih pergi ke laman blog member aku k chezue